ABX Express Kini Dijenamakan Semula Sebagai KEX Express – Melebarkan Sayap Dengan Servis Penghantaran Antarabangsa

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KE KEX EXPRESS SELEPAS 38 TAHUN DI MALAYSIA

ABX Express bukanlah satu syarikat yang asing dalam industri penghantaran di Malaysia. Manakan tidak, syarikat ini telah memberikan khidmat penghantaran kepada rakyat Malaysia selama 38 tahun terutamanya kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

Pada 26 Oktober yang lepas kak Ti dan beberapa rakan-rakan KBBA9 yang lain telah dijemput untuk menghadiri sesi pelancaran dan sidang media Penjenamaan semula (Rebranding) ABX Express kepada KEX Express yang telah berlangsung dengan sangat meriahnya di Hotel Shangri La Kuala Lumpur.

Penjenamaan semula ini merupakan satu lagi langkah bersejarah di mana ABX Express yang kini akan dikenali sebagai KEX Express Malaysia akan memberikan rangkaian penghantaran yang lebih meluas dengan menawarkan pilihan destinasi antarabangsa dan dalam masa yang sama terus mengukuhkan servis penghantaran domestik yang sedia ada.

Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express

38 Tahun di Malaysia ABX Express Kini KEX Express

Untuk pengetahuan, ABX Express merupakan sebuah jenama penghantaran tempatan yang telah diperbadankan pada tahun 1984 di Malaysia Timur yang mana ia mengkhususkan kepada penghantaran domestik capaian akhir (last mile). Setelah berada dalam pasaran selama 31 tahun, pada tahun 2015, syarikat ABX Express telah menjadi sebahagian daripada Kerry Logistic Network (KLN) iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang terbesar di Asia dan tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong.

Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia Richard Lui berkata, penjenamaan semula tersebut merupakan satu peristiwa penting buat mereka di mana penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express merupakan kemuncak kepada peranan yang mereka mainkan di bawah Kerry Logistic Network (KLN) yang juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan KLN pada tahun lepas. Menurut Lui lagi, gabungan ini akan memberikan KEX Express akses segera kepada rangkaian global KLN dan set tawaran antarabangsa yang lengkap khususnya ke negara China dan negara-negara di Asia.

Lui berkata lagi, dengan gabungan pengalaman perkhidmatan kurier ekspress kepada rakyat Malaysia selama 38 tahun dan rangkaian luas KLN Group, mereka menyasarkan untuk menjadi rakan logistik yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dalam menyediakan penghantaran ekspress yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat, perniagaan dan juga untuk keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan mahupun antarabangsa.

Richard Lui, Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia
Alex Ng, CEO Kerry Express

Perkhidmatan Penghantaran Domestik dan Antarabangsa

Kalau korang nak tahu, dengan menggunakan KEX Express, korang boleh hantar ke lebih 225 destinasi antarabangsa dari Malaysia dan ia boleh digunakan oleh pemilik akaun kredit sedia ada dan juga pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan mereka di seluruh negara.

Selain daripada itu, KEX Express juga memiliki lebih 700 service touch points di seluruh negara dengan lebih 3,000 kakitangan yang akan bersedia untuk melayani keperluan penghantaran ekspress rakyat Malaysia. Terkini, KEX Express mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspress di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

Penjenamaan semula ABX Express akan menyaksikan penggunaan logo KEX Express dalam seganap aspek termasuklah papan tanda semua rangkaian kedai KEX Express di seluruh negara dan juga di lebih 2,500 trak penghantaran yang akan membuat penghantaran ke seluruh negara setiap hari. Dengan adanya sistem penghantaran yang padu, mereka berkemampuan untuk menguruskan penghantaran 250,000 parsel sehari.

Keluarga besar KEX Express Malaysia

Komited dan Konsisten Untuk Memberikan Perkhidmatan Terbaik

Lui turut menyatakan bahawa perkhidmatan KEX Express yang konsisten adalah berkait rapat dengan pelaburan aset syarikat di mana sejak lima tahun lalu syarikat telah banyak membuat pelaburan dalam hab automasi, infrastruktur IT dan pengembangan pasukan.

Bagi membantu membangunkan perniagaan pelanggan-pelanggan mereka di masa akan datang, KEX Express akan terus mengenal pasti, melaksanakan dan mengguna pakai idea idea inovatif yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah-ubah.

Tambah Lui, sebagai sebahagian dari komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia bagi servis penghantaran domestik, KEX Express akan memberikan tumpuan kepada 3 perkara berikut iaitu:

  1. Pembayaran Digital untuk Cash On Delivery(COD) Digital dan Freight On Delivery (FOD)
  • KEX Express merupakan perintis untuk penyediaan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspress tempatan
  • COD Digital membolehkan penerima menerima mana-mana bungkusan dan membuat membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan
  • FOD Digital pula membolehkan penerima menerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba
  • Tiada kuantiti minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi pelanggan yang memilih bentuk pembayaran ini dan sstiap pelanggan yang datang ke mena-mana kedai KEX Express adalah dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan ini.
COD dan FOD yang ditawarkan oleh KEX Express

2. Pusat Penjual (Seller Centre)

  • Pusat penjual merupakan palatform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
  • Ia mengintegrasikan portal beli belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Ekspress melibatkan keperluan penghantaran
  • Membolehkan pengalaman dalam talian (O2O) yang lebih lancar untuk pelanggan

3. Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)

  • KEX Express dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan (cloud technology)
  • Ini memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan dan pada masa yang sama menyediakan penghantaran yang efisien serta tepat pada waktunya kepada pelanggan.

KEX Express Tawarkan Promosi Diskaun Untuk Penghantaran Antarabangsa dan Domestik

Bersempena dengan pengumuman penjenamaan semula ini, bermula 1 Novermber 2022, KEX Express menawarkan diskaun promosi penghantaran ke pelbagai destinasi baik domestik mahupun antarabangsa. Bagi pengantaran domestik KEX Express memberikan tawaran harga yang bermula serendah RM4.99 khas untuk pelanggan yang pertama kali menggunakan khidmat mereka. Manakala untuk promosi tawaran harga penghantara antarabangsa pula, boleh lawati my.kex-express.com/ .

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh tengok info-info kat bawah ni ya:

Facebook: facebook.com/kexexpressmy
Instagram: instagram.com/kexexpressmy
Tiktok: tiktok.com/@kexexpressmy
Linkedin: linkedin.com/company/kexexpressmy

Jom gunakan khidmat delivery KEX Express. Mereka akan bantu untuk menghantar segalanya untuk kita kecuali mimpi dan impian kita 😉.

Previous Post: MBH CARBON SNOW TREATMENT BANTU ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN MASALAH-MASALAH LAIN

Facebook Comments Box

1 thought on “ABX Express Kini Dijenamakan Semula Sebagai KEX Express – Melebarkan Sayap Dengan Servis Penghantaran Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published.