Bufet Ramadhan 2018 Me’Nate Steakhub – 3 Set Menu Berbeza Setiap Hari

BUFET RAMADHAN 2018 ME’NATE STEAKHUB  BERTEMAKAN “WESTERN & LOCAL DELICACIES BUFET”

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Bila sebut Me’Nate pasti terbayang “Western Food” terutamannya steak. Bukan nak katalah, tapi western food kat Restoran Me’Nate ni memang sedap tau. First time kak Ti merasa makanan kat Retoran Me’Nate ni masa kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) dapat jemputan ke Sesi Beramah Mesra Me’Nate Bersama Media pada bulan March lepas.

Tak sangka, rezeki nak ke Restoran Me’Nate sekali lagi datang, juga melalui KBBA9.. (Huhuhu.. Terharu sangat kak Ti tau.. Banyak rezeki dari Allah yang kak Ti dapat nikmati melalui platform KBBA9 ni..). Kali ni, kak Ti dan rakan-rakan blogger yang lain dapat jemputan ke “Ramadhan Preview 2018” kat Restoran Me’Nate Steakhub Shah Alam bagi memperkenalkan sajian Bufet Ramadhan 2018 Me’Nate Steakhub.

Geng KBBA9 bersama Nabil yang memang sempoi habis..

KONSEP GERAI MENGIKUT KATEGORI HIDANGAN

Untuk menampilkan kelainan di Bufet Ramadhan 2018 Me’Nate Steakhub, konsep gerai diketengahkan dan pilihan adalah mengikut kategori hidangan dimana setiap gerai dan seksyen akan menyajikan menu yang berbeza. Kalau korang nak tau, setiap hari kan ada lebih kurang 40 sajian berbeza akan dihidangkan untuk korang yang datang menikmati sajian bufet ramadhan kat Restoran Me’Nate di semua rangkaiannya.

Bukan kak Ti punya semua tu.. Percayalah…

Antara gerai-gerai  yang korang boleh terjah kan, seksyen pembuka selera, salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut dan seksyen minuman sejuk dan panas yang akan disediakan untuk para pelanggan  pada Bufet Rmadhan 2018 Me”Nate Steakhub.

MENU WESTERN & LOCAL DI BUFET RAMADHAN 2018 ME’NATE STEAKHUB

Dah nama pun Restoran Stik dan Makanan Barat terbaik di Malaysia, dah tentulah yang  diidamkan oleh pelanggan yang akan menikmati Bufet Ramadhan 2018 Me’Nate Steakhub ni adalah hidangan daging panggang dan juga menu-menu western yang lain.

Roasted Beef
Roasted Chicken
Lamb Syabu
Fried Chicken
Baked Penne
Fettucini Cabonara (Saus cabonara lupa nak ambik)
Chicken sausage

Kalau kebanyakan hotel dan restoran lain menawarkan hidangan Kambing Golek untuk pelanggan-pelanggan mereka, Restoran Me’Nate Steakhub pula berbeza. Mereka memilih untuk menyajikan Rusa Golek kepada pelanggan yang datang ke rangkaian restoran mereka. Unik dan lain dari yang lain. Rugi kalau korang lepaskan peluang ni tau. Bukan selalu boleh jumpa rusa golek ni.

Rusa golek

selain menu western, bufet Ramadhan 2018 Me’Nate Steakhub pun ada sajikan makanan tempatan seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Beriyani dan lain-lain sebagainya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin menjamu selera dengan sajian tempatan.

HARGA BERBALOI BUFET RAMADHAN 2018 ME’NATE STEAKHUB

Kalau kak Ti cakap berapa harga bufet Ramadhan 2018 Me’Nate Steakhub ni mesti korang tak caya. Sungguh… Harga dia memang berbaloi sangat. Makanan dia pulak.. Semua sedap-sedap dan memuaskan tau.

Harga:

RM79.90 (Dewasa – 12 tahun ke atas)

RM39.90 (Kanak-kanak – 6 hingga 11 tahun )

Masa:

6.30 pm – 8.30 pm

Lokasi:

1. Restoran Me’Nate Steakhub Ampang Jaya

16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Tel: 03-4265 2445

2. Restoran Me’Nate Steakhub Setapak

StarParc Point, C-01-02 & C-01-03, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, Jalan 8/23e, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel: 03-4131 1611

3. Restoran Me’Nate Steakhub Bandar Baru Bangi

25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tel: 03-8922 0092

3. Restoran Me’Nate Steakhub Shah Alam

Lot F-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5523 3493

Ps: Untuk korang yang tak sempat join bufet Ramadhan, korang boleh je datang lepas solat terawih untuk makan kat Restoran Me’Nate sebab Restoran Me’Nate akan beroperasi untuk hidangan ala carte seperti biasa bermula dari pukul 8.30 malam – 11.00 malam.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *