A Day With Bangi Wonderland – Promosi Gempak Giler Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

“A day full of fun, joy and adventure”. Itulah yang boleh kak Ti gambarkan tentang pengalaman bersama dengan 17 lagi rakan-rakan blogger KBBA9 dan keluarga di Bangi Wonderland Theme Park and Resorts semalam. Memang mengujakan dan menyeronokkan sangat. Kalau dah mak-mak dan pak-pak teruja dan seronok sangat, bayangkanlah macam mana perasaan anak-anak kan… Tentulah berganda-ganda keseronokan diorang.

Awal-awal lagi my SAZSO no 4 tu dah tak sabar-sabar nak masuk ke kolam. Tambah-tambah bila tengok anak-anak rakan-rakan blogger yang lain dah pun ber riang ria kat kolam yang memang sangat mengundang tu. Macam biasalah, tugasan melayan si kecik ni jatuh pada abahnya lah memandangkan kak Ti masih ada tugasan yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, kali ni adik kak Ti pun ada, jadi dialah tolong layankan si kecik tu yang memang pantang nampak air.

KBBA 9 at Bangi Wonderland
My KBBA9 family yang tak pernah tak awesome..
Fun day at Bangi Wonderland
Bila si anak dah tak sabar nak main air tapi kena paksa bergambar..Hahaha..

A DAY WITH BANGI WONDERLAND – PERASMIAN GEMPAK GILER

Kak Ti dan rakan-rakan dari KBBA9 ke Bangi Wonderland atas jemputan pihak Bangi Wonderland sempena perasmian event Gempak Giler oleh General Manager Bangi Wonderland, Mr Steven Chang dan juga sebagai penghargaan kepada pihak-pihak tertentu termasuklah pihak media yang selama ini telah memberikan sokongan kepada mereka.

Bangi Wonderland 1st anniversary celebration
Happy birthday Bangi Wonderland!!

Oh ya, Jemputan ini juga adalah sempena meraikan Anniversary mereka yang pertama.. Yeayyy!! Happy anniversary Bangi Wonderland Theme Park and Resorts.. May you will have many-many more successful years ahead of you..

Gempak Giler ni adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan Bangi Wonderland Theme Park and Resorts sebagai tempat untuk bergembira dan beraktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan sempena cuti sekolah ni.

Selain dari promosi yang sangat menjimatkan, pengunjung juga boleh bermandi manda dan mencuba pelbagai kemudahan permainan yang disediakan sambil layan persembahan artis-artis yang telah dijemput khas untuk memeriahkan lagi event Gempak Giler ni.

Kids Adventure rides
Kids Adventure.. Favorite kanak-kanak..

Artis yang dijemput pulak bukan calang-calang artis tau.. Ada Ezad LAzim, Ameng, Dato’ Awie, Siti Nordiana, Amy Search, Nico G, Khalifah dan Projector Band. Persembahan artis ni bermula dari 2 Disember hingga 10 Disember, pada jam 2 petang onwards. Ehh! Tapi bukan setiap hari tau ada persembahan artis ni.. Kalau nak tau korang kena baca sampai habis sebab kak Ti akn sharekan tarikh persembahan setiap artis kat bawah.

Gempak Giler Promotion for December
Barisan artis-artis hebat yang akan menghiburkan pengunjung..

SURPRISE BELATED BIRTHDAY CELEBRATION FOR OUR MR PONDER

Sebelum hari event lagi kami yang menyertai event kat Bangi Wonderland ni memang dah plan untuk buat surprised belated birthday celebration untuk founder kami Aben (Ben Ashaari). Alhamdulillah, berjaya plan surprise ni. The boss nampak tergamam (tapi tetap control macho) sebab mesti tak sangka kami nak celebrate birthday beliau memandangkan the birthday was actually a few days ago.

Ben Ashaari's birthday celebration
Surprise!!

Anyway, happy belated birthday Aben, semoga segala yang diusahakan dan dirancang akan dipermudahkan olehNya. Aaamiiin. Terima kasih untuk peluang yang diberi dan tak jemu-jemu memotivasikan kami. Really appreciate all of it.. Terima kasih kepada Ummi Nani dan rakan-rakan lain yang telah berusaha menjayakan surprised belated birthday celebration ni.

Happy belated birthday big boss!!

TELEMATCH

Majlis pada hari tu bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi dengan ucapan alua aluan dari Mr Steven Chang diikuti dengan perasmian ‘Gempak Giler’ yang memang gempak. Kami kemudiannya dihiburkan dengan persembahan tarian aero fit oleh panari-penari One Nation Fitness dan selepas itu sesi group foto.

Come on!! Move your body!!

Selesai sesi group foto, kami kemudiannya dijemput untuk menyertai tekematch dimana 2 permainan telah disediakan untuk kami. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan perlu ada 10 orang ahli. Permainan pertama adalah ‘Trainer & Gorilla’. Hahaha..

telematch for media & bloggers
Trainer & Gorilla

Nama permainan pun dah kelakar apatah lagi bila tengok aksi-aksi setiap peserta. Mana tak kelakarnya.. Dalam permainan ni, salah seorang dari setiap kumpulan akan jadi ‘Trainer’ dan ahli-ahli lain akan jadi ‘Gorilla’. Havoc suasana bila masing-masing menyorak setiap ahli pasukan masing-masing yang terpaksa memakai goggle, kepit bola besar kat peha dan kepit bole kecik kat ketiak pastu berjalan macam ‘Gorilla’ ke check point kemudian patah balik ke starting point dan pass pada peserta seterusnya.

Telematch at Bangi Wonderland
Gigih trainer bagi arahan pada gorillanya..
Awat comel ngat gorilla tu..
Upsss.. terlepas la pulak..

Untuk permainan kedua pula, kami pelu membuat rantaian dengan cara saling berganding tangan kemudian kami perlu memasukkan hoop ke badan kami dan kemudian memindahkannya kepada rakan sebelah tanpa memegang hoop tersebut. Memang kelakar bila tengok macam-macam teknik dan cara digunakan untuk menyelesaikan tugasan. Walaupun kami tak juara dalam setiap permainan, tapi yang penting kami semua gembira dan tetap dapat hadiah. Hahaha…

The team…
Cantik nombor tu kan.. Hahahaha

PERSEMBAHAN EZAD LAZIM DAN AMENG SPRING

Selesai acara sukaneka, kami berehat seketika sambil menikmati makan tengah hari yang disediakan sementara menunggu kemunculan artis yang akan membuat persembahan pada hari tersebut iaitu Ezad Lazim dan Ameng. Macam yang kak Ti bagitau awal-awal tadi, artis-artis yang diundang akan membuat persembahan mengikut tarikh yang telah diaturkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Korang boleh tengok tarikh dan artis yang akan buat persembahan kat gambar bawah ni ya.

Ezad Lazim
Persembahan mantap dan cukup menghiburkan..

Seriously memang best sangat persembahan Ezad. Suara dia memang mantop. Memang layaklah dia jadi pemenang ke dua masa pertandingan Gegar Vaganza hari tu. Macam mana suara dia kat TV atau Radio macam tulah suara dia nyanyi live. Yang paling best, dia sporting, tak sombong dan layankan je peminat yang nak bergambar dengan dia walaupun tengah menyanyi.

Ezad sporting
Terbaiklah Ezad.. Sporting!

Untuk persembahan Ameng pulak, kak Ti hanya sempat tengok persembahan dia masa dah nyanyi lagu terakhir sebab sebelum tu kak Ti perlu menyelesaikan kewajiban penting. Tapi walaupun hanya sempat dengar lagu last, tapi tetap memuaskan hati. Ialah kan.. Dah nama pun penyanyi otai.. Kalau bab suara tu jangan cakaplah.. Memang best baq ang. Sebab tulah beliau mampu bertahan sampai ke hari ni kan…

Ameng Spring
Kehebatan seorang otai..
Memang hebat suara abang Ameng Spring ni..

MASA UNTUK BERJIMBA

Selesai sahaja persembahan, apa lagi kami pun bersiap sedia untuk join yang lain meng ‘enjoykan’ diri pulak. Mana tahan dari tadi asik pandang je orang lain bergumbira. Kalau korang nak tau ada 16 buah permainan yang disediakan kat Bangi Wonderland ni yang korang boleh cuba. Cuma kalau korang ada bawak anak-anak kecik, kena check dulu tau yang mana sesuai dan dibenarkan untuk mereka dan yang mana tak sesuai.

Yeayyy!!! Dapat gak main air akhirnya…
Syoknya berendam..
Sesekali dapat lepak dengan kengkawan memang seronok kan..

Tapi jangan risau, kat setiap tempat permainan tu ada disediakan maklumat berkenaan ketinggian-ketinggian yang dibenarkan untuk mencuba sesuatu permainan. Tapi kalau bab keselamatan, korang tak perlu risau sebab aspek keselamatan memang sangat dijaga kat sini.

Sebelum main apa-apa permainan baca dulu ya..
Papan tanda yang disediakan di setiap permainan

Untuk keselesaan pulak, ada disediakan kanopi-kanopi besar yang boleh digunakan oleh pengunjung atau kalau nak lebih selesa, bolehlah sewa salah satu gazebo yang disediakan.

Antara gazebo yang boleh disewa oleh pengunjung
Kids Adventrure
Boomeriang
Colorful Slide: Insane Racer Green & yellow slide: Anaconda Trail Purple slide: The Fall
Pink slide: Spiralax Green slide: Wonder Loop
Magic Funnel

Secara personal, semalam kak Ti hanya berpeluang mencuba ‘The Fall’ sahaja kat sana. Macam nak tertinggal jantung kat atas masa cuba slide ni. Hajat di hati tu memanglah nak cuba setiap permainan yang disediakan, tapi akan daya masa amat mencemburui kami dan kak Ti terpaksa balik agak awal sebab nak prepare untuk event malam tu pulak yang perlu kak Ti hadiri. Drama jugaklah nak ajak si kecik tu balik. Jangan kata dia, kak Ti pun tak puas lagi bermandi manda kat dalam tu. Tapi takpe.. InsyaAllah bila my dear SAZSO 1,2 & 3 balik nanti, bolehlah repeat lagi sekali.

MENARIK SEPANJANG BULAN DISEMBER

Tadi kak Ti dah sebut pasal promosi menarik sempena cuti sekolah bermula dari 1 Disember hingga 31 Disember. Ok.. Kat bawah ni kak Ti sharekan apa yang menarik tu. Memang jimat dan sesuai sangat untuk aktiviti bersama keluarga.So korang semua jangan lepaskan peluang ni tau. Tak perlu pergi jauh untuk bawak anak-anak bercuti, datang je ke Bangi Wonderland ni dan kak Ti yakin diorang mesti happy ‘giler’…

Promosi Gempak Giler sepanjang bulan Disember

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat : 11.00 a.m – 6.00 p.m

Sabtu – Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum : 10.00 a.m – 6.00 p.m

** Tutup setiap hari Selasa kecuali sewaktu Cuti Sekolah dan Cuti Umum

Rujukan Sosial Media:

Instagram: @officialbangiwonderland

Facebook: @bangiwonderlandwaterpark

Website: http://www.bangiwonderland.com.my/

Alamat:

Bangi Wonderland Theme Park and Resorts

No. 2, Persiaran Bangi Avenue

Bangi Avenue

43000 Kajang, Selangor

Ps: Terima kasih daun keladi kepada pihak Bangi Wonderland kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan pelancaran ‘Gempak Giler’… InsyaAllah kami pasti akan kembali lagi..

Facebook Comments

4 thoughts on “A Day With Bangi Wonderland – Promosi Gempak Giler Sempena Cuti Sekolah

  • December 3, 2017 at 11:03 pm
    Permalink

    Merasa jugalah Kak Ti naik The Fall tu. Dura berendam kt pirates bay je sebab si kecik takmo berenggang

    Reply
  • December 4, 2017 at 9:01 am
    Permalink

    Wow kak tati try The Fall. Terbaik! Huda tak main satu pun permainan, sebab tengah sakit perut time tu. next time repeat nak kena try semua.

    Reply
  • December 13, 2017 at 7:31 pm
    Permalink

    puas hati anak anak tu yer dapat berendam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *