Kereta Untuk Abah -Toyota C-HR Untuk Abah Bertuah

KEMPEN KERETA UNTUK ABAH – KOLABORASI 25 SME DAN TOYOTA MALAYSIA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Hari Rabu yang lepas kak Ti berpeluang hadir ke sidang media pelancaran Kempen Kereta Untuk Abah atau KUA yang berlangsung kat Cafe Flora Terrace At Hampshire Place KL. Kereta Untuk Abah merupakan sebuah kempen yang lahir dari cetusan idea dan kolaborasi 25 SME dari pelbagai latar bidang perniagaan.

Kereta Untuk Abah – Hadiah Menarik Menanti

Sebelum korang jadi pening sebab tak tau kak Ti cerita pasal apa sebenarnya, meh kak Ti terangkan kat korang apa tu sebenarnya kempen kereta untuk abah. Untuk pengetahuan korang, Kempen Kereta Untuk Abah ni merupakan sebuah kempen yang mempunyai objektif untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak muda agar menghargai ibu dan bapa mereka dan juga membudayakan sifat suka memberi.

Di dalam Kempen Kereta Untuk Abah ini 25 SME yang terlibat akan menawarkan jenama produk masing-masing dan kempen ini akan berlangsung selama 6 bulan bermula bulan September 2018 ini sehingga bulan Februari 2019. Kempen KUA ini juga merupakan satu inisiatif untuk mendidik para usahawan dalam memberi manfaat kepada komuniti dan menghargai ibu bapa mereka.

Sebuah  kereta  Toyota  C-HR  akan  menjadi  taruhan utama  dalam  kempen  ini  disamping  hadiah  saguhati  dan  hadiah  bulanan.  4 hadiah akan  diberikan  kepada  individu  yang  bertuah  dalam  kategori  hadiah  saguhati  yang  berupa  sebuah  motosikal,  smart  tv,  telefon  pintar  Oppo  F7,  dan  percutian  3  hari  2  malam.  Lanjutan daripada  itu,  6  pemenang  bulanan  bertuah  akan  dipilih  untuk memenangi  barangan  kemas  dan  4 pemenang  lagi  akan  diberikan  hadiah  misteri.

Kenapa Kereta Untuk Abah?

Kenapa ‘abah’ dan bukan ‘ibu’ yang dipilih untuk diketengahkan pada kempen ini? Itulah soalan yang kak Ti tanyakan kepada Presiden Kempen Kereta Untuk Abah iaitu En Mohd Aminurasyid Mohd Fauzi. Menurut beliau, kenapa ‘Abah’ menjadi pilihan adalah kerana selama ini, banyak kempen-kempen yang dianjurkan hanyalah memfokuskan kepada kaum ibu semata.

Tambah beliau lagi, dengan penganjuran kempen Kereta Untuk Abah ini adalah sebagai salah satu cara untuk memberikan penghargaan kepada kaum bapa/abah yang acap kali seakan dikesampingkan ini. Hmmm.. Iya tak iya jugak kan.. Kalau kita tengok selama ni memang kebanyakan kempen atau ‘contest’ hanya mensasarkan kaum ibu je.

Cara Penyertaan

Cara  penyertaan  untuk  kempen  ini  mudah  dan  praktikal.  Dengan  setiap  pembelian  minimum  dari  25  jenama  yang  menyertai,  akan  diberikan  sekeping  kupon.  Setiap  pelanggan  perlu  mengisi  butiran  yang  diperlukan  dikupon  dan  perlu  disertakan  dengan  resit  pembelian.

Nilai pembelian minimum adalah bergantung kepada harga sesebuah produk yang ditawarkan oleh jenama-jenama yang terlibat di dalam kempen ini namun harga minimum yang telah ditetapkan oleh penganjur adalah sebanyak RM30 dan pembeli layak mendapakan kupon.

Kemudian  para  pelanggan  boleh  kembalikan  kupon  tersebut  ke  syarikat  jenama  produk  yang  dibeli.  Pemenang  akan  dipilih  secara  rawak  untuk  setiap  hadiah  yang  disediakan.  Jika  terdapat  sebarang  pertanyaan  boleh  hubungi  talian  +6010-3924910 atau  e-mel kepada keretauntukabah@gmail.com

Sebarang keputusan pemenang akan diumumkan setiap bulan di dalam Facebook Kereta Untuk Abah yang linknya akan kak Ti sharekan kat bawah. Untuk pemenang “Finale’ pula, ianya akan diumumkan pada bulan March di mana 3 orang peserta bertuah akan disenarai pendekkan dan layak untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah yang akan menerima kereta Toyota C-HR tersebut.

Maklumat Lanjut

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen Kereta Untuk Abah, korang tengok kat bawah ni ya:

Website: https://www.keretauntukabah.com/

Facebook: facebook.com/keretauntukabah

Instagram: instagram.com/keretauntukabah

Facebook Comments

5 thoughts on “Kereta Untuk Abah -Toyota C-HR Untuk Abah Bertuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *