Himalaya Wellness Boutique Sunway Pyramid- Kedai Produk Berasaskan Herba Yang Serba Lengkap

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kak Ti nak tanya.. Korang pernah tak terfikir yang tubuh badan kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan produk-produk yang mengandungi bahan kimia, sampaikan supplement untuk kesihatan pun kita consume yang ada bahan kimia. Kita tau bahawa kalau kita berterusan mengambil produk yang mengandungi bahan kimia, ia akhirnya akan memudaratkan kita.

Tapi kita masih jugak continue consume. Sebab apa.. Sebab kita sentiasa disogokkan dengan cerita-cerita bahawa apa-apa produk berasaskan herba sebenarnya tak berkesan. Sedangkan, kalau nak diikutkan, zaman tok nenek kita dulu, kalau ada apa-apa masalah kesihatan, herbalah yang akan mereka cari dan Alhamdullillah berkesan.

PRODUK HIMALAYA – 100% BERASASKAN HERBAL AKTIF

 

Baru-baru ni kak Ti terbaca perkongsian dari sahabat-sahabat blogger kak Ti tentang keberkesanan  produk dari jenama Himalaya yang 100% berasaskan herbal aktif. Bila baca review diorang, rasa macam best je produk ni. Nak tau lebih lanjut punya pasal, kak ti siap Google cari info berkenaan dengan produk Himalaya ni. Sejarah tentang asal usul produk Himalaya ni sangat menarik tau. Punyalah nak cari keyakinan pasal produk Himalaya, sampai ke asal usul kak Ti cari.

Ok, ni kak Ti saje lah nak share. Kisah produk Himalaya ni telah bermula sejak lebih 80 tahun dahulu iaitu sejak tahun 1930. Kisahnya bermula apabila seorang pemuda ternampak seekor gajah yang sedang dalam keadaan ‘restless’ diberikan sejenis tumbuh-tumbuhan untuk menenangkannya. Kagum dengan kemampuan tumbuh-tumbuhan tersebut yang mampu bertindak seperti obat penenang, timbul keinginan pemuda tersebut untuk mengkaji tumbuh-tumbuhan tersebut secara saintifik.

Kekangan kewangan tidak mematikan impian pemuda tersebut. Dengan bantuan dari ibunya yang telah menyerahkan perhiasan beliau untuk digadai, pemuda tersebut akhirnya berjaya membeli sebuah mesin untuk membuat tablet yang dioperasikan secara manual. Bertahun beliau mengkaji dengan cara bertanyakan tentang tumbuhan herba kepada pengamal-pengamal perobatan tradisional yang ada disekeliling beliau pada waktu siang dan juga mengabdikan masa malam beliau bekerja dengan mesin yang beliau ada untuk menghasilkan tablet herba yang telah beliau pelajari.

Demi mewujudkan impian beliau untuk membawa sains tradisional India iaitu Ayurveda kepada masyarakat dalam bentuk kontemporari, beliau berjuang tanpa mengenal penat dan jemu selama bertahun-tahun dan kini produk Himalaya mempunyai beratus-ratus produk yang boleh dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya farmaseutikal, penjagaan peribadi, penjagaan bayi, herba tulen, kesihatan umum dan juga produk untuk kesihatan haiwan. Produk Himalaya kini berada di pelbagai negara termasuklah Malaysia.

PRODUK DIJAMIN HALAL-PENGASAS MUSLIM

Pengasas Himalaya – Mr. M Manal

Satu lagi fakta menarik tentang produk Himalaya adalah setiap produk Himalaya adalah HALAL. Biasalah kan, sebagai seorang pengguna Muslim, kita wajib menggunakan produk yang Halal. Alhamdulillah, kak Ti memang seronok sangat bila dapat tau yang kesemua produk-produk Himalaya adalah dijamin Halal. Bolehlah kak Ti sekeluarga pakai produk Himalaya ni tanpa rasa ragu dan was-was.

Lebih menguatkan lagi keyakinan kak Ti pada produk Himalaya ni adalah, dalam pada kak Ti dok cari info pasal produk Himalaya ni, I come across this article http://www.sinarharian.com.my/rencana/saintis-himalaya-bongkar-rahsia-ayurveda-1.40466 yang ada menceritakan tentang pengasas produk Himalaya yang rupa-rupanya seorang Muslim.

Rupa-rupanya Mr. M. Manal yang kak Ti baca dalam website Himalaya tu adalah merujuk kepada Mr. Mohamad Manal. Walaupun beliau telah meninggal dunia, namun pengurusan syarikat tetap diruruskan oleh keluarga beliau dan kini pengurusan syarikat yang mempunyai lebih 3000 orang pekerja tersebut telah diambil alih oleh anak beliau iaitu Mr. Meraj Manal.

HIMALAYA WELLNESS BOUTIQUE, SUNWAY PYRAMID

Gambar dari blog lyndachelah.com

Bila dah berpuas hati dengan segala info yang kak Ti dapat, kak Ti and my heroes terjah (hahaha terjah katanya.. ko pikir ko polis ke kak Ti nak main terjah-terjah..) Himalaya Wellness Boutique kat Sunway Pyramid. Butik Himalaya ada kat beberapa lokasi tapi kak Ti pergi yang kat Sunwat Pyramid sebab dekat dengan rumah kak Ti. Ialah, masa kami pergi tu dah malam, takut kalau ke tempat lain tak dan nak sampai, butik dah tutup.

Butik kesihatan Himalaya yang ada kat Sunway Pyramid ni terletak kat Lg2.130 dan  ia agak besar jugak kedainya. Susun atur produk pulak sangat kemas dan teratur. Mudah kalau nak cari produk yang kita perlukan. Lagi satu, kalau bawak anak-anak pun tak risau nak biar diorang berjalan sendiri sebab ruang yang ada dalam kedai agak luas dan selesa. Kita nak check produk yang ada pun senang hati. Bolehlah belek setiap produk yang berkenan tu lama sikit kan.

KEDAI  YANG LENGKAP DAN JURU PENASIHAT PRODUK YANG BAGUS

Datang ke butik kesihatan Himalaya ni memang teruja sangat tau. Mana tak terujanya, semua produk ada. Lengkap serba serbi. Pendek kata dari hujung kaki sampai hujung rambut semuanya ada. Produk pulak tu unisex, sesuai untuk lelaki dan wanita. Nak produk penjagaan luaran atau dalaman pun ada.  Seronok membelek dari satu produk ke satu produk yang lain.

Kat butik Himalaya ni memang suka memudahkan ‘customer’.  Contohlah kan, korang ada masalah rambut, masalah muka atau nak cari supplemen, kat butik Himalaya ni mudah sangat. dah siap ada set untuk memudahkan korang. Tak payah nak pening-pening nak beli produk yang mana pastu nak tambah produk yang mana pulak.

Kalau korang  ada kemusykilan berkenaan produk atau nak tanya sesuatu, korang jangan risau, korang boleh mintak bantuan dari juru penasihat kedai yang ada kat butik tu. Based on pengalaman kak Ti sendiri kan, juru penasihat kedai kat butik Himalaya ni memang amat membantu. Tanyalah apa pun berkenaan produk InsyaAllah depa akan bantu.

PENJAGAAN RAMBUT

Untuk set penjagaan rambut, ada set ‘anti hair fall’ untuk mengatasi masalah rambut gugur dan ada set ‘anti dandruff’ untuk mengatasi masalah kelemumur. Selain dari set yang kak Ti sebutkan tu, ada bermacam-macam lagi produk penjagaan rambut yang ada kat Himalaya butik yang korang boleh dapatkan secara loose piece dalam tiga saiz iaitu kecil (travel pack), sederhana dan juga saiz besar.

Set Penjagaan Rambut ‘Anti Hair Fall’
Antara Produk Penjagaan Rambut Yang Ada

PENJAGAAN MUKA

Untuk mengatasi masalah jerawat pulak, ada set ‘anti jerawat‘ dari rangkaian penjagaan muka Neem. Rangakaian produk penjagaan muka Neem ni sesuai untuk mereka-mereka yang bukan sahaja ada masalah jerawat malah sesuai jugak untuk mereka-meraka yang berusaha untuk menghilangkan kesan-kesan parut kat muka. Selain dari itu ada pelbagai lagi produk-produk penjagaan muka dari rangkaian Neem kat sini. Produk penjagaan muka Himalaya dan ni adalah antara produk best seller tau kat sini.

Penjagaan Muka Dari Rangkaian Produk Neems
Produk-Produk Penjagaan Muka

PENJAGAAN DALAMAN-SUPPLEMENT

Selain dari penjagaan luaran, Himalaya juga menyediakan produk-produk untuk penjagaan dalaman. Ada pelbagai jenis produk suplemen yang dijual di sini yang dirumus khas untuk kegunaan lelaki dan wanita. Tapi kan, dalam banyaj-banyak produk suplemen yang ada kat situ, yang paling manrik perhatian kak Ti adalah AyurSlim. Bila tengok nama, korang mesti dah dapat agak untuk apa kan. Hahaha..

Suplemen Berasaskan 100% Herba
Suplemen HImalaya

LAIN-LAIN PRODUK

Selain dari produk-produk yang kak Ti sebutkan kat atas tu, Himalaya juga turut mengeluarkan produk penjagaan bayi dan juga produk penjagaan mulut. Untuk produk penjagaan bayi, ada Gentle Baby Shampoo dan juga Moisturizing Baby Soap manakala untuk penjaggan mulut pula ada ubat gigi yang dijual serendah RM2.20 untuk travel pack dan ada juga saiz biasa. Ubat gigi Himalaya ada 4 jenis iaitu Complete Care Herbal Toothpaste, Mint Fresh Herbal Tooth Paste, Sensi-Relief Herbal Toothpaste dan Sparky White Herbal Toothpaste.

Produk=Produk Himalaya
Produk-Produk Himalaya
Antara Produk-Produk Yang Dijual Secara Set
Ubat Gigi

PRODUK SURYA DAN APOTEC

Bagi korang yang nak cari produk-produk Surya Malaysia seperti Surya Apple Cider Vinegar dan juga produk terbaru mereka iaitu Chlorphyll perisa Laici dan Peach serta produk-produk Apotec, korang boleh dapatkan jugak kat butik Himalaya terpilih iaitu di Sunway Pyramid, Mydin USJ dan Setapak Sentral sahaja.

Surya Apple Cider Vinegar With Pure Honey
Surya Chlorophil
Produk Apotec

MEMBERSHIP PROGRAM

Berbelanja kat kedai Himalaya best sangat. Bukan je  produk-produk yang ada bebas kimia.. Harganya pun mampu milik. Lagi satu kan.. Kalau belanja RM100 atau lebih, automatik kita akan jadi members. Yang paling best, membership ni tak payah nak renew.

Point yang kita kumpul pulak tak ada tarikh luput. Lepas dah jadi members, pembelian kita seterusnya akan dapat diskaun 15% untuk setiap produk dengan harga biasa. Selain dari diskaun, setiap RM1 yang kita belanjakan kita akan dapat 1 point. Point-point yang kita dapat tu boleh guna untuk beli produk. Hah! Bestkan berbelanja kat Himalaya ni..

Ok lah.. Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal Himalaya ni.. Korang boleh tengok video kat bawah ni. Banyak info yang kak Ti sharekan dalam video ni..

Jangan lupa klik link yang kak Ti bagi ni ok..

Facebook: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

Facebook Comments

9 thoughts on “Himalaya Wellness Boutique Sunway Pyramid- Kedai Produk Berasaskan Herba Yang Serba Lengkap

  • October 23, 2017 at 12:41 pm
    Permalink

    Banyaknya produk Himalaya. Kalau dilihat memang serba lengkap untuk semua peringkat umur sama ada bayi hingga ke warga emas. Produknya pulak dijamin halal dan bagus. Memang tidak perlu diperkenalkan lagi, sudah tersohor sejak zaman berzaman

    Reply
  • October 23, 2017 at 2:03 pm
    Permalink

    Wah detail pasal Himalaya Malaysia ya…juju baru tau nama pengasas produk ni…juju suka sgt produk himalaya ni sbb anak juju pakai.shampoo protein dari himalaya, sesuai dan lembut dengan rambutnya. Tq kak tati sharing info

    Reply
  • October 24, 2017 at 10:30 am
    Permalink

    cikza skang dah jatuh hati dengan syampu keluaran Himalaya.
    aduhhh! tertarik dengan kandungan die tu yang terus capai satu.

    Reply
    • October 29, 2017 at 2:16 pm
      Permalink

      Tu lah.. Kak TI banyak baca feedback yang positif pasal produk Himalaya Herbal ni..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *