Ujian Atau Anugerah – Semuanya Hanya Terbaik Darinya


Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

“Kompang di palu.. Pengantin baru.. Duduk bersanding tersipu malu..”

Majlis perkahwinan bukan hanya tentang kisah dua hati tapi juga masa untuk keluarga mengeratkan silaturrahim.

 

Bulan Disember ni memang musim kenduri kahwin.. Infact kak Ti sekarang ni pun tengah attend kenduri kawin cousin kak Ti kak Jb. Esok (Ahad) pun ada satu lagi jemputan kenduri kawin dari salah seorang saudara yang melangsungkan walimah anak beliau.

Bagi yang diraikan tu, hari ni memang seronok sakanlah kan.. Maunya tak seronok.. Jadi “Raja dan Ratu” sehari lah katakan. Bagi yang dah pengantin lama tu.. Sikit sebanyak mesti terimbau kenangan saat diri sendiri diraikan. Kak Ti lah tu.. Ahakksss..😊😊..

Alhamdulillah.. Dengan izinnya 16 tahun dah kak Ti dan Tn SOSAB melayari behtera perkahwinan dan 4 orang hero yang Allah anugerahkan kepada kami menjadi pelengkap kepada keluarga kecil kami.

Membesarkan empat orang hero yang semakin membesar dan semakin hensem (anak sendiri, sendirilah yang puji kan.. Always proud of you my 4 SAZSO) adalah satu pengalaman yang amat berharga untuk kak Ti. Setiap satunya dengan karekter yang berbeza menjadikan setiap satu dari mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kak Ti kalau dah start bercerita pasal anak-anak ni memang banyak kisah yang boleh diceritakan. Biasalah mak-mak kan.. Setiap saat bersama anak-anak adalah saat yang sangat berharga. Terutamanya bila anak-anak dah berjauhan macam kak Ti ni (2 of my boys dok asrama).. Memang hargai sangat masa bersama diorang everytime diorang balik cuti.

Menjadi impian setiap pasangan yang dah mendirikan rumahtangga untuk memiliki cahayamata. Ada yang Allah anugerahkan cepat namun ada juga yang harus menunggu lama. Tapi itu semuakan urusan Allah. Siapalah kita untuk mempertikaikan apa yang menjadi rahsia Allah.

Move on.. Itulah yang seharusnya kita lakukan.. Jangan kerana sesuatu ujian yang Allah hadirkan, kita terus hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan. Setiap ujian yang Allah bagi tak mungkin di luar kemampuan hambaNya dan pasti ada hikmah yang telah Allah sediakan untuk hambaNya itu.

Apa pun yang terjadi, bersangka baiklah padaNya. Barangkali yang kita sangaka baik untuk kita itu sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita dan barangkali yang kita benci itulah sebenarnya yang terbaik yang telah Allah rancangkan untuk kita.

ALHAMDULILLAH ‘ALA KULLI HAL”…😍

 

Facebook Comments

3 thoughts on “Ujian Atau Anugerah – Semuanya Hanya Terbaik Darinya

  • December 16, 2017 at 12:27 pm
    Permalink

    betul tu , siapalah kita untuk mempertikaikan apa yang menjadi rahsia Allah ..cuma banyak sabar dan sedekah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *