Marhaban Ya Ramadhan…

Salam..
Alhamdulillah….Syukur Ya Allah kerana masih Kau berikan kesempatan untuk berjumpa dengan bulan yang penuh berkah ini sekali lagi….
Baru jer lepas sahur dengan family tadi….Seronok sangat sebab tahun ni dapat sambut puasa dengan mak ngan ayah kat kampung….Jarang sangat tau dapt peluang nak sambut puasa sesamer ini…iyerla kan.. mak ayah kat JB, kami pulak menetap kal KL….Bila dapat peluang macam ni of cosla seronok kan….Tapi nanti lepas buka da balik KL da….huhuhu…Nak buat camner, tanggungjawab menanti….
Menu sahur pagi ni adalah lauk kenduri semalam….Sempena nak sambut puasa ni, kami sekeluarga buat kenduri doa selamat…kalau nak ikutkan bukanla my family yang buat tapi my mak long….kakak my father…tapi kitorang jadi tuan rumah….my mak long ni kalau buat kenduri memang biasanya akan buat kat rumah my father….Tak taula kenapa tapi da macam tradisi pulak..Everytime nak buat kemduri doa selamat mesti buat kat rumah ni….ok la tu…kami pon seronok jugak…..
Pepagi buta ni patutnya idea nak menulis ni banyakla kan…Tapi beku pulak otak ni rasanya…..dari tadi pun asik typo error jer….Mananya tidak, kemain sedap lagi irama padang pasir yang my dearest partner lagukan kat belakang ni…..tambah pulak ngan suhu yang memangla sanga-sangatt sesuai untk melelapkan mata di ‘peraduan’ ni…..memanggil-manggil rasanya bantal dan selimut….. -:)….Memandangkan taknak menghampakan hasrat mata ni, maka terpaksala niat nak share a few gambar masa kenduri semalam di postponed ke post kemudian…..Harap-harap subuh kejap lagi takla terlajak jadi subuh gajah pulak….
Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.