Lazz Susu Kambing Bantu Tingkatkan Kecerdasan Dan Kesehatan Anak

LAZZ SUSU KAMBING TIADA BAU HAMIS & RASANYA SEDAP 

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

PENGIKLANAN BERKESAN LAZZ SUSU KAMBING

Bila dalam perjalanan pergi atau balik dari ofis, radio IKIM biasanya akan jadi peneman kak Ti dan antara iklan-iklan yang selalu kak Ti dengar adalah suara si comel nyanyi lagu “Lazz Susu Kambing”.. Serangkap je pun lagunya.. Tapi selalu terngiang-ngiang kat telinga.. Sampai kadang-kadang tu tak sedar ternyanyi sekali.. Hahaha..

Kebelakangan ni pulak, kak Ti kerap terbaca sharing tentang manfaat dan kelebihan Susu Kambing Lazz ni dari rakan-rakan KBBA9 yang dah pun cuba susu Lazz ni. Biasalah kita orang perempuan ni kan.. Bila dah selalu ternampak ramai yang kongsi, kita pun mulalah teruja nak rasa jugak.

MANFAAT MAKANAN SUNNAH DALAM SUSU KAMBING

Macam yang kita semua tau, susu kambing ni salah satu makanan Sunnah yang elok diamalkan dan dari segi khasiat pulak ramai yang dah tahu susu kambing mempunyai lebih khasiat berbanding susu lembu. Bukan tu je tau, susu kambing ni jugak merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Lazz Susu Kambing rendah s1. s1 boleh menyebabkan ketidakselesaan parut apabila dihadam dan mengambil masa yang lama untuk dicerna

Walaupun susu kambing ni banyak khasiat dan kebaikan, tak ramai yang mampu nak telan susu kambing ni. Hmmm.. Jangan kata orang lainlah.. Kak Ti sendiri pun tak dapat nak minum susu kambing ni walaupun dah campur dengan milo atau perisa lain.. Dengan baunya yang hamis pastu denga rasanya yang tak boleh nak telan.. Pendek kata, kalau tak terpaksa memang tak minum susu kambing. Kali pertama kak Ti minum susu kambing masa SAZSO No 1 kak Ti lahir dan kena jaundice yang teruk sampai kena tukar darah.

INOVASI DALAM PENGHASILAN SUSU KAMBING

Tapi kan.. Sejak kebelakangan ni dah banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk susu kambing dan yang menariknya, susu kambing yang mereka keluarkan tak berbau hamis dan rasanya pulak sedap. Lebih sedap lagi bila susu kambing ni didatangkan dengan pelbagai perisa. Ada yang dicampur dengan kurma, coklat dan kopi.

Dalam banyak-banyak jenama susu kambing yang ada kat pasaran, kak Ti terpikat dengan Jenama Lazz Susu Kambing. Nak tau tak kenapa kak Ti terpikat.. Tak lain dan tak bukan sebab teatimoni dari rakan-rakan kak Ti yang dah cuba lah. Boleh di kata semua yang dah cuba Lazz Susu Kambing ni bagi feedback yang bagus tentang susu kambing jenama Lazz ni. Dan bila kak Ti baca sendiri khasiat dan kebaikan susu kambing Lazz ni.. Kak ti lagilah teruja..

Perisa asli, Coklat, kurma dan kopi

DALAM DILEMA

Kalau ikut dari apa yang kak Ti baca, susu ni sesuai untuk pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Tapi walaupun infonya kata macam tu, kak Ti sebenarnaya tak berapa yakin lagi.. Ialah.. Walaupun anak-anak kak Ti ni memang suka minum susu.. Tapi kami tak pernah bagi diorang minum susu kambing sebelum ni. Karang beli pastu bantai diorang tak suka macam mana? Hmmm.. Masalah jugak kan..

Dilema sungguh kak Ti sebelum ambik keputusan nak cuba Lazz Susu Kambing ni. Tapi takpelah.. Demi untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak, kak Ti cuba jugalah. Masa susu sampai kak Ti kat Ofis lagi. Tiba-tiba kakak sepupu kak Ti yang SAZSO no 3 dan SAZSO no 4 panggil ‘mak’ hantar gambar si SAZSO no 4 peluk sakan parcel yang baru sampai kat rumah. Bukan main seronok lagi dia.. Walhal masa tu dia tak taupun apa dalam bungkusan tu.

SEKALI RASA TERUS JATUH CINTA

Bila buka bungkuskan tu, betullah jangkaan kak Ti.. Lazz Susu Kambing dah sampai. Ada 4 perisa kesemuanya, perisa asli, perisa coklat, perisa kurma dan juga Lazacafe. Bila dah nampak apa yang dalam bungkusan tu, apa lagi tak sabar-sabar dia mintak susu. Selagi tak dibuatkan selagi tu lah dia akan ulang permintaan yang sama kat ‘mak’ dia tu.

Pastu kak Ti tanyalah kat kakak sepupu kak Ti tu, macam mana? Dia suka tak? Kalau lepas habiskan secawan pastu dia mintak secawan lagi.. Korang rasa dia suka ke tak suka.. Hahaha.. Alhamdulillah.. Dan lagi best.. Yang perisa kopi tu pun dia boleh layan.. Adoii!! Habis tu.. kami macam mana? Patutnya kopi tu untuk mama dengan abah.. Huhuhu..

Seronok Adik bila dapat bancuh susu sendiri. Sedap pulak tu

KENAPA SUSU KAMBING LAZZ?

Korang tau tak apa yang buatkan kak Ti pilih Lazz Susu Kambing? Ok.. Meh kak Ti bagitau kenapa jenama Lazz jadi pilihan kak Ti sekeluarga:

  • Susu kambing yang digunakan dalam penghasilan Lazz adalah menggunakan sumber susu kambing asli dari Holland
  • Lazz Susu Kambing dihasilkan menggunakan 100% susu kambing organik iaitu mengamalkan larangan terhadap penggunaan organisma yang diubah secara genetik (GMO), tiada racun perosak kimia dan baja buatan yang digunakan. Senang cerita, hanya sumber asli je yang digunakan.
  • Ada empat jenis perisa yang dihasilkan bagi memenuhi citarasa pelanggan iaitu perisa original susu kambing, perisa susu kambing original beserta kurma, perisa susu kamning kopi beserta kurma dan perisa susu kambing coklat beserta kurma.

Dari segi khasiat dan kebaikan pula, kak Ti jadi Lazz Susu Kambing atas beberapa faktor kebaikan dan khasiatnya untum semua terutamanya untuk kanak-kanak.

Anti Allergi

Sebagai satu alternatif untuk kanak-kanak yang ada alahan terhadap susu lembu (CMPA). Alhamdulillah, walaupun anak-anak kak Ti takda masalah alahan susu lembu tapi kak Ti tetap jugak nak bagi yang terbaik untuk mereka.

Imuniti

Membantu meningkatkan imuniti anak-anak menyebabkan anak-anak jarang dapat demam atau selesama seterusnya membantu anak mendapatkam badan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik

Mirip Susu Ibu

Tekstur susu kambing adalah halus menjadikannya susu yang paling mirip dengan susu ibu. Campura kurma pula memberikan rasa manis yang menjadikan susu kambing tersebut seakan rasa susu ibu.

Kulit Cantik Dan Gigi Yang Kuat

Susu kambing kaya dengan Vitamin C dan mempunyai kandungan Kalsium dua kali ganda berbanding susu lembu

Anak Bertenaga Dan Berselera

Keenakan susu Lazz akan membuatkan anak sukar menolak untuk minum susu manakala campuran kurma yang terdapat dalam susu Lazz dapat menjadi sumber tenaga segera untuk anak-anak

Fadhilat Sunnah

Susunkambing merupakan salah satu makanan Sunnah yang elok diamalkan.

Ok lah… Dah banyak rasanya kak Ti kongsikan tentang Lazz Susu Kambing. Pilihan ditangan korang. Kalau korang nakkan yang terbaik untuk keluarga.. Korang tentu tau nak pilih yang mana kan..

Tapi kalau korang nakkan maklumat lebih lanjut berkenaan Lazz Susu Kambing ni, korang boleh dapatkan maklumat tersebut melalui:

Website: www.lazz.my

Facebook: facebook.com/lazzsusukambing

Instagram: www.instagram.com/lazzsusukambinghq

Lazz Care Line:  1800 88 5299

Facebook Comments

6 thoughts on “Lazz Susu Kambing Bantu Tingkatkan Kecerdasan Dan Kesehatan Anak

  • April 10, 2018 at 3:19 pm
    Permalink

    dap ohhh susu ni.. lisa dah nak abes sekotak hehehe . malam tidur pun lenaaa

    Reply
  • April 10, 2018 at 3:19 pm
    Permalink

    dap ohhh susu ni.. lisa dah nak abes sekotak hehehe . malam tidur pun lenaaa

    Reply
  • April 12, 2018 at 9:17 am
    Permalink

    Susu yang bagus untuk seisi keluarga ni. Haida selalu minum time berpuasa.

    Reply
  • April 12, 2018 at 9:47 am
    Permalink

    Saya pun mula² nak bagi anak depa tak nak sebab tak suka susu kambing. Tapi sekali minum terus hari² mau. Hehehee!

    Reply
  • April 12, 2018 at 1:30 pm
    Permalink

    bestnya dapat 3 kotak.. haha dlu lisa first time kenal iklan ni sebab dalam vdeo tu kawan lisa hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *