Kad Negaraku Mpay Mastercard – KSP Sasar 200 Ribu Pengguna

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Korang ingat lagi tak entry kak Ti pasal sidang media pengenalan kepada  Kad Prabayar Negaraku yang pernah kak Ti kongsikan sebelum ni? Kalau sebelum ni sidang media pengenalan kepada Kad Prabayar Negaraku Mpay diadakan di Raintree Club Kuala Lumpur, akhir Disember yang lepas bertempat di Kelab Darul Ehsan Kuala Lumpur kak Ti sekali lagi mendapat jemputan untuk menghadiri sidang media majlis merealisasikan Program Sahabat Negaraku.

Kelab Sahabat Persaudaraan yang bekerjasama secara eksklusif dengan pihak Managepay Systems Berhad (Kumpulan Mpay) mensasarkan seramai 200 ribu pengguna Kad Negaraku Mpay Mastercard yang bakal dilancarkan sepenuhnya pada tahun 2018 ini dari kalangan ahli-ahli NGO yang menetap di lembah Kelang. Pada malam tersebut sekurang-kurangnya 15 buah Badan Bukan Berkanun (NGO) yang memiliki keahlian lebih dari 12 ribu orang telah tampil bersama bagi merealisasikan Program Sahabat Negaraku tersebut. Banyak aktiviti yang bakal dilaksanakan di bawah program ini dan Kad Negaraku Mpay Mastercard adalah sebagai pembukanya.

Berbanding dengan sidang media yang kak Ti hadiri sebelum ni, sidang media kali ini dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang apa itu program Kad Negaraku Mpay melalui penerangan yang telah diberikan oleh pihak KSP dan jugak wakil dari pihak Mpay. Penerangan yang lebih terperinci ini bertujuan untuk menggalakkan pendaftaran NGO-NGO yang berminat untuk menyertai Program Kad Negaraku Mpay Mastercard. Ia menjadi lebih jelas bila para NGO dan media yang hadir diberikan peluang untuk bertanya..

Menurut Pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin, Program Sahabat Negaraku akan memperkenalkan Program Kad Negaraku Mpay Mastercard ini ke seluruh negara dan dimulakan di Selangor dan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama NGO dan pemimpin masyarakat. Ini adalah usaha pihak KSP untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar dan NGO dalam era digital ini dan juga untuk memastikan rakyat, khususnya ahli-ahli NGO memahami hasrat Program Kad Negaraku Mpay Mastercard.

Sokongan ahli-ahli NGO adalah keutamaan dalam memastikan pihak kerajaan akan dapat memberikan pertimbangan terbaik khususnya dalam permohonan dana untuk membiayai yuran pendaftaran setiap peserta program ini. (Dr Zamri)

Menurut penjelasan dari Pengarah Urusan Kumpulan Mpay, Datuk Chew Chee Seng, kad yang diperkenalkan ini amat berbeza dengan kad yang sedia ada sebelum ini kerana ia kad ini dapat diumpamakan sebagai sara hidup digital yang dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna terutamanya dari penjimatan harga kepada produk atau perkhidmatan yang diperolehi melalui penggunaan kad ini. Ialah kan, sekarang ni bila ke mana-mana duit macam berterbangan je keluar..

Dengan keadaan ekonomi kita yang semakin hari seakan makin mencengkam ni kan, bagi kak Ti ini merupakan satu berita yang amat baik dan melegakan. Apatah lagi menurut pihak Mpay juga, pengguna kad ini juga akan dapat menikmati penjimatan yang akan sentiasa ditawarkan secara bulanan oleh pihak Mpay  ke atas barangan-barangan terpilih yang bersesuaian dengan pengguna kad seperti makanan, minuman dan lain-lain. Hmmm..

Harap-harapnya bahan-bahan dapur pun ada penjimatan jugak.. Dapatlah para ibu mencuba pelbagai resepi baru untuk keluarga masing-masing. Makan bersema keluarga tu kan dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga yang bahagia seterusnya akan membina masyarakat yang sejahtera..

Lebih menarik lagi, kad ini juga dapat digunakan untuk berbelanja secara online, menonton wayang, berhibur bersama keluarga di taman tema, pindahan wang dan sebagainya.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau kalau ada yang berminat untuk mengetahui tentang program KSP ini, boleh hubungi:

Ketua KSP: Pn. Farina Abd Raza  – 017-3921 711

Unit Media KSP: Metts Mohd Nor – 019-3660 168

Email: mediasp.ksp@gmail.com

Laman web: www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad: Ms Tan Chia Wei – 016-2337 678

Email: chiawei.tan@mpsb.net

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *