Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Debuts Rock’N Bowls-Latest Menu Innovation

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Hard Rock.. Kak Ti yakin untuk ‘urban society‘ bukanlah satu brand yang asing.. Boleh di kata bila sebut je Hard Rock pasti akan terbayang suasana hotelnya yang mewah dan cafenya yang bukan sahaja mampu memberikan kepuasan kepada perut tapi juga mampu menghiburkan pengunjung-pengunjungnya dengan persembahan live band.

Hard Rock yang dimiliki oleh Hard Rock International (HRI) ni dah berada di 73 buah negara dan terdapat 178 buah cafe, 24 buah hotel serta 11 buah casino. Bermula dengan gitar milik Eric Clapton, Hard Rock menjadi pemilik kepada koleksi lagu-lagu hebat sepanjang zaman dari serata dunia dan koleksi-koleksi tersebut dipamerkan di lokasi – lokasi Hard Rock seantero dunia.

Jangan tak tau.. Hard Rock ni memiliki ramai ‘follower’  tegar dan mereka akan menjadikan  ‘merchandise-merchandise’ Hard Rock sebagai satu koleksi… Bagi peminat tegar jenama Hard Rock ni, memang wajib untuk dapatkan barangan HR ni di mana-mana negara yang di lawati. Kalau tak bawak balik walau satu barangan sahaja, macam tak lengkap je perjalanan diorang. Hebat kan penangan jenama HR ni…

Kat Malaysia ni  hanya ada 1 Hotel Hard Rock iaitu yang terletak di Batu Ferringhi, Penang namun terdapat 4 cawangan cafe iaitu di Kota Kinabalu, Penang, Melaka dan termasuklah ibukota negara kita Kuala Lumpur dan hari Selasa lepas, untuk pertama kalinya kak Ti masuk ke Hard Rock cafe Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan untuk mencuba menu baru yang mereka perkenalkan untuk satu tempoh tertentu.. Nak tau apa menu baru tu.. Tunggulah sayang.. Baca sampai habis tau.. Hehehehe..

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Ground Floor Wisma Concorde, Jalan Sultan Ismail

PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI KE HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR

Menjejakkan kaki untuk pertama kalinya ke hard Rock Cafe Kuala Lumpur ni, kak Ti pada asalnya agak ‘skeptical’ jugak. ialah, dok fikir jugak apa pulak persepsi orang yang tengok kang.. Dengan imej kak Ti yang macam tu tiba-tiba masuk ke Hard Rock.. Lagipun rasanya semua pun tau yang harga makanan dalam tu agak ‘pricey‘ kan..

Tapi, tak seperti yang kak Ti jangkakan, Hard Rock cafe Kuala Lumpur ternyata sesuai untuk semua golongan cuma bagi pengunjung Muslim, perlu ‘alert‘ dengan menu yang tertera samaada mengandungi alkohol atau tidak dan boleh juga dapatkan kepastian dari ‘waiter‘ dan ‘waitress‘ yang melayani pesanan kita.

HIDANGAN PEMBUKA SELERA (STARTER)

Untuk hidangan pembuka selera, kami telah dihidangkan dengan hidangan yang memang sangat membuka selera iaitu Jumbo Combo yang merupakan hidangan pembuka selera yang paling popular di HRC. Jumbo Combo adalah hidangan yang terdiri dari Signature wings (kepak ayam dengan rasa sedikit manis yang sangat seda, onion rings (crispy diluar dan lembut di dalam, tupelo chicken tenders (daging ayam yang digorenga rangup diluar namun tetap juicy di dalam), Southwest spring rolls (gulungan telur dadar dengan bahan-bahan lain) dan juga potato skins (ini kegemaran kak Ti).. ia dihidangkan bersama semangkuk salad yang segar dan juga 5 jenis ‘dipping‘.

The Jumbo Combo
Jumbo Combo
Pembuka selera yang sangat meyelerakan

Hidangan pembuka selera kedua yang dihidangkan kepada kami adalah ‘Classic Nachos‘. Tortilla chips rangup yang disusun berlapis-lapis dan dilapisi dengan monterey jack cheese, cheddar cheese, pico de gallo, jalapenos dan dihidangkan bersama salsa yang sangat sedap. Seriously, salsa dia memang sedap sangat..

Classic Nachos

STAR OF THE NIGHT – ROCK’N BOWL

Hard Rock membuka langkah di tahun baru dengan memperkenalkan hidangan-hidangan yang terdiri dari bahan-bahan segar dan penuh aroma. Rock’n Bowls yang boleh dinikmati oleh pengunjung bermula dari 10 Januari yang lalu sehingga 13 March, 2018 merupakan kombinasi 3 hidangan yang pastinya menjanjikan satu rasa yang akan memuaskan hati setiap pengunjung. Rock’n Bowls merupakan hidangan 3 serangkai yang terdiri dari:

Rock’n Bowl

Southwest Meatball Ball – Beras perang yang dimasak dengan campuran Cajun dan Southwest seasoning dan dihidangkan pulak dengan bebola daging panas, honey sriracha glaze, chili lime crema, grated cotija cheese dan kepingan tortilla yang rangup

BBQ Shrimp Noodle Bowl – bee hoon (rice noodle) dihidangkan bersama udang panggang yang di salut dengan campuran sos Asian BBQ, hirisan-kobis napa cincang, sesame soy glaze, hirisan green onions, bijan, freshly squeezed lime juice dan wonton goreng.

Chili Lime Chicken Bowl – Beras perang yang dimasak dan dihidangkan bersama grilled chili pepper lime chicken, Cajun seasoning, avocadu yang dipotong dadu, black beans, jagung panggang, parutan cheese cotija, chili lime crema, cilantro cincang dan nacho seasoned tortilla straws.

NAK MINUM APA KAT HRC?

Haaa.. Mesti ada antara korang yang akan tertanya-tanya soalan ni kan? Sebenarnya kat HRC ada je hidangan minuman yang non alkohol. Nak yang panas ada.. nak yang sejuk menyegarkan tekak pun ada. Masa kak Ti kat sini malam tu kak Ti cuba Caramel Latte manakala Tn SOSAB pulak cuba Manggo Berry Cooler. Manggo Berry Cooler adalah antara alcohol free drinks yang ditawarkan di HRC KL. Ia adalah kombinasi sprite bersama mangga, strawberry, jus nenas, jus oren yang memberikan rasa masam manis yang sangat harmoni dan menyegarkan.

Non Alcoholic drinks
Manggo Berry Cooler
Caramel latte

Selain dari itu, ada juga Mango Tango , Strawberry Basil Lemonade, Coca Cola, Sprite, Ice Lemon Tea, Ice Tea, Lemonade, Red Bull, air mineral Evian, San Pallegrino dan juga The 1872 Clipper Tea yang merupakan teh hijau Jepun. Mango Tango adalah kombinasi Red Bull, puree mangga dan jus oren manakala Strawberry Basil Lemonade pula adalah kombinasi strawberry segar bersama daun basil dan juga lemonade segar.

Manggo tanggo

PENCUCI MULUT

Ini memang favorite part kak Ti. I have to confess, I’m a dessert person. Kalau pegi makan kat mana-mana hotel pun kan, benda pertama yang akan buat kak Ti rasa teruja adalah bila tengok hidangan-hidangan pencuci mulut yang disediakan. Memang bahagia sangat rasanya. Sebab tu bila nampak je hidangan pencuci mulut yang disediakan kat HRC tu, Ya Allah! teruja sangat. Walhal konon-kononya tengah diet ni.. Kelaut dalam terus dietku..

Kami dihidangkan dengan dua hidangan pencuci mulut iaitu Hot Fudge brownies yang dihidangkan dalam cawan coctail yang bersaiz gergasi dan juga Mud Pie. Hot Fudge Brownies tu memang yummy! sangat korang.. Ada whipped cream, ada ais krim dan ada brownies.. Perghh mantap rasa dia.. Mud pie pulak adalah ais krim nerperisa kopi yang di siram dengan sos coklat dan ditaburi dengan kepingan badam yang rangup.. Ehhmm Hmmmmm!!Sedap sangat..

Hot fudge brownies
Mud pie
Tak sabarnya!!

Ok lah.. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal menu-menu kat HRC ni ataupun nak tau lebih lagi pasal HR korang boleh layari: http://www.hardrock.com/.

Facebook Comments

6 thoughts on “Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Debuts Rock’N Bowls-Latest Menu Innovation

  • January 26, 2018 at 7:00 am
    Permalink

    nampak sedap,tak pernah lagi try makan kat hardrock,pernah masuk tgk showcase kumpilan spider je dulu hehehehe zaman muda remaja.

    Reply
  • January 27, 2018 at 2:29 pm
    Permalink

    Adududuhhhhh…. Mud Pie dia memang menggasyikkan. Teringat-ringat dah ni.
    Huhuuu

    Reply
  • January 28, 2018 at 12:00 pm
    Permalink

    Menariknyaaa semua makanan tu… teringin pulak nk pegi HR ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *