Housewife Je Ke?


Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…

Bila time-time cuti sekolah ni kan hari-hari mesti akan hadapi dilema yang sama. Especially kaum mak-mak tak kiralah yang bekerja kat pejabat ataupun yang buat keje kat rumah. Hari -hari mesti akan fikir apa nak masak harini nak bawak anak-anak ke mana cuti-cuti ni.. Macam tulah mak-mak ni.. Bukanlah nak kata kaum bapa tak main peranan, tapi kaum mak-mak ni lebih prihatin.. Gittuuu…
Sebut pasal buat keje kat rumah aka housewife aka suri hati mr suami ni kan, ramai yang selalu ada persepsi bahawa kaum mak-mak yang melepaskan kerjaya professional dan memilih untuk berbakti pada anak-anak & suami ni kerjanya mudah. Hellooo!! let me tell you this.. It ain’t easy bebeh.. Sapa kata senang.. Meh jadi housewife barang seminggu dua takpun barang sehari dua je cukuplah. Then you can come and tell me whether its easy or not.
I’ve been there, I’ve done that and I can guarantee you that its not an easy responsibilities. I have the chance to be a housewife after my second SAZ was born and I managed to do that for four years if I’m not mistaken. Personally I believed that being a housewife is definitely the toughest responsibilities ever.
Your working hours started from the moment you open your eyes and theres no guarantee that all of the task at hand can be completed that particular day. Even when your heads is already on the pillow your mind would still be roaming around thinking what else are not done, what’s for breakfast tomorrow, have I this have I that.. yadda yadda yadda… The jobscope? Endless..
Huh.. kan dah termembebel… Iyalah.. bengang jugaah bila selalu sangat dengar ayat-ayar sumbing dari those so called career women yang busy sangat katanya.. “Ko senanglah, ko kan tak keje, banyak masa.. Bolehlah buat segala bende”.. Ehh!! Cakap memanglah senang.. Macam yang kak Ti cakap tadi.. meh try jadi jadi suri rumah dulu.. Pastu kita tengok. Mampu lagi tak nak keluarkan ayat-ayat macm tu.
Mengorbankan kepentingan diri dengan skop kerja yang boleh dikata tak pernah tetap. Itulah yang kebanyakan suri rumah terpaksa lakukan. MasyaAllah sungguh mereka yang mampu jadi suri rumah sepenuh masa ni memang wanita, isteri dan ibu yang hebat dan mulia. Tak kurang juga yang terpaksa mengorbankan karier hebat mereka dan memilih untuk jadi suri rumah demi mendapat redha Allah.
Bila kak Ti cakap macam ni janganlah pulak korang kata kak Ti bias. Tak pandang pengorbanan kaum mak-mak yang memilih untuk jadi wanita berkerjaya. Tidakk.. Kak Ti respek wanita yang mampu excellent dalam kerjaya dan lebih respek lagi wanita yang mampu excellent dalam kerjya dan rumahtangga.
Pokok pangkalnya sebenarnya, tak kiralah samaada memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa atau wanita berkerjaya, hormati dan hargai pilihan itu. Setiap satunya datang dengan tanggungjawab tersendiri. Walau apa sekalipun, yang penting kita sedar bahawa setiap yang kita lakukan matlamat utamanya adalah untuk mendapatkan redha Allah. Semoga setiap yang kita lakukan itu akan memjadj amal untuk kita dan semoga dengan asbab ini keluarga kita akan menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. InsyaAllah..
Facebook Comments

3 thoughts on “Housewife Je Ke?

  • December 19, 2017 at 1:24 pm
    Permalink

    Betul tu Kak Ti. Tengok mak sendiri pun tahu endless jobscopes. Dah nak tidur still mamai lagi bertanya nak breakfast apa esok

    Reply
  • December 20, 2017 at 12:28 am
    Permalink

    Yes I’m housewife. Bukan mudah walau nampak mudah.
    Alhamdulillah ini yang terbaik dari DIA

    Reply
  • December 20, 2017 at 5:34 am
    Permalink

    Hampir 2 tahun jd housewife,terasa kepenatan lebih dr keje opis ,tambah2 ada anak kecik,huhuuu nak ke toilet pun masalah huhuuu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *