Makrifat Cinta Buatku Rasa Nak Pelempang Nabila Huda

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Berkesempatan menghadiri majlis makan malam dan tayangan perdana filem Makrifat Cinta lakonan pelakon-pelakon kelas A Malaysia seperti Syamsul Yusof, Nabila Huda, Dato Adi Putra, Nora Danish dan pelakon cilik yang sangat berbakat Balqis merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi kak Ti. Tambahan pulak bak kata Daphne Iking yang jadi pengacara malam tu, majlis seumpama ni adalah julung-julung kalinya diadakan kat Malaysia.

Makan malam dan tayangan perdana – Makrifat Cinta

Korang mesti dah pernah nampak promosi filem Makrifat Cinta ni kan. Bila tengok tajuk tu perkara pertama yang akan terlintas kat fikiran pasal filem ni mestilah “Alaa.. ni mesti cerita pasal cintan cintun yang memang tengah trend sekarang ni.. Cliche sangat..”.. Itulah yang terlintas kat fikiran kak Ti bila tengok tajuk filem dan lepas baca sinopsis dia. Sejujurnya apa yang membuat kak Ti tertarik nak tengok filem ni pada asalnya adalah disebabkan ada Syamsul Yusof. Kak Ti mula minat Syamsul Yusof ni lepas dia “berhijrah” dan tambah minat kat dia lepas kak Ti tonton filem Munafik.

Bersama rakan-rakan KBBA9
Tengok wayang kita..

Berbalik pada filem Makrifat Cinta, filem ni mengisahkan tentang perjuangan seorang ayah untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Makrifat Cinta diilhamkan dari sebuah kisah benar namun menurut pengarahnya dalam sidang media selepas sesi tayangan perdana malam tersebut, selepas sesi perbincangan dan untuk memasukkan unsur-unsur komersial dalam filem tersebut, hanya 70% peratus dari kisah sebenar tersebut yang dimasukkan sebagai jalan cerita filem ni. Ia adalah kisah tentang cinta, cabaran dan kesusahan hidup yang harus ditempuhi oleh Mahathir (Syamsul yusof) sebelum beliau bergelar jutawan segera.

Syamsul Yusof sewaktu di temu bual

Kak Ti tak nak cerita sangat pasal jalan cerita Makrifat Cinta ni sebab nanti tak syok la korang nak tengok kat wayang kan. Potong stim la pulak kang. Hahahaha.. Lagipun kalau search kat internet tu, banyak dah yang keluarkan sinopsis filem Makrifat Cinta ni. Kak Ti pun tak nak cerita tentang pelakon-pelakon yang memang tak perlu lagi dipertikaikan kehebatan masing-masing dalam melakonkan watak yang diberi. Tapi apa yang kak Ti nak cerita adalah pengalaman kak Ti menonton filem ni dan pandangan kak Ti tentang filem ni.. Nak Tau? Teruskan membaca.. Tak nak tau? Alaaa.. teruskan membaca jugaklah ek..

Dalam banyak-banyak watak dalam filem tu, watak Zarah seorang isteri yang ‘selfish’, ‘demanding’,  tak menyokong dan tak menghargai suami yang dilakonkan oleh Nabila Huda betul betul membuat kak ti rasa nak bagi pelempang je kat dia. Hahahaha.. Over kan reaksi kak Ti. Tapi itulah yang Zahrah buat kak Ti rasa dari awal filem ni lagi. Geram kot tengok macam mana dia layan anak dan  suami dia yang baik tu.. Ayat dia pulak.. Perrghhh.. Memang rasa nak pelempang lah.. Ditambah pulak bila tengok dia bersekongkol dengan abang dia yang sama-sama tak boleh pakai tu..

Kasih sayang, layanan dan gurau senda Mahathir terhadap anak gadis beliau satu satunya akan mampu membuat kita tanpa sedar turut tersenyum dengan setiap babak demi babak yang dilakonkan. Apatah lagi bila Sofia yang cantik, lembut dan penuh sifat keibuan  hadir dalam hidup mereka berdua. Tapi yang tak syoknya tu kan.. ada satu babak sedih tu kan… Aishh tak suka betulla.. Ada ka patut dibuatnya kak ti meleleh air mata jugak. Huhuhu.. Tak tahan derr.. Ke kak Ti yang hati tisu ek.. Hmmm.. Tak pasal-pasal kena gelak ngan si Cik Min tu..

Nora Danish ketika sesi temu bual
Walau tengah sarat mengandung, tapi tetap layan permintaan bergambar bersama

Secara keseluruhannya.. Bagi kak Ti Makrifat Cinta merupakan antara filem Melayu terbaik yang pernah kak Ti tonton dan kak Ti “respect” Syamsul Yusof yang tegas dengan pendiriannya untuk tidak melakonkan babak-babak yang melibatkan sentuhan antara bukan muhrim. Tahniah Syamsul. Bagi peminat-peminat filem, kak Ti memang syorkan sangat untuk korang tonton sendiri filem yang akan berada di panggung wayang pada 1 hb Ferbruari ni.. Banyak yang boleh dijadikan pengajaran dan motivasi dari filem Makrifat Cinta ni..

Pujian juga harus diberikan kepada pengarah filem ini iaitu Kamal G yang telah berjaya menghasilkan sebuah filem yang berkualiti walaupun ini merupakan buah tangan sulung beliau. Elemen-elemen  Bollywood yang disuntikkan melalui ‘backgrounder music’ dan juga melalui beberapa babak yang dimasukkan dalam filem ni bagi kak Ti berjaya mencantikkan lagi jalan cerita filem ini serta berjaya untuk lebih menjentik emosi para penonton. Oklah.. Dah la tu ek.. Takmo cerita banyak sangat.. Yang penting, mata kak Ti memang terpaku kat screen sepanjang masa dan korang kena pegi tengok sendiri filem ni tau..

Tajuk: MAKRIFAT CINTA

Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra, Puteri Balqis, Datuk Aznil Hj Nawawi, Sabrina Ali

Arahan: Kamal G.

Penerbit: Dhananwood Films

Edaran: TRS Films

Tarikh ditayangkan: 1 Februari 2018

Rating: 4/5 bintang

Facebook Comments

13 thoughts on “Makrifat Cinta Buatku Rasa Nak Pelempang Nabila Huda

  • January 22, 2018 at 2:53 pm
    Permalink

    Wah…. Nabila huda memang suka buat kita rasa nak cili² mulut dia. Lakonan dia memang sentiasa buat kita rasa sampai dan terkesan…
    Tak sabar nak tengok nanti

    Reply
  • January 22, 2018 at 2:57 pm
    Permalink

    Ada nabila huda..mmg bestlah citernya.

    Reply
  • January 22, 2018 at 3:19 pm
    Permalink

    Bila kak ti rase nak pelempang nabila huda, sure lakonan die mantap! Ya aulohhh tak sabar nya nak p tgk..

    Reply
  • January 22, 2018 at 3:22 pm
    Permalink

    ooo ingat kisah cinta cintun … ulasan tati best… terus rasa nak p tgk..

    Reply
  • January 22, 2018 at 3:42 pm
    Permalink

    Barisan pelakon pun dah boommm… Nabila Huda kalau belakon mmg superb…

    Reply
  • January 23, 2018 at 12:26 am
    Permalink

    Pelakon2 hebat sangat ni..mesti best citer dia..lagi la ada nabila huda..

    Reply
  • January 23, 2018 at 4:46 pm
    Permalink

    Wow nabila huda .. tapi xde harapan nak tgk wayang sobs

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *