Sertai Save Our Rain forest Race 2018 (SORR2018) – Berlari Sambil Belajar Tentang Hutan Hujan Tropika Negara Kita

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Korang pernah dengar pasal PEKA tak.. Mestilah pernah kan.. Peka pada keadaan sekeliling, peka pada situasi semasa, peka dan prihatin pada sesama manusia dan macam-macam peka lagilah. Tapi kali ni kan kak Ti nak share ngan korang pasal Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dan acara larian tahunanya iaitu larian ‘Save Our Rainforest Race, 2018’ (SORR 2018) yang telah dirasmikan di Hotel Concorde Kuala Lumpur pada hari Selasa 6/2/18 yang lepas.

Sidang Media Pelancaran SORR2018
Cut The Greed Not The Green

SORR 2018 merupakan SORR kali ke 6 yang dianjurkan oleh pihak PEKA dan untuk edisi SORR kali ni, pihak penganjur menjangkakan penyertaan seramai 2,000 peserta pelbagai peringkat dari seluruh negara dan meyasarkan penanaman sebanyak 1,000 pokok hutan pelbagai jenis. SORR 2018 yang akan berlangsung pada 24hb March 2018  telah menjadikan Selangor sebagai tuan rumah bagi larian ini dan Hutan Simpan Hulu Gading telah menjadi lokasi pilihan bagi acara tahunan PEKA ini.

Larian Save Our Rain forest Race 2018 (SORR2018)

Presiden PEKA Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, SORR 2018 akan melibatkan laluan sejauh 15km, bermula dan berakhir di Kem Pelangi Hill Resort dengan beberapa ‘check point’ yang mana pelbagai aktiviti menguji minda telah disediakan untuk para peserta yang secara tidak langsung akan memberikan pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan hutan hujan tropika di negara ini.

Presiden PEKA Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
Penyerahan sumbagan oleh penaja untuk SORR2018

Seperti SORR yang telah diadakan dibeberapa negeri lain sebelum  ini iaitu Hutan Lipur Chamang, Bentong, Hutan Simpan Sg Besi, Kuala Lumpur, Hutan Lipur Kuala Woh, Perak, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson dan Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, visi utama SORR kali ini juga adalah untuk memberikan pendedahan dan ilmu kepada peserta berkenaan penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini.

Selain menyuarakan tentang kebimbangan PEKA Malaysia akan kegiatan pembalakan tidak terkawal dihampir keseluruhan negara hingga menjejaskan kawasan tadahan air yang menjadi sumber air mentah dan kepupusan habitat hidupan liar di negara ini, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil di dalam ucapan perasmian beliau turut menyatakan harapan beliau untuk menjadikan SORR 2018 sebagai satu platform kepada masyarakat terutamanya golongan muda agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hujan tropika di negara ini.

SORR2018 yang bermotokan ‘CUT THE GREED, NOT THE GREEN’ telah mendapat penajaan dari UMW Toyota sebagai penaja utama, Concorde Hotel Shah Alam, Tanah Aina Sdn Bhd dan Women Sports And Fitness Foundation Malaysia, Pembinaan C W yap Sdn Bhd dan beberapa penaja lain yang menjadi penaja sokongan SORR 2018.

Majlis pada hari tersebut diserikan lagi dengan persembahan pantomim bertajuk ‘Cut Your Greed, Not The Green’ oleh pelajar-pelajar Sekolah Cempaka yang merupakan kemuncak gimik pelancaran SORR2018. Turut hadir pada hari tersebut adalah wakil-wakil penaja SORR 2018 dan sebagai penutup, lagu tema PEKA telah disampaikan oleh penyanyi Bob AF yang telah berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan serta penghayatan.

Pelajar-pelajar Sekolah Cempaka
Persembahan Pantomim dari pelajar-pelajar Sekolah Cempaka

Bagi yang nak menyertai SORR2018 ni, bayaran adalah sebanyak RM80 seorang atau RM160/pasukan yang terdiri dari 2 orang. Pendaftaran boleh dilakukan melalui:

Online : Website PEKA Malaysia atau

Hubungi: Haikal (017 9019920) / Andy (017 3302633) / Bazlinda (019 2422625) / Rahman (012 2814110)

Sebarang Pertanyaan email kepada: sorr2018@gmail.com

Persembahan lagu tema PEKA oleh Bob AF
Facebook Comments

3 thoughts on “Sertai Save Our Rain forest Race 2018 (SORR2018) – Berlari Sambil Belajar Tentang Hutan Hujan Tropika Negara Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *