CERITA CERITI RAYA PART 2.. YEAYYY! KITA RAYA KAT JB PULAK & BERHARI KELUARGA KAT DESARU

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Masih lagi dengan cerita ceriti raya kak Ti sekeluarga. Kesinambungan dari PART 1 . Kali ni kak Ti cerita pulak sesi beraya kak Ti sekeluarga kat JB. Macam yang kak Ti cerita kat PART 1, sesi beraya kami bersama family kat KL berakhir lebih kurang pukul 10.30 malam, lepas kami beraya kat Semenyih. Dari Semenyih lebih kurang pukul 10.30 malam dan kami selamat sampai kat rumah my beloved parents lebih kurang pukul 4.30 pagi. Penat beraya punya pasal, kami terpaksa berenti untuk berehat, tidur sekejap sebab Tn SOSAB dah tak larat sangat nak drive. Daripada membahayakan diri dan orang lain, baiklah berenti rehat sekejap kalau dah tak larat kan. Itu yang perjalanan 3 jam setengah kadang boleh jadi sampai 6 jam.

Raya tahun ni giliran kak Ti dan adik beraya dengan keluarga suami. My one and only sister tu, dua hari sebelum raya dah balik Kokdiang, Kedah. Diorang akan beraya kat sana sampai seminggu lebih. Iyalah.. bukan selalu adik ipar kak Ti tu dapat balik kampung kan. Al maklumlah JB-Kokdiang bukan dekat, jadi bila balik tu mestilah nak spend masa lama sikit dengan keluarga dia. Mujurlah tahun ni my cousin dari KL dan Kedah balik rumah parents kak Ti beraya. Takdelah parents kak Ti sedih sangat memikirkan anak nan dua orang tu semua beraya dengan keluarga mertua.

Memandangkan anak-anak semua takde, raya pertama tu, parents kak Ti tak keluar beraya ke mana-mana, tunggu tetamu je kat rumah. Kekdahnya, nunggu kami sampai barulah nak keluar beraya sekali. Kami orang bugis ni kalau tak makan burasak masa raya, macam tak lengkap je rasanya, Alhamdulillah.. pagi tu dapatlah kak Ti bersarapan burasak kat rumah parents kak Ti. Sesi beraya kami pagi tu bermula dengan ziarah saudara mara yang duduk dalam satu kampung. Beraya dari satu tempat ke satu tempat, dari pagi membawak ke malam barulah selesai sesi beraya kami. Ada beberapa rumah saudara yang kami tak sempat ziarah hari tu sebab kekangan waktu danebab ada yang antaranya baru nak keluar beraya jugak.

3 Syawal, family gathering day. Family gathering ni macam satu tradisi bagi kami dan melibatkan bukan hanya keluarga kak Ti tapi jugak makcik pakcik & sepupu sepupu.  Biasanya kami akan pilih pantai untuk aktiviti tahunan kami ni. Hampir setiap tahun kami buat aktivit ni. Ada kalanya ramai yang dapat join sampai berbelas-belas keluarga tapi adakalanya hanya 4 atau 5 keluarga je yang dapat join. Apa-apa pun memang seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai macam tu. Berborak sambil menikmamati bekalan yang dibawa bersama. Oh ya.. lokasi pilihan kami tahun ni pantai Desaru. InsyaAllah nanti kak Ti cerita lebih lanjut tentang gathering tahun kat entry lain ya.

kalau nak diikutkan, aktiviti gathering ni dah pun dilakukan sejak dari zaman mak pak kami muda lagi. Kak Ti ingat lagi, salah satu tempat favorite kami untuk berkumpul dulu adalah air terjun kota tinggi. Masa tu boleh dikata hampir semuanya tak ada kereta, jadi untuk ke Kota Tinggi tu kami akan naik bas beramai-ramai. Selain dari berseronok dan bergembira, aktiviti-aktiviti macam ni dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami apatah lagi sekarang bila parents kami dah makin berusia dan ramai diantara kami para sepupu sepapat ni yang dah berkahwin. Peluang untuk berjumpa tu amat terbatas.

4 Syawal, Kami sambung lagi beraya ke rumah saudara mara yang tak sempat pegi masa raya kedua tu. Sama jugak macam sebelum tu, kami beraya dari pagi sampai ke malam jugak. itupun ada lagi rumah saudara yang tak sempat nak diziarahi. Biasalah bila beraya kat JB ni, seminggu pun belum tentu habis beraya. Besoknya 5 Syawal kak Ti ada sesi beraya dengan BFF kak Ti. Sahabat dari zaman sekolah sampai lah ke hari ni. Alhamdulillh. Ermmmm.. Rasa macam dah panjang sangat dah ni.. Cerita Syawal ke 5 dan seterusnya kak Ti sambung kat next entry ya. Tunggu…

 Burasak digandingkan dengan serunding kelapa, ayam masak gagapek & daging masak sate goreng..
 Rumah ke dua di hari raya kedua.. 
 InsyaAllah bakal-bakal hafiz..
 Antara rumah yang wajib kak Ti pegi tiap kali balik ke Jb… 
Pantai Desaru 
 Kami tak ramai tapi kami ada (Pada Idik)… Tahun ni tak ramai yang dapat join kami
 Sebelum buta aktiviti lain.. kita makan dulu…
 Tambah tenaga sebelum start aktiviti…
Masih lagi aktiviti exercise pipi… 
Antara anak-anak dara yang tinggal dalam keluarga “Pada Idik” kita.. 
The Romeo and Juliets of the day.. 
 Antara generasi baru dalam keluarga.. Al Aus.. 
 My beloved aunty, the eldest sister of my beloved father…
Alhamdulillah.. keluarga kami semakin berkembang..Dak kenit Alisya.. my cousin’s daughter…

Alahaii.. panjanglah pulak cerita raya kak Ti ni kan. Harap-harap uolls gighlah baca part ni dan part-part lain sampai khatam ya. 

Facebook Comments Box

4 thoughts on “CERITA CERITI RAYA PART 2.. YEAYYY! KITA RAYA KAT JB PULAK & BERHARI KELUARGA KAT DESARU

Leave a Reply

Your email address will not be published.