Magnet Rezeki – Duduk Diam Rezeki Datang

ILMU MAGNET REZEKI – RASAI KEAJAIBAN HADIR DALAM HIDUP

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ya Rabbi Ya Salam.. lamanya tak update apa-apa. Last update kak Ti ZAKAT@FAMILY yang kak Ti post bulan November tahun Lepas. Apoooo.. Kata blogger tapi entry macam biskut chips more.. Kejap ada, kejap tak ada.. Nak buat macam uolls.. Kak Ti busy.. (Chettt.. busy la sangat..padahal boleh je nak menulis pun.. )

Takpelah.. Yang lalu biarlah ber lalu.. Usah dikenang sejarah silam. Jom kita maju ke Hadapan… Cheewahh.. Semangatlah kononnya ni.. Layankan jelah ya.. By the way, macam mana hari-hari korang sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni?

sumber: UNMAS HOLDING SDN BHD FB PAGE

Ok je kan.. Syukuri dan jalani je.. Nak merungut, nak murung atau nak marah-marah pun bukan boleh ubah keadaan ya dak.. Anggaplah ini Hadiah dari Allah swt untuk kita semua para penduduk bumi.

Ilmu Magnet Rezeki

Hari ni sebenarnya kak Ti nak share satu ilmu yang berkaitan dengan menjemput rezeki iaitu Magnet rezeki.. Ilmu ni kak Ti belajar dari seorang guru iaitu Pak Nasrullah di Sekolah Online Magnet Rezeki (SOMR) dan sekarang kak Ti tengah mengikuti pula level ke dua iaitu Training Online Magnet Rezeki Level 2 (TOMR).

Dah lama sebenarnya nak buat sesi sharing ni.. Tapi tulah.. Selalu niat tu tinggal niat je.. At the end of the day.. Tak juga menulis apa-apa.. Hmmm.. Rugi sangat sebenarnya bila kita tak buat perkongsian ilmu ni… Perkara yang bersifat kebendaan bila kita kongsi mesti akan berkurang… Tapi indahnya Ilmu ni.. MasyaAllah Tabarakallah.. lagi dikongsi lagi bertambah..

Duduk Diam Rezeki Datang

Sebelum kak Ti bercerita lebih lanjut berkenaan Magnet Rezeki ni, elok kalau kak Ti perkenalkan dulu apa tu Magnet Rezeki kan. Soo.. Apa tu Magnet Rezeki? Magnet Rezeki tu adalah sebuah ilmu yang mana kita hanya duduk diam tapi rezeki datang sendiri… Aikkk Kak Ti.. Ilmu apa pulak tu.. Macam pelik je.. Mana ada orang duduk diam boleh dapat rezeki.

Haaaa.. Mesti korang yang baca ni dah start skeptikal kan.. Tak mungkin lah orang hanya duduk diam-diam pastu rezeki datang dengan sendirinya. Takpe.. Kak Ti paham keraguan korang tu.. Itu adalah tanggapan biasa bagi mereka yang tak mengenal Ilmu Magnet Rezeki ni.

Macam ni.. Cuba kita pandang sekeliling kita.. Atau tak payah jauh jauhlah.. Cuba kita tengok diri kita sendiri. Kita dok terkejar-kejar rezeki. Rezeki kat sana kita keja, rezeki kat sini kita kejar. Ke sana kemari kita dok kejar rezeki.. 24 jam sehari yang Allah kurniakan pada kita rasa macam tak cukup je.. Tapi kan.. Ada juga orang yang kita tengok rileks je.. Tapi rezekinya datang sendiri. Haaa.. acaner tu..

Kalaulah korang diberi pilihan.. Antara terkejar kejar rezeki dengan duduk diam-diam rezeki datang sendiri.. Yang mana agaknya akan korang pilih.. Kak Ti yakin, majoriti mesti akan pilih duduk diam tapi rezeki tetap datang sendiri. Best kan kalau dapat macam tu…

Amal Dengan Ilmu

Tapi mungkin ke? Bak kata guru kak Ti.. Bismillah.. Sangat muntkin.. Dengan izin Allah.. Tak ada yang mustahil untukNya kan.. Tapi nak meyakini sesuatu tu kenalah ada ilmu.. Tidaklah yakin membabi buta je.. Sebab tulah.. Untuk dapatkan keajaiban duduk diam rezeki datang tu kenalah belalar dulu tentang Ilmu Magnet Rezeki ni.

Hmmmm.. Kak Ti ni sembang kencang kereta boleh terbang je.. Yeye poyo je ayat dia.. Haippp.. Kak Ti bukan poyo.. Kak Ti juga bukan asal sembang je tau.. Banyak testimoni dari student-student Pak Nasrullah yang dah merasakan keajaiban dan banyak yang dah berubah hidupnya sejak mengenal dan mengamalkan ilmu ini.

Guru Magnet Rezeki

Kalau nak baca testimoni-testimoni student-student Pak Nas, Kak Ti sarankan korang tengok kat page Nasrullah -Magnet Rezeki ni. Ada banyak sharing tentang keajaiban yang dah dirasakan dan dialami oleh sahabat-sahabat yang dah mengamalkan ilmu ni. Terbaru.. Ada beberapa student guru saya ni yang terkena covid 19 Alhamdulillah sembuh dengan amalkan ilmu ni..

Macam yang kak Ti bagitau kat atas tadi, magnet rezeki merupakan sebuah cabang ilmu dan manya adalah berlandaskan Al Quran. Bila kita sebut ilmu, mestilah akan ada proses pembelajarannya kan. Dalam mempelajari ilmu ini, guru kami Pak Nasrullah dah menyediakan sebanyak 101 jurus yang perlu dipelajari dan diamalkan. Perlu ke belajar semua baru dapat rasa keajaiban tu kak Ti? Ermmmm.. Nanti kat entry sambungan kak Ti bagitau ya..

101 Jurus Magnet Rezeki

Untuk entry kali ni, kak Ti stop kat sini dulu ya.. InsyaAllah untuk next entry kak Ti akan share berkenaan jurus-jurus yang guru kami, Pak Nasrullah ajarkan. Sharing kat sini pun sebenarnya lebih pada cara kak Ti untuk memahami ilmu yang kak Ti pelajari dengan lebih mendalam. Ada yang nak belajar sama-sama dengan kak Ti? InsyaAllah kita sama-sama dapatkan keajaiban dalam hidup melalui ilmu ini.

Oh ya.. Sebenarnya Pak Nasrullah ada create channel Telegram dan juga channel Youtube untuk berkongsi berkenaan dengan Ilmu Magnet Rezeki. Kak Ti share link kat bawah ni ek. Bolehlah korang dengarkan sendiri. Free je channel-channel ni…

Telegram: https://t.me/audiomagnetrezeki
Youtube: https://youtu.be/ZZbo4Wideco


Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.