Part 1: Day 1 Eco Tourism – Package Update Visit UTM Visit My Campus 2018-2021

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah, pada hujung September yang lepas kak Ti sekali lagi telah diberi peluang oleh pihak Tourism Malaysia untuk bersama mereka dan kali ini kami akan ke Johor atau lebih tepatnya ke Universiti Malaysia Skudai, Johor Darul Takzim untuk Lawatan Kemaskini Kampus Eko Pelancongan bagi tahun 2018 sehingga tahun 2021. Sebelum kak Ti bercerita lebih lanjut tentang pengalaman kak Ti sepanjang mengikuti lawatan ni, meh kak Ti cerita sikit kat korang tentang Eko Pelancongan Kampus UTM ni.

EKO PELANCONGAN KAMPUS UTM (UTM ECO TOURISM CAMPUS)

Eko Pelancongan Kampus UTM ini merupakan satu inisitif yang telah diperkenalkan sejak tahun 2009 dan boleh dikatakan, UTM merupakan peneraju kepada eko pelancongan kampus. Unit eko pelancongan kampus UTM yang diketuai oleh En Zaidi Mohmod memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan dan ketenangan alam semulajadi tanpa perlu pergi jauh dari bandar dan hanya perlu ke kampus UTM sahaja. Selain dari itu, eko pelancongan kampus UTM turut menawarkan pelbagai pilihan aktiviti ‘oudoor’ kepada pengunjungnya.

Sehingga ke hari ini, produk-produk eko pelancongan kampus UTM telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dan jumlah pengunjung semakin meningkat saban tahun. Maka tidak hairanlah jika pada bulan Ogos tahun 2015, UTM menjadi pemenang tempat pertama bagi Anugerah Penghargaan UCTC bagi bidang Edu Tourism dan seterusnya pada bulan yang sama telah memeterai MOA bersama 3 agensi pelancongan tempatan bagi mempromosi pakej-pakej ‘UTM Visit My Campus”.

Oklah.. Jom baca pulak pengalaman kak Ti merasai dan mencuba sendiri aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh eko pelancongan kampus UTM.

Lawatan Kemaskini Pakej Kampus Eko Pelancongan UTM

RABU 27/9/17 – HARI PERTAMA

DARI PUTRAJAYA KE UTM SKUDAI, JOHOR

Yeayy ke JB kita… Kali ni kak Ti dan seorang lagi rakan blogger KBBA9  akan bersama-sama Tourism Malaysia dan 8 orang wakil dari agen-agen pelancongan tempatan akan ke Johor Bahru untuk lawatan kemaskini kampus eko pelancongan UTM Skudai.

Pagi itu kami semua perlu berkumpul di pejabat Tourism Malaysia dan dari sana kami akan bergerak ke Johor. Tapi memandangkan kak TI perlu berjumpa Ann kat Putraya Sentral, maka akhirnya diputuskan bahawa sebuah van akan ‘pick up’ kak Ti dan Ann kat Putrajaya Sentral dahulu kemudian barulah bergerak ke UTM. Tapi kakk Ti salute dengan Ann.. Dia berjaya survive sebagai seorang backpacker demi lawatan ni..

Alhamdulillah perjalanan dari Putrajaya ke UTM Skudai sangat lancar dan kami semua selamat sampai di Scholars In UTM Skudai yang akan menjadi tempat penginapan kami semua pada malam tu. First Impression kak Ti masa tengok Scholars Inn adalah.. Wow! Not bad.. Nampak menarik jugak Scholars Inn ni. Selesai urusan pendaftaran dan pembahagian bilik-bilik, kami bergerak ke Bilik Bankuet Scholars Inn untuk mendengar taklimat dari En Zaidi  dan juga menikmati makan tengah hari.

Tn Zaidi bersama Tn Hisham
Lobby Scholars Inn UTM Skudai
Makan tengah hari yang disediakan oleh pihak UTM… Yummyyy!

PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH

Selesai sesi taklimat dan menikmati makan tengah hari yang sangat menyelerakan kami bergerak ke bilik untuk menyimpan barang dan juga berehat seketika. Lebih kurang pukul 2.45 petang kami semua menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak UTM untuk ke lokasi lawatan kami yang pertama iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Perpustakaan Sultanah Zanariah

Bila sebut perpustakaan je, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran mestilah rak demi rak yang penuh dengan buku kan. Tapi kan.. Kat perpustakaan Sultanah Zanariah ni macam-macam ada tau bukan buku je. Pendek kata memang meriah kawasan perpustakaan ni. Ada ruang pameran, ada kawasan untuk student mempamerkan kebolehan dan hasil karya masing-masing dan macam-macam lagi.

Dari tingkat atas, kami dibawa ke tigkat bawah dimana terletaknya Galerium. Menariknya kat dalam Galerium UTM ni ada bermacam-macam barang-barang yang menggunakan teknologi terdahulu yang dipamerkan. Dalam banyak-banyak barang yang dipamerkan tu ada satu yang paling menrik perhatian kak Ti iaitu kamera lama atau lebih tepatnya mesin mengambil gambar yang sangat besar. Macam tak percaya je orang dulu-dulu ambil gambar guna mesin tu.

Laluan menuju ke Gallerium
Entrance Gallerium
Antara yang dipamerkan

Turut dipamerkan kat sini adalah jubah-jubah dan peralatan yang digunakan semasa konvo UTM. Kat sini kita boleh tengok design jubah-jubah yang telah digunakan dan masih digunakan sehingga kini. Memang banyak sangat yang boleh kita tengok dan pelajari di Galerium UTM ni.

Peralatan dan pakain Istiadat Konvo

TANAH ASAL

Dari perpustakaan kami dibawa pula ke satu lagi kawasan  yang menjadi identiti UTM. Tempat yang kak Ti maksudkan tu tak jauh pun dari perpustakaan. Kalau korang nak tau, kat dalam UTM ni ada satu tempat macam bukit yang kelilingnya dah disimen. Ini bukit bukan sebarang bukit ya.. Untuk pengetahuan korang, inilah tanah asal UTM. Wah! bagusnya UTM ni.. Masih ada tanah asal yang dikekalkan untuk tatapan generasi baru. Sebelum tanah asal ditinggalkan, kami tak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan kat sini.

Mengabadikan kenangan di Tanah Asal UTM

UTM SUSTAINABLE CAMPUS – KAMPUS LESTARI UTM

Dari tanah asal kami bergerak pula ke Kampus Lestari UTM. Di sini kami didedahkan tentang usaha untuk mengitar semula sisa buangan di dalam kampus UTM dan ditukarkan menjadi baja kompos, makanan haiwan dan bahan bakar. Memang awesome sangat usaha pihak kampus Lestari UTM ni.

Produk yang dihasilkan oleh Kampus Lestari UTM

Pihak kampus Lestari UTM juga telah menerima sumabangan sebanyak  200 buah Sikal Elektrik Rakyat 1 Malaysia  (SER1M) pada bulan Ogos 2017 yang lalu. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon serta  menggalakkan gaya hidup lestari dan  sehat di kalangan warga kampus UTM.

Bergambar kenangan di Kampus Lestari UTM bersama basikal SER1M

LAWATAN HUTAN REKREASI –  ATV PARK 

Dari Kampus Lestari, kami bergerak pula ke Hutan Rekreasi. Korang jangan tak tau, kat UTM ni memang macam-macam ada tau. Hutan Rekreasi ni salah satunya. Hutan Rekreasi UTM ni adalah sebuah kawasan hutan simpan berkeluasan 53 hektar dan terletakdi dalam kawasan kampus UTM. Di kawasan hutan rekreasi ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik dengan kawasan yang agak berbukit dan menjadi habitat kepada pelbagai spesis flora dan fauna.

Menuju ke Hutan Rekreasi UTM

Lata Jernih

Selain dari itu, pengunjung jugak dapat menikmati suasa tenang dan damai di Lata Jernih yang juga terletak di dalam kawasan hutan rekreasi ini. Syok woo lepak-lepak bertemankan bunyi ai mengalir.. Nak lepak-lepak sambil rendam-rendam kaki dalam air pun boleh. Tapi kalau nak berenang tu tak bolehla ya..

 

Menikmati keindahan dan ketenangan suasana alam di Lata Jernih

Kat sini disediakan wakaf untuk pengunjung berehat,  ada empangan yang dibina untuk menakung air bagi membolehkan pengunjung bersantai-santai dan juga ada  mini air terjun yang deruannya dapat memecahkan keheningan alam ketika itu. Aduhh!! Tenangya rasa.. Menarik tentang lata Jernih ni kan adalah ia merupakan sebuah pogram ‘Job on Campus’. Melalui program ini mahasiswa yang terlibat telah diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman kerja sebenar dan juga peluang untuk mereka mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.

