Beribu Game Online Percuma di plays.org

MAIN GAME ONLINE PERCUMA TANPA PERLU DOWNLOAD

Bismillahirrahmanirrahim. 
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

orang pernah main video game? Mestilah pernah kan. At least mesti pernah cuba satu atau dua jenis permainan video. Ehh! Yang permainan Tetris tu consider sebagai permainan video tak ek? Untuk kak Ti sendiri, nak kata tak suka main video game ni sukalah juga. Nak kata suka sangat tu tidaklah juga. Kak Ti akan main video game ni sekadar untuk rileks-rilekskan kepala sekejap.

Keperluan Vs Kemahuan

Salah satu faktor yang mungkin menjadi asbab kak Ti kurang suka bermain video game adalah faktor kemampuan. Iyalah, kak Ti bukan lahir dalam keluarga yang senang lenang. Segala perbelanjaan perlu diprioritikan. Keluarga kak Ti kena berbelanja untuk keperluan dulu barulah kemahuan.

Sebab tulah agaknya masa kecik-kecik dulu, bila dapat hadiah toys tak kiralah toys apa pun kak Ti memang sangat akan jaga barang permainan kak Ti dan kebanyakan barang permainan kak Ti walaupun harganya tidaklah mahal mana, tapi tetap kak Ti jaga dengan baik supaya kak Ti dapat main barang permainan tu untuk satu tempoh yang lama.

Jodohku Dengan Orang IT

Kalau masa kak Ti sekolah dulu komputer ni merupakan barang yang hanya mampu dimiliki oleh golongan T20 waktu tu. Harga dia mahai. Kami ni mampu tengok je lah. Tapi bila dah masuk kolej, masa tu lah kak Ti mula dapat pendedahan yang lebih meluas tentang komputer ni. Nak buat assignment kan kena guna komputer. Apa lagi CC atau cyber cafe lah jadi tempat kami nak buat assignment. Masa ni jugaklah kak Ti mula mengenal apa itu Internet.

Ditakdirkan lepas habis belajar kak Ti berjodoh dengan Tn Syed yang memang terlibat dengan dunia komputer. Bila kami dikurniakan anak-anak memang dari keciklah si SAZSO ni didedahkan dengan permainan video game online. Last sekali dengan mama diorang ni pun sekali sekala layan main video game jadinya. Macam kak Ti cakap kat atas tu, Kak Ti jenis main online video game untuk hilangkan keserabutan yang disebabkan oleh kerja.

Plays.org Lubuk Game Online Free Yang Best

Baru-baru ni ada kawan kak Ti suruh kak Ti cuba main game dekat plays.org. Bila kak Ti tengok dalam laman web tu kan, kak Ti jadi ter Wow! bila tengok punyalah banyak game-game online yang korang boleh main secara percuma je. Kak Ti rasa kan, ada lebih dari 100 kategori yang korang boleh pilih. Dalam setiap kategori tu pulak ada banyak game-game online yang korang boleh main.

Total game online yang korang boleh main secara percuma dalam plays.org ni kak Ti rasa memang beribu. Untuk mudahkan korang cari game online yang korang suka, korang boleh klik je kat kategori-kategori yang dan kemudian pilih game online yang korang nak main dari kategori tu.

Pantau Aktiviti Bermaian Game Online Anak-Anak

Kalau korang nak bagi anak-anak main game dalam Plays.org ni pun boleh. Tapi pastikan korang pilih kategori yang sesuai dan sentiasa dalam pemantauan korang semasa diorang bermain game online ni. Dan pastikan sebelum bagi anak-anak mula main game online ni korang dah setkan masa anak-anak bermain supaya anak-anak akan ada disiplin masa dan juga untuk elekkan anak dari ketagihan bermain permainan online.

Adventure Time Break The Worm

Korang nak tau tak dalam banyak-banyak permainan online tu kak Ti suka main yang mana? Pernah tengok kartun atau animated series “Adventure Time?”. Alaa kalau korang tengok gambar kat bawah ni mesti korang akan ingat Finn yang selalu kehulu kehilir dengan anjing warna kuning dia yang boleh bercakap tu. Haaa.. Kak Ti tengah layan permainan tu lah sekarang kat plays.org. Seronok menumbuk cacing-cacing yang ada dalam permainan tu. Puas hati dapat menumbuk walaupun setakat permainan online je.

Main Game Online Untuk Hilangkan Stress

Macam kak Ti cakap kat entry sebelum ni kan, kak Ti akan main game untuk elakkan stress dan berehat sekejap dari kerja-kerja yang kak Ti buat. Sebab tu kak Ti jenis yang akan main permainan online yang sama berulang-ulang sampailah kak Ti bosan baru kak Ti tukar yang lain. Buat masa ni kak Ti memang tengah seronok melayan game “Adventure Time Break The Worm”.

Oh ya! Kalau korang malas nak ulang proses memilih permainan online yang korang suka dalam setiap kategori, korang boleh lah daftar akaun kat dalam plays.org ni. Jangan risau, tak kena bayar pun. Tak ada yang perlukan apa-apa bayaran kat situ. Ok lah korang. Korang cubalah sendiri ya. Mana best kalau setakat baca apa yang kak Ti share je kan. Jangan stress-stress ok.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.