Part 3: Day Two Edu Tourism – Universiti Malaya Package Development Camp

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Sebelum kak Ti mulakan cerita hari kedua kami masa Tropical Camp, kak Ti nak tanya ni.. korang dah baca PART 1 dengan PART 2? Dah baca? Thank youuuu.. Mmmuaaah.. Sayang korang.. Ehhh! Belum baca lagi? Alaa.. Kenapa tak baca.. Pegi baca tau.. Barulah seronok korang baca PART 3 ni.. Kalau tak nanti korang tak tau la apa aktiviti kami masa hari pertama tu..

Macam-macam kami buat tau.. Salah satunya adalah aktiviti menangkap katak.. Betul.. Kami tangkap katak malam-malam.. Hah! Pegi baca kat PART 2 pengalaman kami tangkap katak dan apa yang kami buat dengan hasil tangkapan kami tu..

RABU 20/9/17 – HARI KE DUA

DI HUTAN PPL – MIST NET, PITFALL TRAP, ECOLOGICAL PLOTTING 

Hari ke dua bermula dengan penuh keterujaan. Mana taknya.. Macam-macam aktiviti menarik yang akan kami jalankan hari ni. Selesai bersarapan, kami semua bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu ‘mist net’, pitfall trap’ dan ‘ecological plotting’. Kalau malam sebelumnya kami menyusuri dan meredah sungai untuk aktiviti menangkap katak, kali ni kami semua akan masuk ke hutan pulak.

Hutan yang kami masuki tu masih lagi dalam kawasan PPL tak jauh dari tempat penginapan kami semua. Walaupun perjalanan tak jauh tapi cukuplah kot nak bakar balik kalori yang masuk masa sarapan pagi tu.. (yooo lahhh.. sedapkan hati sendiri sebab syok sangat layan teh tarik pagi tu.. hahaha)..

Kinjo.. The Japanese tarzan wannabe.. (Just kidding.. hehehe)

Mist Net

Bila sampai ke dalam hutan aktiviti pertama yang kami buat adalah sesi memasang ‘mist net’. Sesi memasang mist net perlukan kerjasama berpasukan sebab kalau tak ada kerjasama yang bagus pemasangan mist net akan jadi sukar sebab sifat net tu sendiri yang mana kalau tak betul cara pengendaliannya boleh jadi serabut dan bersimpulan kasih yang sukar untuk dileraikan. Sebab tulah, bukan sahaja kami diajar macam mana nak guna, kami juga diajar cara untuk meleraikan dan menyimpan (menggulung dengan cara yang betul) mist net tersebut.

Sesi ‘untangling’ the net..
Ap yang penting.. Kerjasama…

Tujuan pemasangan mist net ni adalah untuk memerangkap burung atau haiwan-haiwan lain macam kelawar yang ada di dalam hutan tersebut. Pemasangan mist net ni ada dua waktu iaitu waktu malam dan juga di pagai hari. Tujuannya adalah supaya kita dapat mempelajari haiwan-haiwan yang berjaya ditangkap dan juga sifat-sifat haiwan tersebut. Selain dari itu, kita juga akan belajar cara yang betul bagaimana untuk memegang haiwan-haiwan yang ditangkap tersebut.

Pitfall Trap

Selesai sesi memasang mist net, kami beralih pula ke aktiviti seterusnya. Untuk aktiviti kedua ni setiap dari kami dibekalkan dengan sebiji cawan plastik yang di dalamnya berisi cecair alkohol dan juga sebuah penyodok (shovel). Maka bertebaranlah (bertebaran katanya.. hahaha) kami di dalam kawasan hutan tersebut untuk mencari port masing-masing. Tapi takdelah jauh jauh sangat.. Dekat-dekat je pun kedudukan masing-masing.

**Uikksss.. Buat apa tu Boss..
**Ini harta Ahmad Albab yang punya.. (Sesi memasang perangkap)
Cenggini hah…

Aktiviti ini dijalankan dengan cara menanam cawan-cawan kami secara rawak di dalam kawasan hutan tersebut dan tujuannaya adalah supaya dapat menangkap haiwan-haiwan atau serangga-serangga yang melata/menjalar dekat bahagian bawah atau yang ada kat atas tanah. Contohnya seperti semut, lipan, cacing dan lain-lain. Sama juga macam aktiviti mist net, hasil tangkapan akan dibawa balik ke makmal untuk dipelajari sifat-sifatnya.

**Selfie tetap selfie walau di mana sahaja..
Inilah hasil selfie tadi.. Hahahaha
Yang sebenarnya nak tunjuk ni hah.. Dah tanam.. cover-cover sikit ngan dedaunan kering…

Ecological Plotting 

Aktiviti seterusnya yang kami jalankan dalam hutan adalah ecological plotting. Untuk pengetahuan korang, ecological plotting ni adalah salah satu cara yang digunakan oleh para saintis untuk menentukan status sesuatu hutan itu dengan mengkaji ukur lilit pokok-pokok yang ada kat dalam hutan tersebut. Selain daripada itu, cara ini juga adalah bertujuan bagi mengkaji ketumpatan tumbuhan dan juga untuk mengira saiz tumbuhan dengan menggunakan pengiraan ‘Diameter at Breast Hight’ (DBH).

**Mula-mula kita ikat sama itu pokok..
**Lepas tu, kita tarik sama itu tali… Kita tengok siapa yang kena….

 

Hah.. ni lah yang kena.. Pokok tu.. Bukan si Atin tu…

Data-data yang telah dikumpulkan akan dapat membantu para saintis yang mengkaji kawasan tersebut untuk menentukan samaada kawasan yang di kaji tersebut adalah ‘primary forest’ ataupun ‘secondary forest’. Hah.. Merasalah jadi saintis sekejap kan.. Jadilah.. Selesai membuat plotting, kami tinggalkan kawasan hutan untuk aktiviti seterusnya.. Perang bakal meletus di kawasan PPL. Ehh.. lupa nak bagitau, selesai berperang nanti kami akan masuk semula ke hutan untuk melihat hasil tangkapan kami.

Jangan lupa catat ya..
Camni caranya..
**Hmmmm.. Iya ke tengah bincang hasil kajiantu.. hehehe…
Sebelum keluar hutan.. Kita wefie dulu..

ARCHERY WAR

Keluar je dari hutan tu, terus rasa teruja bila tengok persediaan untuk ‘archery war’ telah pun dilakukan. Wah! tak sabar rasanya nak memanah. Tapi kan.. sebelum belajar memanah yang guna ‘bow’ and ‘arrow’ ni.. Kak Ti dah pun jadi seorang pemanah yang berjaya sebenarnya. kak Ti dah berjaya melepaskan anak panah cinta tepat ke hati Tn SOSAB.. (chia chia chia)..  Alaaa.. korang ni.. Lekla.. Takkan tak leh gurau kot..

Sebelum gendang perang di palu, para pahlawan perlulah belajar macam mana cara untuk memanah yang betul. Sebelum pegang panah dan anak panah, kami diajar dulu teori-teori dalam aktiviti memanah. Dalam sesi teori tersebut, kami di dedahkan tentang apa itu busur (bow), apa itu anak panah (arrow), target, pemanah, keselamatan dalam memanah dan turut diselitkan adalah sunnah-sunnah dalam memanah. Setiap pergerakan dalam memanah ni, ada istilah-istilah yang digunakan. Nak tau apa istilah-istilah tu, kenalah follow program UM Cares ni..

Bersama Dr Ervina…
Sebelum perang, belajar teori dulu tau…

Selepas sesi teori, sesi seterusnya adalah sesi praktikal pulak.. Yes!! Inilah masa yang kami tunggu-tunggu. Peluang untuk merasai sendiri pengalaman memanah. dalam sesi praktikal ni, kami diajar bagaimana untuk memegang busur dan anak panah dengan cara yang betul serta kedudukan seorang pemanah yang betul. Memanah ni, kalau tengok nampak macam senang je… Tapi sebenarnya tak senang okkay.. Silap atau cuai boleh menyebabkan kecederaan pada diri sendiri ataupun orang lain.

Dr Ervina menerangkan tentang “archer & archery”…
Sesi praktikal… Nampak macam senang je kan..
Walau macam mana pun.. Gaya tu penting..
Memanah sambil berjalan..

dah selesai latihan praktikal, kini tibalah masanya semboyan perang dibunyikan.. chewaaaahh.. Kami dibahagikan kepada 4 pasukan. Pasukan A, B,C dan D. Kami akan bermain sebanyak 6 pusingan hinggalah akhirnya tinggal 2 pasukan yang akan berperang untuk menetukan siapakah pemenang. kak Ti tak nak highlightkan pasukan mana yang menang pada hari tersebut (yang pasti bukan pasukankak Ti sebab tu tak mo highlight.. hahaha) tapi apa yang kak Ti nak highlightkan kat sini adalah sukan memanah ni penuh dengan disiplin yang banyak kebaikannya.

Sedia untuk berperang…
Lawan-lawan jugak..Aspek keselamatan tetap kena jaga tau…
**Saat-saat genting dalam peperangan..
** Yang berdiri kat luar tu.. Prajurit-prajurit yang dah terkorban.. hahahaha

Antara kebaikan sukan meamanah selain dari merupakan salah satu sukan yang disunnahkan untuk dipelajari adalah ia dapat membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan, membantu membina keyakinan dan meningkatkan ‘self esteem’, dapat membantu memperkembangkan kemahiran observasi dan skil sosial serta merasai ‘adrenalin rush’ yang pastinya sangat mengujakan.

Kan dah kata.. Gaya tu penting… Walaupunnn… Group foto bersama jurulatih…

KEMBALI KE HUTAN KEMUDIAN KE SUNGAI – STREAM SAMPLING

Selesai beperang, kami berehat seketika sambil menikmati makan tengah hari dan kemudian kami bergerak semula ke hutan untuk mengambil semula perangkap-perangkap yang telah kami pasang pagi itu. Untuk mist net, kami tidak berhasil untuk memperolehi apa-apa tangkapan manakala untuk pitfall trap pula, cawan-cawan plastik yang kami telah tanam kami ambil semula dan dapat diperhatikan terdapat beberapa ekor binatang/serangga yang telah terjatuh ke dalam perangkap tersebut. Sampel yang berjaya diperolehi di bawa ke makmal dan kami diberikan penerangan tentangnya oleh fasilitator.

Sebelum masuk hutan.. Kita wefie satu kali….

Seterusnya, apabila selesai sesi penerangan, kami bersiap sedia pula untuk bergerak menuju ke sungai yang terletak di dalam kawasan perkampungan orang asli untuk menjalannkan aktiviti stream sampling pula. Kami berjalan kaki beramai-ramai menuju ke sungai yang mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai. Ya Allah, seronoknya tengok air sungai yang jernih tu.. Rasa macam nak terjun je berendam dalam air sungai tu..

Untuk aktiviti ni, alat-alat yang diberikan kepada kami adalah tangguk dan juga dulang untuk mengisi binatang-binatang akuatik yang berjaya di tangkap. Hmmm… Bila dan jumpa sungai, masing-masing punya keterujaan, kalah budak-budak…Seronok bebenor menagguk kat sungai tu. Walaupun hujan turun mencurah curah, tapi tak mematahkan semangat mereka untuk menjalankan aktiviti. Mesti semua teringat zaman kanak-kanak masa menagguk kat longkang kan… Kinjo dikecualian dari kenangan menangguk tu… kat jepun mesti tak buat aktiviti meredah longkang tangguk ikan laga kan.. Korang biasa buat tak.. Tak biasa? Alahai, ruginya.. Hahahaha..

Wefie bersama peralatan yang dibekalkan…

Aktiviti stream sampling ni bertujuan untuk mengkaji hidupan akuatik yang terdapat di sungai tersebut dimana setiap binatang yang berjaya ditangkap akan dikaji sifat-sifatnya dan direkodkan serta diberikan markah. Setiap binatang yang terdapat di dalan sesuatu sungai yang dikaji digunakan sebagai ‘bioindicator’ atau penanda aras akan kebersihan sesebuah sungai. Hah! Banyak kan yang kami belajar dari katak sampailah ke binatang akuatik semua bertindak sebagai penanda arasa kepada kedaan sesuatu kawasan atau tempat.

Udang segar!! Buat udang goreng tepung mesti sedap kan….
Antara hasil tanggukan kat sungai..

Setelah berada lebih kurang sejam di sungai tersebut, kami bergerak balik ke PPL untuk mengemaskan barang-barang yang perlu di bawa untuk ke Sungai Pisang pula. Malam kedua kami akan berkemah dan menginap di Sungai Pisang kerana aktiviti pada hari ke tiga akan dijalankan di Sungai Pisang. Korang tau kat mana Sungai Pisang? Kalau tak tau mintak bantuan Pak cik Google ek. Takpun korang tunggu next entry kak Ti ya. Kat next entry kat Ti akan share pulak aktiviti kami yang sangat wow! di Sungai Pisang.

** Kan dah kata.. Mana tahan tengok air sungai tu….
** Seronoknya berendam….
Kreatif, sabar & keseimbangan…
Seni susunan batu.. Tak semua mampu melakukannya…

** Gambar ihsan dari kamera Jean. Thank you Jean…

Facebook Comments

7 thoughts on “Part 3: Day Two Edu Tourism – Universiti Malaya Package Development Camp

  • November 16, 2017 at 4:09 pm
    Permalink

    Seronok yer. Teringat zaman belajar dan buat research dulu2.

    Reply
  • November 16, 2017 at 5:17 pm
    Permalink

    Bestnya sis…aktiviti² yg ada mmg best gila. Masuk hutang..main archery.. Nampm can xde la susah pun tapi actually something new to learn and new kan. Suka la aktiviti camni.

    Reply
  • November 17, 2017 at 11:13 am
    Permalink

    Seronoknya aktiviti dengan nature ni, kita suka sangat. Rasa damai dan tenang je!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *