Peek A Box – Unboxing The Beauty Box

PEEK A BOX – KOTAK KECANTIKAN YANG PENUH KEJUTAN BUAT YANG TERISTIMEWA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Moh kita sambung kisah Bengkel sehari di Matic yang Kelab Blogger Ben Ashaari adakan bulan lepas. Selesai sesi pertama iaitu Bengkel Personaliti bersama Perunding Imej Muslimah, Pn Azie Sam dan juga menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh Izzah Catering, kami sambung pula dengan sesi kedua iaitu Bengkel Kecantikan bersama ‘founder’ ‘Peek A Box” Pn Shuhada dan juga rakan kongsi beliau.

‘Peek A Box’ atau dalam bahasa Melayunya Intai kotak memang ‘catchy’ bunyinya kan. Sekali sebut macam bunyi permainan kanak-kanak je. Alaaa.. Yang kita dok sebut kalau tengah agah baby atau budak kecik tu.. ‘Peek a boo’.. Ingat tak?.. Seronok baby kalau kita agah macam tu kan.. Haaa.. Macam tulah seronoknya kami peserta bengkel kali bila kami dimaklumkan yang kami akan menerima sebuah kotak yang kami tak tau dengan tepat apa isi di dalamnya.

Teruja! Itulah perasaan kami bila menerima ‘surprise’ box dari pihak ‘Peek A Box’.. Riuh sekejap ruang bengkel dengan reaksi dari setiap peserta yang hadir. Yang pasti masing-masing tak sabar nak tau apa sebenarnya yang ada dalam kotak yang kami terima tu. Tapi.. Sebelum kami ‘unboxing’ ‘surprise box’ yang ami terima tu, kami diberikan penerangan terlebih dahulu tentang apa itu ‘Peek A Box’.

Siapa tak suka menerima hadiah kan? Lebih menarik lagi kalau hadiah yang diterima tu penuh dengan elemen-elemen ‘surprise’ yang pastinya akan menimbulkan rasa seronok, gembira dan sekaligus misteri kepada si penerima. Cuba korang bayangkan.. Tengah buat kerja kat ofis ataupun tengah lepak kat rumah tiba-tiba sampai satu bungkusan kat korang yang isinya sebuah kotak yang korang langsung tak tau apa isinya… Mesti rasa dab dib dub je kan..

Peek A Box – Surprise Box Untuk Yang Tersayang

Konsep ‘surprise box’ yang dijalankan oleh Pn Shuhada dan rakan kongsi beliau ini telah pun bermula sejak penghujung tahun 2016 lagi dan penghantaran ‘peek a box’ kepada para pelanggan telah pun dimulakan pada bulan Januari 2017. Wow! Dah lama rupanya ‘peek a box’ berada kat pasaran.. Nampak nau kak Ti ni tertinggal keretapi.

‘Peek A box’ seperti namanya adalah sebuah kotak yang cantik yang di dalamnya ada 4 atau 5 produk terutamanya produk kecantikan. Selain dari produk, dalam kotak itu juga biasanya mengandungi majalah mini dengan ‘cover’ majalah yang berbeza setiap bulan. Majalah mini yang ada dalam kotak tersebut mengandungi informasi berkenaan produk yang ada dalam kotak dan juga sedikit cerita berkenaan ‘cover’ majalah bulan tersebut.

Kalau korang nak tau, produk-produk yang ada dalam kotak ‘surprise’ tu berubah setiap bulan tau. Ada kalanya bukan setakat produk kecantikan je yang ada dalan kotak tu, tapi ada pelbagai lagi produk lain macam tudung, lilin dan lain-lain. Harga produk-produk yang pelanggan terima tu biasanya boleh mencecah Rm150 tapi dengan ‘Peek a Box’ harganya hanya RM59 sahaja. Berbaloi sangat kann..

Lagi berbaloi kalau korang terus je melanggan pakej-pakej yang ditawarkan oleh ‘Peek A Box’.. Link IG diorang kak Ti ‘share’kan kat bawah.. Korang usha-usha la IG diorang ni.. Biasanya.. Hint untuk ‘surprise box’ bulan berikutnya pun diorang akan kongsikan kat IG diorang ni. Bukan tu je.. Promosi-promosi tertentu pun diorang akan share dalam IG. Senang cerita.. Korang usha je lah IG diorang ek..

Ok.. Mesti ada antara korang yang akan tertanya-tanya kenapa harga ‘Peek A Box’ hanya RM59 sedangkan nilai produk yang diterima boleh mencecah sehingga RM150. Untuk pengetahuan korang, konsep ‘surprise box’ dari ‘Peek A Box’ ni merupakan hasil kerjasama diantara pihak ‘Peek A box’ dan juga pemilik-pemilik jenama yang ingin memasarkan jenama mereka dengan cara yang berbeza dan interaktif.

Ini kami punya! Beauty Bo yang disediakan khas untuk kami..

DIY Face Mist & Lip Balm

Selain dari sesi ‘unboxing’ ‘Peek A Box’.. Pihak ‘Peek A Box’ turut mengadakan sesi perkongsian ilmu. Kali ni kami belajar macam mana nak buat sendiri ‘face mist spray’ dan juga lip balm.. Laaa.. Selama ni ingatkan susah sangatlah nak buat dua benda ni.. Rupanya senang sangat nak buatnya korang. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya senang nak dapat. Ok Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan:

FACE MIST SPRAY

Bahan :

  • Air mawar, air minuman (drinking water), madu (optional), essential oil/pewangi yang korang suka

Cara:

  • Campurkanair mawar & air minuman dengan nisbah 1:2 (1 bahagian air mawar : 2 bahagian air minuman)
  • Kacau sebati, lepastu masukkan pula madu dan essential oil.
  • Kacau lagi hingga betul-betul sebati
  • Masukkan dalam botol yang ada muncung spray.. Dah boleh pakai untuk segarkan muka..

 LIP BALM

Bahan :

  • cocoa butter, pewarna, vaseline, air panas (untuk melarutkan cocoa butter), madu

Cara: 

  • Masukkan cocoa butter dan vaseline ke dalam satu bekas kecil
  • Cairkan keduanya dengan cara meletakkan bekas kecil tadi atas air yang dipanaskan
  • Bila dah cair, masukkan pula pewarna dan madu. kacau sebati.
  • masukkan dalam bekas kecil untuk mudah dipakai. Jangan kacau/usik sampai dia mengeras.. Tadaaa.. dah jadi lip balm..

Tutorial Make Up Oleh MUA Khai Azwan

Kalau dulu.. Bila sebut je make up mestilah yang paling synonim adalah kaum wanita. Tapi sekarang ni dah tak lagi tau. Dah ramai MUA-MUA yang terdiri dari kalangan lelaki. Untuk sesi seterusnya, belajar pulak tentang make up yang dikongsikan oleh Khai Azwan. Banyak tips-tips make up yang dikongsikan samaada dari segi cara bermaku up mahupun produk-produk untuk mendapatkan make up yang cantik.

Walaupun sekarang ni kak Ti tak lagi masuk dalam kategori yang rajin bermake up.. Tapi kak Ti memang suka sangat tengok tutorial-tutorial make up kat youtube. Pernah lah jugak kak Ti  ‘attend’ kelas make up.. Tapi sekali je. Pandainya tidak jugak.. Hahahah.. Kak Ti suka tengok macam mana mereka-mereka nampak ‘effortlessly’ bermain dengan warna kat muka pastu dapat hasil yang Wow! Gitu.

Khai Azwan ni asalnya seorang photographer tau.. Tapi akhirnya memilih kerjaya sebagai MUA. Untuk sesi tutorial ni 2 orang peserta dijemput untuk bersama-sama dengan Khai Azwan. Seorang peserta akan jadi model dan seorang lagi akan jadi MUA dan perlu ‘follow’ step by step cara make up yang Khai lakukan pada model yang di bawanya. Untuk tutorial hari tu, Khai buat demo make up ala orang-orang ‘have-have’ gitu..

Kalau dah namanya berbakat dan tangan berseni.. Nampak mudah je dia make upkan model tu. Rona Gold dan nude menjadi pilihan Khai untuk make up konsep ‘have-have’ ni. Memang cantik sangat hasilnya. Apatah lagi bila dibantu dengan bentuk wajah model yang sememangnya memiliki bentuk yang cantik.

Korang jangan tak tau.. Hasil tangan Ayu jean yang jadi tukang make up kan Yulia Fajrin pun tak kurang hebatnya tau. Lepas ni.. Mana-mana geng-geng KBBA yang perlukan khidmat make up bolehla dapatkan sentuhan Ayue. Hehehehe.. Oklah cukup sampai kat sini dulu perkongsian kak Ti ya.. Untuk info-info berkenaan bengkel ni korang tengok kat bawah ni ya..

Info Penaja Bengkel Personaliti Dan Bengkel Kecantikan KBBA9

Penaja Tempat : Matic
Alamat : Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9235 4800

Bengkel Kecantikan (Surprise Box): Peek-A-Box

Instagram:  Instagram.com/peekabox_beautybox

Facebook: facebook.com/peekaboxbeautybox

Tutorial Make Up: MUA Khai Azwan

Instagram: instagram.com/khaiazwan

Facebook: facebook.com/krull.haikal

Sarapan & Makan Tengah Hari:

Sarapan pagi : Instagram.com/mrszakitchen
Makan Tengahari : Nurul Izzah Katering

Facebook Comments Box

3 thoughts on “Peek A Box – Unboxing The Beauty Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.