Mandian Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Khas Untuk Hero-Heroku

MANDIAN DASHING 2 IN 1 MUKA & BADAN – BIJAK MEMBELI MENANG MEMAKAI

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

PENTINGNYA PENJAGAAN BADAN DAN MUKA

Penjagaan diri memang satu aspek yang sangat-sangat kak Ti titik beratkan. Baik untuk diri kak Ti sendiri mahupun untuk ahli keluarga kak Ti. Sebab tulah, walaupun anak-anak kak Ti semuanya hero dan dua orang daripadanya dahpun masuk kategori remaja, kak Ti memang ‘bising’ kat diorang pasal penjagaan diri terutamanya tang badan dan muka.

Bagi kak Ti, penjagaan diri bukan sahaja penting untuk keyakinan diri dan juga penampilan diri, tapi yang lebih penting ia merupakan Sunnah. Kak Ti tengok ramai kaum lelaki yang mengabaikan bab kebersihan ni. Semuanya main asal boleh je. Aishhhh.. Kak Ti tak berkenan sungguh la hai. Muka hensem, tapi bau badan Ya Rabbi. Takpun, badan semua ok, sekali tang muka pulak bagai jalan tar yang belum di steam roll.

Jadi, tiap kali hero-hero kak Ti ni nak balik ke asrama, kak Ti memang akan pastikan yang semua alat-alat penjagaan diri diorang dah lengkap. Memang top to toe lah kak Ti akan bekalkan diorang. Shampoo, sabun mandi, pencuci muka, deodorant dan lain-lain memag kak Ti akan pastikan semuanya cukup. Huhuhu.. Boleh tahan jugak tau belanja dia.. Tapi demi kebersihan anak-anak kenalah belanja jugak.. Dan lagi satu, kak Ti nak diorang terbiasa untuk ambil berat bab penjagaan diri ni.

MANDIAN BADAN DASHING 2 IN 1 – FACE & BODY WASH

Baru-baru ni kak Ti diperkenalkan dengan produk terbaru Dashing iaitu Mandian Badan Dashing 2 in 1 Muka & Badan untuk lelaki dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! Haaaa.. Memang elok sangatlah ni, sekali jalan je. Sesuai sangat untuk kaum Adam yang semuanya nak buat dengan pantas.

Hattrick Active untuk hero-hero kak Ti

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

Untuk pengetahuan korang,  DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL

Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE

Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK

Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK

Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

HARGA MANDIAN DASHING 2 IN 1 FACE & BODY WASH

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. Dengan harga yang sangat berbaloi macam tu memang rugi kalau korang tak dapatkan Mandian Dashing 2 in 1 ni. Badan dan muka bersih, poket pun selamat.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *