Part 1: Edu Tourism – Universiti Malaya Package Development Camp

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

BERMESRA DENGAN ALAM, BELAJAR DARI ALAM

Tiga hari dua malam bermesra dan belajar dari alam. Menarik kan.. Mestilah menarik.. Terutamanya untuk peminat aktiviti outdoor macam kak Ti ni.. Untuk aktiviti Outdoor kali ni kak Ti berpeluang mengikuti aktiviti yang dinamakan UM Tropical Familiarization and Package Development yang dianjurkan oleh of course lah Universiti Malaya dengan kerjasama Tourism Malaysia dan para peserta yang mengikuti program inj adalah wakil dari travel agency yang memang buat Edu Tourism ni serta wakil dari pihak media termasuklah blogger.

 

Kak Ti difahamkan, Tujuan program ni dijalankan adalah untuk membangunkan pakej dan juga mempelajari produk produk Edu Tourism yang ditawarkan oleh Universiti Malaya di bawah kelolaan UM Cares. Dah nama pun Edu Tourism atau dengan kata lain lawatan sambil belajar, mestilah banyak perkara yang akan di pelajari tentang alam sepanjang berlangsungnya program kan. Hah.. kan bagus macam ni. Kita bukan setakat menikmati alam semulajadi, tapi kita belajar jugak tentang alam semula jadi. Untuk entry PART 1 kak Ti akan share secara keseluruhan berkenaan dengan UM Tropical Camp dan yang detail kak Ti share kat entry-entry seterusnya. Mana syok kalau semua humban dalam satu entry je kan.. Aktiviti-aktiviti yang kami lakukan semuanya menarik dan rugi kalau kak Ti tak share secara detail..

 

Buluh gergasi yang terdapat di Rimba Ilmu UM..
SELASA, 19 SEPTEMBER 2017 – HARI PERTAMA
TAMAN BOTANI RIMBA ILMU UNIVERSITI MALAYA

 

Seperti yang telah dimaklumkan, kami semua perlu berkumpul di Rimba Ilmu Universiti Malaya dan pendaftaran peserta bermula dari pukul 9.00 pagi. Sarapan pagi peserta pada pagi itu disediakan oleh pihak Universiti Malaya iaitu sarapan yang sangat simple tapi cukup untuk membekalkan tenaga sampai ke next meal.. Hahahaha… Setelah semua peserta tiba, kami kemudiannya di bawa melawat ke dalam bilik pameran Hutan Hujan dan Alam Sekitar yang terletak di dalam bangunan  Rimba Ilmu. Kami di bawa melawat dan diberikan penerangan oleh seorang crew Rimba Ilmu berkenaan dengan apa yang dipamerkan di dalam bilik tersebut.

Briefing berkenaan program dari Tuan Hishamuddin Mustafa
Briefing dari Tuan Anuar wakil dari pihak UM Cares
Selesai sesi lawatan, sesi Ice breaking atau sesi suai kenal antara peserta dan juga penganjur serta wakil dari Tourism Malaysia iaitu Tuan Hishamuddin Mustafa, Timabalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Lembaga Penggalakan Pelancongan juga dilakukan di dalm bilik tersebut. Ehhh.. Jap.. Bila kak Ti kata bilik, korang janganlah imagine saiz bilik macam bilik tidur pulak. Bilik pameran ni satu bilik yang besar yang menempatkan pelbagai barangan dan juga gambar-gambar yang menerangkan tentang hutan hujan tropika. Pendek kata bilik ni memang sarat dengan informasi baik berkenaan flora mahupun fauna.. (Lamanya tak guna perkataan flora & fauna ni..).
Pameran berkenaan Rafflesia
Kon Pines
Antara yang dipamerkan
Untuk lokasi lawatan seterusnya, kami telah dibawa melawat atau ‘guided walk’ sekitar “Forest of Knowledge” yang didalamnya terdapt pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Berpeluh jugaklah berjalan dalam “hutan” ni.. Apa yang ada kat “Forest of Knowledge” ni? Nanti kak Ti sharekan info yang lengkap dalam entry lain ek.. Sedar tak sedar, nak dekat sejam jugaklah kami dok berjalan dalam tu. Patutlah masing-masing berpeluh sakan.
Our beautiful guide
Antara tumbuhan yang terdapat di Rimba Ilmu
Cantik kan
So inviting.. Rasa macam nak berendam je
DEWAN TUNKU CANSELOR (DTC) DAN GALERI SENI 
Selesai sesi ‘guided walk’ di Rimba Ilmu’ kami bergerak dengan pengangkutan yang disediakan oleh pihak Tourism Malaysia menuju ke destinasi seterusnya yang masih terletak di dalam Universiti Malaya, iaitu Dewan Tengku Canseleri (DTC). Di sini kami telah diberikan penerangan berkenaan sejarah dan kisah DTC oleh Dr. Zuraini. Dari DTC kami bergerak pula menuju ke bangunan Canseleri yang menempatkan galeri seni yang menjadi destinasi kami seterusnya. Bangunan Canseleri ni terletak berdekatan je dengan DTC dan untuk ke galeri seni ni kami jalan kaki lebih kurang 5 minit. Selesai lawatan ke galeri seni, kami menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh pihak UM dan seterusnya menjalankan sesi pengurusan diri sebelum kami bergerak Pusat Pengajian Luar (PPL) Universiti Malaya yang terletak di Ulu Gombak.
Dewan Tunku Canselor
Rekaan dinding yang tersendiri
Bangunan Canseleri
Antara hasil seni yang dipamerkan
Koleksi kotak-kotak kayu berukir
PUSAT PENGAJIAN LUAR, SEWANG, FROGGING DAN MIST NET
Selesai makan tengah hari dan malaksanakan solat Zohor di UM, kami bergerak menuju ke PPL yang terletak di Ulu Gombak di mana untuk malam pertama kami akan bermalam di dorm yang terdapat di PPL ini. Selesai urusan check ini kat PPL ni, kami di bawa melawat ke kampung Orang Asli Gombak. Kami disambut dengan tarian Sewang dan seterusnya diberikan peluang untuk mencuba tradisi Orang Asli iaitu menyumpit dan juga membaut kraftangan tradisional Orang Asli.
Sewang
Menyumpit kita
Anyaman

Selesai program di kampung Orang Asli, kami kembali semula ke PPL untuk menikmati makan malam dan seterusnya melaksanakan aktiviti pengurusan diri sebelum kami menjalankan aktiviti seterusnya pada malam itu iaitu frogging dan mist net. Ehhh!! Frogging? Mist net? Hah! Nak tau lebih lanjut apa sebenarnya yang kami buat masa sesi frogging dan mist net.. Tunggu next entry ek.. Hari pertama kami berakhir pada pukul 12.00 tengah malam dan akhirnya kami semua kembali ke bilik untuk recharge energy untuk aktiviti hari esok pulak. Dari pagi sampai ke tengah malam kami menjalankan pelbagai aktiviti tapi kak Ti yakin malam tu bukan kak Ti je yang tak sabar nak tunggu hari esok untuk jalankan aktiviti seterusnya yang telah diatur untuk kami semua.

 

Frogging

 

Hasil tangkapan (akan dilepaskan semula)

 

RABU, 20 SEPTEMBER 2017 – HARI KE DUA
CAGE TRAP, PITFALL TRAP, ECOLOGICAL PLOTTING & ARCHERY WAR
Aktiviti pertama kami di hari kedua bermula dengan senaman mulut dan perut.. Apa lagi, sarapan la.. Dah selesai bersarapan tu, kami semua bersiap sedia untuk masuk hutan.. Kat dalam hutan tu kami akan jalankan aktiviti pemasangan ‘cage trap’, ‘pitfall trap’ dan juga aktiviti e’cological plotting’. Selesai aktiviti dalam hutan tu, kami balik semula ke PPL untuk program seterusnya pula iaitu ‘Archery War’.. Kak Ti tak sangka, menarik dan seronok rupanya aktiviti memanah ni bila kita tau untuk menggunakannya dengan cara yang betul dan selamat.. Tiba-tiba terasa diri ini macam sri kandi pulak.. (chewahhh..).
Cage trap
Pitfall trap
Ecological plotting
ecological plotting
Introduction to Archery
Para pahlawan bersiap sedia
Dah selesai “berperang” sakan, kami berehat sekejap sambil menikmati makan tengah hari dan bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu stream sampling..  Tapi Stream sampling dijalankan bertujuan bagi menentukan tahap kebersihan air sungai tanpa menggunakan peralatan moden dan hanya berpandukan kepada hidupan yang ada di dalam sungai tersebut. Tapi nak buat ni bukanlah main belasah je.. Ada cara dan tekniknya..
Stream sampling
Antara hidupan yang ada di sungai ini
EKSPEDISI SUNGAI PISANG
Selesai stream sampling, kami masuk ke dalam hutan semula untuk mengambil dan melihat hasil yang kami perolehi melalui cage trap dan pitfall trap yang kami jalankan pagi itu dan seterusnya kami bersiap sedia untuk bertolak ke Sungai pisang pula. Untuk malam ke dua, kami akan bermalam kat dalam Sungai Pisang sebab aktiviti yang akan kami jalankan pada hari ketiga semuanya kat dalam Sungai Pisang tu. Ya Allah.. seronoknya.. Dah lama gila  kak Ti tak ‘camping’ kat Sungai Pisang ni.. Akhirnya dapat jugak melepas rindu.. Selesai solat asar kami semua bergerak menuju ke Sungai Pisang.
Briefing sebelum bertolak ke Sungai Pisang
Antara yang perlu ditempuhi sebelum sampai
Selamat sampai ke camp site
Dinner kami… BBQ..
RABU, 20 SEPTEMBER 2017 – HARI KE TIGA
ZIPLINE, ABSEILING & BALIK
Hari ke tiga, hari terakhir untuk trpoical camp. Aktiviti zipline dan abseiling yang akan dikendalikan dan dipantau oleh satu ‘team’ khas yang telah dilantik oleh pihak UM dijalankan di kawasan air terjun di dalam Sungai Pisang Tersebut. Dari pagi sampai ke petang satu persatu dari kami mencuba aktiviti ini. Dan ada diantara kami yang buat sampai dua tiga kali termasuklah kak Ti. Hahaha..
Persediaan untuk aktiviti zipline
Abseiling
Tunggu giliran
Bergumbira
Puas bermain air dan mencoba aktiviti yang disediakan, kami akhirnya bersiap-siap untuk meninggalkan Sungai Pisang dan akhirnya kami semua selamat sampai ke PPL semula lebih kurang pukul 4 petang. Dengan itu maka berakhirlah UM Tropical Familiarization and Package Development Camp yang telah berjalan selama tiga hari dua malam. Kalau nak ikutkan, jadual kami sepanjang tiga hari dua malam ini memang sangat padat. Tapi walau macam manapun, dengan pengendalian yang amat baik dari team UM Cares, segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Bukan sahaja kami seronok dan teruja dengan segala aktivti yang dilaksanakan, malahan kami juga mendapat banyak pengetahuan baru yang boleh kami aplikasikan dalam kehidupan seharian kami.
Jom balik
Macam yang kak Ti bagitau sebelum ni, entry ni hanyalah ‘overview’ kepada UM Tropical Familiarization and Package Development Camp ni..Kak Ti akan cerita dengan lebih detail berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ni kat entry-entry seterusnya.. Tungu tau..

Facebook Comments

9 thoughts on “Part 1: Edu Tourism – Universiti Malaya Package Development Camp

  • October 4, 2017 at 8:57 am
    Permalink

    seronoknya aktiviti di um. sy pernah sampai di sg pisang tu tp bahagian lain la. salam kenal

    Reply
    • October 4, 2017 at 8:46 pm
      Permalink

      Assalamualaikum.. Salam kenal Nia.. Memang seronok sangat semua aktiviti yang UM aturkan.. Nia tak pegi bahagian air terjun ya.. Sebelum2 ni pun kak Ti camping kat belah lain jugak..

      Reply
    • October 5, 2017 at 11:26 pm
      Permalink

      Memang best sangat… Sesekali lari dari keserabutan bandar..

      Reply
  • October 5, 2017 at 11:37 am
    Permalink

    Best aktiviti yang berkaitan nature ni..

    Reply
    • October 5, 2017 at 11:22 pm
      Permalink

      Best sangat.. Rasa tenang je bila dekat ngan nature ni..

      Reply
  • Pingback: Part 2: Day One Edu Tourism – Universiti Malaya Package Development Camp – T A M A R

  • October 24, 2017 at 4:20 pm
    Permalink

    Bestnya aktiviti outdoor macam nie. Migha dah lama sangat tak buat aktiviti outdoor macam nie sejak bekerja. Sekali-sekala kena ber”outdoor” jugak.

    Reply
    • October 29, 2017 at 2:16 pm
      Permalink

      Best kan… Sesekali lari dari kesibukan bandar…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *