Duhai Anak-Anak Solehku…

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kak Ti sebenarnya tengah dalam tuning nak tidur.. Dalam pada tengah tuning tu, konon-kononya nak tengok phone kejap. Kot-kot la ada message penting ke.. Ada berita tergempar ke.. Manalah tau kan.. Tup-tup ternampak entry Aben.. Hmmm.. Baca dululah sebelum tidur..

Bila baca entry Aben pasal kerenah anak-anak beliau, terus kak Ti teringat pengalaman kak Ti sendiri beberapa belas tahun lepas masa si sulung SAZSO no 1 dan SAZSO no 2 tengah membesar. Ya Allah.. bukan nak katalah.. Memang kadang tak tercapai dek akal impak dari sel-sel otak mereka yang berhubung.

Love of my life

Pastu cuba korang bayangkan bila sel-sel otak yang berhubung tu digandakan.. Hasil dia memang wallah.. Bergabung meletop bak kata Stacy dan Adam dalam lagu mereka. Bukan senang ya jadi seorang full time mama dengan dua orang anak yang sedang dalam proses men “try and error” hampir semua benda.

Jarak umur antara SAZSO no 1 dan SAZSO no 2 tak sampai setahun. Itu lah sebabnya kenapa diorang berdua masa tu boleh tag team dalam banyak perkara. Antara yang sering mereka tag teamkan bab menyepahkan mainan tu lah. Bila sorang dah start membongkar yang sorang lagi tu.. apa lagi.. dengan penuh gembiranya tolong membongkar jugak.

Dia yang membuatku jatuh cinta kali ke dua
Dan ku jatuh cinta lagi

Cuba korang bayangkan.. Tengah korang mengemas denga penuh semangatnya tingkat bawah, tiba-tiba terdengar gelak tawa diorang berdua yang sangat mencurigakan dari bilik kat tingkat atas. Dan bila kak Ti naik check.. Tuu diaa.. Bila bukak je bilik.. Wahh!! Seronoknya diorang berdua bermain salji. Habis satu bilik penuh dengan bedak. Korang rasa masa tu kak Ti jadi singa ke Tarzan..

Dalam satu masa yang lain pulak… Kak Ti tengah mengemas kat dapur. Sebelum start mengemas tu kak Ti dah pastikan yang diorang berdua ni ada kat bawah. Dalam pada dok ralik mengemas tu, tiba-tiba kak Ti perasan sesuatu. Rasa macam pelik sebab tiba-tiba tak dengar suara diorang berdua. Kalau tak sebelum tu kejap si abang rampas mainan si adik, kejap si adik ketuk si abang dengan mainan.. Pendek kata ada saje yang buat dioarang berdua bising.

Bila tiba-tiba dioang senyap tu kak Ti dah rasa tak sedap hati dah. Bila kak Ti tengok kat ruang tamu tempat diorang main sebelum tu, dua-dua tak ada. Tiba-tiba kak Ti dengar sayup-sayup bunyi orang gelak semacam dari tingkat atas.. Kebetulan hari tu Tn SOSAB tak bekerja sebab hujung minggu, jadi kak Ti ajak dia ke atas untuk tengok. Bila kami bukak je pintu bilik… Tuu diaa.. Sekali lagi bilik kami bersalji.. Tapi kali ni lebih special lagi sebab ada efek pedih mata. Korang tau tak apa dua orang anak syurga bertuah tu buat.. Habis satu botol bedak dan satu botol minyak kayu putih diorang kerjakan.. Ya Rabbi.. Kami berdua tak boleh nak kata apa.. Sabar jelah..

Dua incident kat atas tu hanyalah sebahagian dari pengalaman-pengalaman kak Ti dan Tn SOSAB dalam membesarkan anak-anak. Belum lagi kisah bila dah bertambah sorang lagi iaitu SAZSO no 3 dan kemudian SAZSO no 4. Macam-macam kerenah dah keletah mereka yang melucukan namun adakalanya sangat-sangat menduga kesabaran kami sebagai parents. Tapi walau apa pun… Kenangan inilah yang sentiasa kami rindukan especially bila anak-anak dah semakin menginjak usia remaja ni.

Dia yang mencuri hatiku dengan senyumanya..
Dan hatiku dicuri lagi..

Kak Ti bersyukur sangat atas karuniaan Allah yang sangat berharga yang lebih bernilai dari segala isi dunia ini iaitu anak-anak soleh yang InsyaAllah akan menjadi saham akhirat kami berdua. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan kepada kami untuk menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak soleh ini. Banyak pelajaran dan pengajaran yang Allah berikan kepada kami melalui mereka berempat.

To you out dear 4 SAZSO.. We love you guys unconditionally and trust me.. No one could ever love you as much as we do except Allah The Almighty and Rasulullah (p.b.u.h).. Believe me when I say nothing in the world could ever be compared to the love that we have for guys.. Our love and prayers will always be with you.. InsyaAllah…

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Duhai Anak-Anak Solehku…

Leave a Reply

Your email address will not be published.