Homestay Kampung dan Tapak Perkhemahan

Oh ya! Kalau nak bermalam kat sini pun boleh tau.. Boleh pilih samaada nak bermalam kat homestay atau pun berkemah. Kalau sukakan suasana rumah kampung, bolehla bermalam kat homestay ala rumah kampung yang disediakan kat sini. pastu bolehla korang posing-posing ala-ala jejaka atau gadis Melayu terakhir kat beranda tu. Tapi kalau korang datang berkumplan dalam jumlah yang besar, kak Ti cadangkan untuk berkemah kat tapak perkemahan yang disediakan.

Bak si dara pingitan menunggu Udanya datang bertandang.. Homestay ala rumah kampung di UTM
Mencuba basilkal SER1M.. Best wooo! Tapi memang takde harapan nak kurus la kalau guna basikal ni.. Hahahaha

Bagi korang yang menjalankan aktiviti perkhemahan dan bermalam kat sini, korang tak perlu risau dengan aktiviti pengurusan diri. Kemdahan seperti tandas, surau dan dewan ada disediakan di sini. Kalau korang nak Ber BBQ pun korang boleh request. Begitu jugak kalau korang nak buat aktiviti unggun api.. Pun boleh direquest dan pihak Eko pelancongan UTM akan sediakan.

ATV Park

Next yang kami terjah adalah ATV park.. Salah satu tempat yang memang dinanti nanti kan oleh semua peserta rombongan. Kat sini kami akan berpeluang untuk mencuba ATV ride dan juga bermain bumperballs. Untuk ATV ride, ada di kalangan kami dah pernah cuba tapi kebanyakannya adalah first timer termasuklah kak Ti dan Ann. Manakala untuk bumper balls pula, seingat kak ti, boleh dikata semua tak pernah main permainan ni.

Puyalah terkial-kial nak handle ATV ni..

Selama ni kak Ti dok tengok orang lain je naik ATV ni dan dalam kepala otak kak Ti masa tu, alaaahh mesti naik ATV macma naik motor je. So bagi kak Ti yang ada pengalaman naik motor, mestilah bukan masalah nak main ATV ni. Tapi kan…. Alangkah silapnya kak Ti.. Tu lah berlagak lagi (walaupun cuma dalam hati).. Tak semudah yang disangka ya kawan-kawan…

ATV Ride

Sebelum kami di bawa berjalan-jalan dengan ATV ni, kami perlu berlatih untuk mengawal ATV tu dulu. Masa latihan ni pun kak Ti dah rasa stressnya, masa tu dah mula meragui kemampuan diri untuk bawak ATV tu sendiri. Nak je buat muka tak malu gi jadi penumpang kat kawan-kawan lain.. Mujur tak buat macam tu.. Kalau tak ilanglah kemachoan kak Ti kan… Hahahaha..

Jalan-jalan naik ATV

Alhamdulillah walau dengan agak susah payah pada mulanya.. But once you get the hang of it, InsyaAllah you will enjoy the ride. Mula-mula tu memang macam struggle gila, tapi lama-lama tu ok dah. Masa tengah syok-syok ride tu kan, tiba-tiba ada satu kejadian yag agak menggemparkan berlaku. ATV yang ditunggang oleh salah seorang dari kami terbalik (siapa yang terbalik tu biarlah rahsia ek…)..

Haduhh!! panik kejap.. Mau tak panik.. Kejadian tu berlaku depan mata kot. Si dia yang terbalik tu betul-betul depan kak Ti. Dahlah kita pun first timer naik ATV ni.. Terpaksalah keluarkan suara jantan panggil bantuan.. Hahahaha.. Alhamdulillah, tak ada kecederaan serius yang berlaku padanya dan dia pun dapat meneruskan perjalanan setelah ATV yang terbalik tu di naikkan semula.

Alhamdulillah.. Tiada kecederaan serius pada penunggangnya.. Duit hantaran boleh lagi letak tinggi-tinggi .. Hehehehe

Bumper Balls

Kak Ti nak tanya ni.. Korang tau tak permainan bumper balls? Kalau korang dah tau baguslah.. Tapi kak Ti pulak tak pernah tau pun kewujudan permainan bumper balls ni. Lokasi nak main bumper balls ni kat ATV park tu jugak. Kalau nak diikutkan, masa agak mencemburui kami sebenarnya. Kami selesai aktiviti jelajah dengan mengendarai ATV pun dah agak lewat petang. Tapi memandangkan permainan bumper balls ni jugak memang ada dalam pakej eko pelancongan yang ditawarkan maka kami diberi jugak peluang untuk merasai sendiri pengalaman bermain permainana ni walaupun sekejap.

Inilah rupanya bumper ball tu

Sesuai dengan namanya, bola-bola besar yang ada lubang kat tengahnya untuk kita masuk akan diletakkan di padang. Dua pasukan akan berlawan dan objektifnya adalah, kita perlu melanggar pihak lawan sampai dia tak boleh bangun. Bagai nak pecah perut kak Ti gelak bila diri sendiri kena langgar dan susah untuk bangun semula. Permainan ni memang amat sesuai untuk aktiviti office team building  sebab secara tak langsung dapat menghilangkan segala stress yang dirasai akibat bebanan kerja kat pejabat.

Setelah penat berlanggaran.. Kita abadikan kenangan pulak…

BALAI CERAPAN UTM – MENGINTAI BINTANG

Selesai aktiviti petang tu, kami kembali semula ke Scholars Inn untuk berehat seketika dan melaksanakan apa sahaja pengurusan diri yang perlu dilaksanakan sebelum kami menjalankan aktiviti seterusnya yang telah diaturkan untuk kami. Sebelum menjalankan aktiviti, kami sekali lagi berkumpul di bilik bankuet untuk menikmati makan malam.

Datang ke UTM ni kan memang punah ranap diet kak Ti. Maunya idak.. perut kami memang sangat dijaga oleh pihak eko pelancongan UTM. Tak ada satu pun hidangan yang dihidangkan untuk kami tu tak sedap.. Semuanya sedap-sedap belaka weh! Pastu.. Dengan makanan sedap depan mata kopikir kak Ti ingat ke pasal diet.. Lupa ingatan terus pasal diet.. Kita sambung diet lepas balik dari UTM la.. Hmmm.. Iyalah tu.. Hahahaha..

Korang nak tau tak.. Kat UTM ni kan ada satu spot  yang membolehkan korang untuk  saksikan pemandangan hampir keselurhan Bandaraya Johor Bahru. Kalau student-student UTM Skudai tu mesti taulah pasal tempat ni. Dengan lokasi yang terletak 142m dari aras laut, Balai Cerapan UTM (Observatory) menjadi tempat paling strategik di UTM untuk menyaksikan pemandangan yang menakjubkan dan mengagumi ciptaan-ciptaan Sang Maha pencipta di langit dan dibumi.

Di parking Balai Cerapan UTM

Mulanya kak Ti fikir, apa bendelah yang menarik kat sini ni.. Dahla mata pun dah start kuyu lepas pekena dinner yang ohsem tadi. Tapi, the moment kak Ti turun dari bas dan nampak pemandangan cahaya-cahaya dari bawah sana, terus kak Ti jadi teruja. Kak Ti memang suka tengok night view.. Jadi bila sampai dan dapat tengok night view yang memang best tu.. Apa lagi.. terus jadi teruja.

The picture doesn”t do it justice.. It was much-much more splendid…

Kami juga diberikan peluang untuk mendengar perkongsian dari Dr……. tentang perkaitan antara waktu kelahiran kita dan tabiat kita, hari-hari apa yang sesuai untuk melakukan apa dan banyak lagi ilmu yang sangat manrik yang telah dikongsikan kepada kami. HaH! Korang jangan nak pandai-pandai kata semua tu mengarut pulak.. Ini bukan asal sembang je tau.. Ini adalah berdasarkan kajian selama bertahun-tahun yang telah dijalankan oleh beliau.

Meunggu untuk sesi perkongsian
Dr…….. yang telah banyak berkongsi perkara-perkara menarik…

Kat sini juga ada beberapa fasiliti yang disediakan oleh phak UTM yang boleh disewa oleh orang luar seperti bilik-bilik seminar yang boleh memuatkan 20 orang dalam satu-satu masa dan dilengkapi dengan surau serta tandas. Kat sini juga boleh ada kawasan yang boleh disewa untuk menjalankan aktivit-aktivit lasak seperti abseiling. Bukan aktiviti lasak je tau, nak buat aktiviti santai macam BBQ atau sekadar menikmati pemandangan pun boleh juga.

Selesai sesi di Balai cerapan bermakna selesai jugaklah aktiviti kami untuk hari pertama itu. Walau pun

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *