A Day With Bangi Wonderland – Promosi Gempak Giler Sempena Cuti Sekolah

“A day full of fun, joy and adventure”. Itulah yang boleh kak Ti gambarkan tentang pengalaman bersama dengan 17 lagi rakan-rakan blogger KBBA9 dan keluarga di Bangi Wonderland Theme Park and Resorts semalam. Memang mengujakan dan menyeronokkan sangat. Kalau dah mak-mak dan pak-pak teruja dan seronok sangat, bayangkanlah macam mana perasaan anak-anak kan… Tentulah berganda-ganda keseronokan diorang.