Ensany Global Bantu OKU Penglihatan Mempelajari Dan Mendalami Al-Quran Braille

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Seperti yang kita semua sedia maklum, Al Quran merupakan wahyu atau kata-kata Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai satu mukjizat dan membacanya dinilai sebagai Ibadah kepada Allah S.W.T.

Untuk kita yang dianugerahkan olehNya pancaindera yang sempurna, InsyaAllah membaca Al Quran bukanlah satu masalah. Sekarang ni, pelbagai medium boleh digunakan untuk membaca Al Quran dan tidak lagi terbatas sekadar membaca Al Quran dalam bentuk cetakan. Antara nak atau tak nak je baca Al Quran ya dak..

Tapi, pernah tak kita terpikir dengan nasib saudara-saudara kita yang kurang upaya terutamanya saudara kita yang kurang upaya penglihatan. Allahuakbar, andai katalah tiada teknologi yang dinamakan Kod Braille pastilah saudara kita yang kurang upaya penglihatan ni tak dapat membaca dan menghayati keindahan setiap ayat ayat yang terkandung dalam Al Quran.

Kod Braille Mahal Dan Hanya Mampu Bertahan 5 Tahun

Alhamdulillah dengan adanya Kod Braille ini, maka dapatlah saudara-saudara kita yang Allah uji dengan kurang upaya penglihatan ini mempelajari dan melantunkan kalam Allah ini. Tapi korang tahu tak yang tulisan Braille ni mahal kosnya dan hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja dan selepas 5 tahun ianya akan menjadi pudar dan hilang.

Kak Ti pun sebenarnya baru tau yang tulisan Braille ni hanya mampu bertahan selama 5 tahun dan mahal kos cetakannya. Terima kasih kepada pihak Ensany Global yang telah berkongsikan maklumat berkenaan pencetakan kod Braille hasil kunjungan mereka ke Pusat Penerbitan PERTIS.

Cara OKU Penglihatan sedang membaca Al Quran Braille
Cara membaca Al Quran Braille melalui sentuhan

Kos Percetakan Mahal Jadi Halangan Pengedaran Al Quran Braille Secara Meluas

Ketika kunjungan pihak Ensany Global ke Pusat Penerbitan PERTIS, mereka turut dimaklumkan bahawa selain dari hanya mampu bertahan selama 5 tahun, kos bagi setiap helai Al Quran dan kitab dalam bentuk Kod Braille adalah RM0.50 sehelai.

Kos percetakan dan mesin yang mahal inilah yang menjadi salah satu faktor kenapa Al Quran dan kitab dalam Kod Braille belum dapat diedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia.

Tabung Waqaf Al Quran dan Kitab Dalam Kod Braille

Menyedari kekangan dalam pengedaran kitab dan Al Quran secara meluas ini, sepanjang Ramdhan 2020 yang lepas, pihak Ensany Global telah melancarkan Tabung Waqaf Al Quran dan kitab dalam Kod Braille sebagai satu sokongan kepada usaha pihak PERTIS dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Dalam menjayakan kutipan dana ini, ianya turut disertai oleh Yayasan Maghfirah.

Pihak Ensany Global yang bertindak sebagai wadah atau medium pengumpulan dana secara atas talian akan membantu pihak PERTIS agar Al Quran dan kitab Braille dapat dicetak dan diedarkan secara percuma kepada lebih ramai golongan OKU penglihatan.

Alhamdulillah, usaha murni ini bukan sahaja mendapat sokongan rakyat Malaysia bahkan ianya turut tular hingga ke negara Asia terdekat dan hasilnya, dana sebanyak RM668, 195.00 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Enam Puluh Lapan Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Lima) telah berjaya dikumpulkan .

Penyerahan sumbangan waqaf Al Quran Braille

Penyerahan Sumbangan dan Pelancaran Tabung Kelestarian OKU Penglihatan Malaysia

Bertarikh 10 Julai 2020 yang lepas, satu majlis rasmi penyerahan sumbangan telah diadakan di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield di mana pihak Ensany Gobal dan Yayasan Maghfirah telah menyerahkan hasil sumbangan berjumlah RM668,195.00 kepada pihak PERTIS.

Penyerahan sumbangan waqaf Al Quran Braille
Penyerahan sumbangan waqaf Al Quran Braille

Selain itu, satu majlis sederhana Pelancaran Tabung Kelestarian Orang-Orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia turut diadakan. Tabung ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu pihak PERTIS mengumpulkan dana bagi membina kompleks khas untuk OKU penglihatan di Malaysia.

Penyerahan sumbangan waqaf Al Quran Braille

Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia ini juga merupakan projek usahasama antara pihak Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan juga Pihak PERTIS. MasyaAllah Tabarakallah. Kak Ti doakan semoga usaha murni semua phak yang terlibat ini akan diberkati, dipermudahkan dan diberikan kejayaan oleh Allah S.W.T. Aaaamiin.

Tahniah kepada pihak Ensany Global yang bukan sahaja peka kepada keperluan rohani saudara-saudara seagama kita yang kurang upaya penglihatan bahkan telah mengambil inisiatif dan tanggungjawab dalam membantu mereka yang memerlukan ini.

Dengan adanya usaha dari pihak Ensany Global dan juga pihak pihak lain yang terlibat, semoga ianya akan mampu membuka mata hati lebih banyak lagi pihak agar tampil membantu golongan OKU penglihatan dan lebih banyak Al Quran dan kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada golongan yang memerlukan tersebut.

Untuk sebarang info lanjut, korang boleh layari lama web Ensany Global di https://www.ensany.com/

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *