CERITA CERITI RAYA PART 1.. SAMBUT SYAWAL DI KUALA LUMPUR

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Salam 17 Syawal semua.. Amboii kak Ti.. Dah masuk 17 hari kita di bulan Syawal baru nak cerita kisah raya ke? Alaa.. Raya kan sebulan. Biar lambat yang penting tertulis ceritanya. Tak gitu…Syawal tahun ni giliran beraya bersama keluarga mertua kak Ti. Biasalah bila dah berumah tangga ni kan.. Kenalah bergilir-gilir dan Alhamdulillah, sejak awal perkahwinan lagi kami tak pernah ada masalah dengan sistem giliran ni. Kak Ti yakin selagi kita sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing selagi itulah masalah dapat dielakkan.

Tn SOSAB ku sayang ada 5 orang adik beradik dan Alhamdulillah semuanya dah berkahwin. Macam kami jugak, dioarang pun buat sistem bergilir jugak. Al kesahnya.. Masa mula-mula dulu kami selalu tak dapat berjumpa masa hari Raya. Ada je yang berselisih sistem gilirannya. Jadi bermula beberapa tahun yang lalu, kami semua sepakat untuk setkan raya kami kat KL pada masa yang sama which means pada tahun tu ada yang terpaksa korbankan giliran beraya bersama parents sendiri so that kami semua boleh beraya bersam. Love you my kakak ipar & biras-biras to the moon and back..  Dan sejak tu bila tiba giliran raya KL, meriahlah rumah mak sebab semua ada masa tu. Lebih-lebih sekarang ni bila semua dah ada anak-anak, lagila meriah suasana raya kat rumah MIL kak Ti.

Memandangkan kami semua tinggal area KL dan Selangor je, kebiasaanya sehari sebelum raya tu barulah kami semua balik ke rumah MIL. Bila berkumpul ramai-ramai tu terasa sangat kemeriahan raya. Biasanya semua juadah raya mak yang sediakan.. Tapi tahun ni, mak serahkan tugas masak ayam masak merah dengan sambal sotong kembang pada kak Ti. After 15 years, itulah kali pertama kak Ti masak juadah hari raya kat rumak MIL tau. So malam tu kami semua berbuka dengan juadah yang dah disediakan untuk hari raya esoknya. Memang kebiasaanya gitulah, juadah raya akan jadi juadah berbuka kami jugak.

Pagi raya kami bermula dengan sarapan sebelum solat sunat hari raya dekat surau yang terletak tak jauh dari rumah MIL. Lepas selesai soalat sunat, bermulalah pulak sesi bermaaf maafan diikuti dengan sesi pemberian duit raya. Lepas tu bermulalah pulak sesi bergambar bersama. Masa nilah macam-macam drama akan berlaku antara mak bapak dengan anak-anak masing-masing. Paham-paham jelah biala ada yang kecik-kecik tu. Bayangkanlah, masa kita nak bergambar tulah dia nak buat bende lain. Takpun masa tulah dia nak buat perangai. Geram ada, kelakar pun ada masa tu…

Selesai sesi kat rumah, bermulalah pulak sesi berziarah ke rumah saudara mara. Maka berkonvoilah kami dari satu rumah ke satu rumah. Biasanya kami akan cuba sedaya upaya untuk menziarah semua saudara mara mak yang ada kat KL masa tu sebab lepas tu masing-masing akan balik ke kampung masing-masing pulak. Jadi, sesi beraya kami akan bermula dari pagi sampailah ke malam. Raya tahun ni, dapatlah berziarah ke lapan buah keluarga masa raya pertama tu. Yang kelakarnya, setiap kali lepas satu rumah semua mengeluh dah tak larat nak makan sebab kenyang sangat, tapi bila sampai rumah yang lain pulak, masing-masing mesti makan jugak. Kena pulak hidangan yang dihidangkan semuanya menambat selera. Ke memang kami ni jenis yang suka makan.. hahaha..

Sesi raya kami hari tu bermula dengan beraya ke rumah kakak my MIL yang tinggal dalam taman yang sama tapi beza lorong, kemudian kami menziarahi adik arwah abah yang tinggal kat ampang dengan sepupu Tn SOSAB pulak. Yang best masa sampai kat rumah sepupu Tn SOSAB tu, diorang baru lepas sesi photoshoot raya family diorang. Husband sepupu Tn SOSAB ni memang into photography so lengkaplah segala kelengkapan untuk photoshoot. I tell you macam kat studio dia punya setting. Lengkap dengan backdrop, lighting etc. Apa lagi, kami pun ambeklah peluang berphotoshoot jugak. Makanya daptlah kami gambar yang sangat-sangat berlualiti ala-ala studio tahun ni. Thank you kak ayu n abg saiful.

Dari ampang kam ke TTDI, kemudian ke Shah Alam, ke Kajang dan berakhir kat Semenyih. Selesai je beraya kat rumah terakhir kat Semenyih tu,  kak Ti sekeluarga pun shoot balik JB pulak. Kami bertolak dari Sementih lebih kurang pukul 10.30 malam dan Alhamdulillah selamat sampai kat JB lebih kurang pukul 4 pagi. Kita sambung sesi beraya kat JB pulak..

Anak-anak layan bunga api 
With my sis in law, biras & niece
Bukan main lagi anak dara sorang ni. Pantang nampak kamera…

Isteri-isteri Tn Syed

On the way nak pegi beraya. Susahnya nak suruh budak kecik ni dok diam-diam

Sementara tunggu ahli rombongan cik Kiah yang lain sampai, kita wefie dulu

Dalam lift pun jadi. Tudung pink tu lah bonda kepada Tn. SOSAB. The best mother in law one could ever asked for. Love you mak.
Selepas 15 tahun akhirnya ada jugak gambar keluarga yang proper.. 😁

Mak bersama anak-anak… Missing one son there

Pengsan dah semua. Kepenatan beraya. Ini baru lepas rumah ke 3 kalau tak silap… 😁

Rumah sepupu mak, bertembung dengan sepupu-sepupu Tn SOSAB 

That young boy there is the copy cat of my Tn SOSAB. When he was small, he was always mistaken as one of our son. 

Facebook Comments

3 thoughts on “CERITA CERITI RAYA PART 1.. SAMBUT SYAWAL DI KUALA LUMPUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *