PENGAKTIFAN OTAK TENGAH – BETUL KE?

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..Pernah dengar atau baca pasal pengaktifan otak tengah tak? Mesti dalam kepala korang akan terus terfikir.. Amendelah yang kak Ti merepek ni.. Mana ada otak tengah.. Yang ada otak kiri dan otak kanan je. Mana pulak datangnya otak tengah ni… Takpun.. Ek elleh kak Ti ni.. Mestilah pernah dengar.. Semua tu kan SCAM je.. Page FB P*********ce W**ch pun dah ada bahaskan pasal SCAM pengaktifan otak tengah ni… Kak Youtube pun melambak video pasal pembuktian pengaktifan otak tengah ni sebagai satu Scam.

OK.. Kak Ti akui… Kak Ti pun sama je macam korang, Bagi kak Ti, dakwaan tentang pengaktifan otak tengah ni hanyalah penipuan semata-mata. Korang tau tak.. Kalau mengikut dakwaan pusat-pusat pengaktifan otak tengah ni, anak-anak yang diaktifkan otak tengahnya mampu untuk mengenal warna bahkan sampai menulis dan menunggang basikal dengan menutup mata. Hebat sangat tu.. Tapi tak mungkinlah kan.. Mesti kanak-kanak ni sebenarnya dapat tengok sikit-sikit takpun penutup mata yang digunakan tu jarang dan tembus pandang.

Nak dijadikan kisah, satu hari founder Kelab Blogger Ben Ashaari, Aben telah menawarkan satu peluang untuk membawa anak-anak mengikuti kelas pengaktifan otak tengah yang akan berlangsung di Bangi.Tawaran mengikuti kelas ini diberikan oleh Alpha Genius Centre (AGC) yang diterokai oleh Master Ady selaku founder AGC. Bila tengok je offer tu,  kak Ti apa lagi, tanpa fikir panjang, terus bagi nama untuk bawa anak hadir ke kelas tersebut.

Keterujaan kak Ti ni kerana dua sebab.Yang pertama, inilah peluang kak Ti untuk melihat dan membuktikan sendiri pasal pengaktifan otak tengah ni sebab kalau ikut tentatif program, pada penghujung kelas akan ada sesi bersama ibu bapa dimana kemampuan anak masing-masing akan diuji masa tu. Sebab yang kedua, kalau benar pengaktifan otak tengah ni bukan satu Scam, maka ini merupakan satu peluang besar untuk anakanda tercinta SAZSO no 3 untuk mempamerkan potensi sedia ada dan memanfaatkannya dalam kehidupan sehariannya.

Tiba hari yang ditetapkan, kak Ti dan Tn SOSAB pun bawaklah si SAZSO no3 ni ke Boutique Hotel, Bangi tempat di mana kelas akan berlangsung. Untuk sesi kali ini hanya kak Ti dan Dila dari www.saidila.com yang berkesempatan untuk bawak anak ke kelas pengaktifan otak tengah ni. Kalau ikutkan plan asal, kak Ti dengan Tn SOSAB nak hantar si SAZSO no 3 tu je.. Lepas register kami planlah nak pegi merayap cari tempat breakfast yang best, pastu nanti pukul 4 kami datanglah balik untuk sesi bersama ibu bapa. Lepas register tu, kak Ti decide nak tunggu kejap untuk ambek beberapa keping gambar dan juga dapatkan maklumat berkenaan kelas tu dari pemilik Alpha Genius Centre. Master Ady yang akan mengendalikan kelas pada hari tu.

Semasa berjumpa dengan Master Ady sebelum kelas bermula, kak Ti telah bertanyakan beberapa soalan yang agak senditif yang selama ini bermain dalam fikiran kak Ti berkenaan dengan Pengaktifan Otak Tengah. Semua soalan-soalan yang kak Ti ajukan telah dijawab oleh Master Adie dengan sangat terang dan jelas sehingga menimbulkan rasa ingin tahu yang lebih tinggi dalam diri kak Ti yang akhirnya telah membuat kak Ti bukan saja stay untuk melihat kelas dijalankan tapi turut bersama-sama mengikuti kelas tersebut.

Sebelum kak Ti cerita apa hasil kelas tersebut pada SAZSO no 3, scam ke tak scam kelas pengaktifan otak tengah ni.. Meh kak Ti share sikit pasal apa itu sebenarnya yang dikatakan otak tengah.

OTAK TENGAH (PINEAL GLAND)



Pineal Gland atau dalam bahasa mudahnya Otak Tengah adalah kelenjar endokrin kecil di otak. Pineal gland terletak dekat pusat otak, antara dua belahan, terselip di alur dimana dua badan talamik bulat bergabung. Oleh sebab kedudukannya di tengah-tengah, maka wujudlah istilah otak tengah. Otak tengah merupakan bahagian otak yang istimewa kerana merupakan bahagian yang berfungsi sebagai penghubung diantara otak kiri dan otak kanan.

Sekiranya kedua-dua bahagian ini dapat dihubungkan/diaktifkan, maka sempurnalah kedua dua fungsi otak kiri dan otak kanan. Dengan pengaktifan otak tengah juga, keboleh upayaan pemikiran otak kiri (logik/IQ dan otak kanan (kreativiti/EQ) akan menjadi seimbang. Secara ringkasnya, otak tengah yang aktif akan menjadi jambatan komunikasi dalaman dan luar.

Hah.. Amacam.. Dah tau dah secara ringkas apa tu otak tengah kan. Soalan apa sebenarnya otak tengah itu juga adalah antara soalan kak Ti yang dijawab oleh Master Ady. Rupanya ‘otak tengah” tu hanyalah istilah yang digunakan bagi menggambarkan Pineal Gland.

So back tu cerita kelas Pengaktifan Otak Tengah yang bermula dari  pagi sampai petang bersama Master Ady dari Alpha Genius Centre. Kak Ti dan Tn SOSAB yang asalnya nak hantar SAZSO no3 je jadi terjebak jugak follow kelas tu dari awal sampai akhir.. Seriusly, memang rasa sayang sangat nak tinggal.. Kelas yang dijalankan oleh Alpha Genius Centre ni berlangsung dengan suasana yang cukup santai dan menyeronokkan.

 

 

 

Menurut Master Ady, suasana santai dan menyeronokkan memang sengaja diwujudkan bagi menarik minat anak-anak yang mengikuti kelas ini. Pengaktifan otak tengah lebih mudah berlaku apabila si peserta dalam keadaan yang bersedia untuk diaktifkan otak tengahnya. Namun sekiranya peserta yang hadir ke kelas ini, hadir dalam keadaan yang terpaksa dan mindanya awal-awal lagi dah me ‘reject’ idea pengaktifan otak tengah ini.. Maka sukar untuk peserta ini untuk diaktifkan otak tengahnya. Sebab tu Master Ady dan team wujudkan suasana yang menyeronokkan sepanjang kelas ini berlangsung.

Menurut Master Ady lagi sesi terpenting bagi kelas ini adalah sesi pengaktifan otak tengah menggunakan ‘Brain Wave’ khas dan sesi ini akan dilakukan sebanyak dua kali. Menariknya tentang pengaktifan otak tengah bersama Alpha Genius Centre ini adalah, tiada istilah kelas pengenalan dan tiada istilah kelas lanjutan. Pengaktifan otak tengah yang dilakukan pada hari kelas tersebut adalah untuk seumur hidup. Yang akan membezakan satu peserta dengan peserta yang lain adalah sesi latihan yang dilakukan selepas balik dari kelas tersebut. Lebih kerap latihan dilakukan, lebih aktiflah otak tengahnya.

Mesti korang nak tau apa kelebihan pengaktifan otak tengah ni kan? Banyak sebenarnya kelebihan bila otak tengah ni dah diaktifkan.. Iyalah otak dah berhubung lah katakan. Tapi, kelebihan pengaktifan otak tengah antra kanak-kanak dan orang dewasa berbeza tau. Wajarlah tu kan.. Satu otak yang masih bersih dari masalah dunia dan  satu lagi otak yang sentiasa serabut dengan macam-macam hal dunia.. Manalah boleh sama hasilnya kan..

Bagi kanak-kanak, antara kelebihan apabila otak tengah telah diaktifkan adalah mereka akan menjadi lebih bijak dan IQ mereka mampu mencapai sehingga 120 ke atas, peningkatan dalam pembelajaran, berfikiran positif, menjadi lebih kreatif dan inovatif, mampu melihat menggunakan mata ketiga (menggunakan gelombang otak), dapat membina sahsiah diri, mampu belajar dengan menggunakan otak kanan, mampu mengingati pelajaran walaupun tanpa tuisyen, meningkatkan daya konsentrasi, hormon lebih seimbang, emosi lebih stabil, peningkatan dalam prestasi, lebih berkeyakinan tinggi, fokus dalam pelajaran yang meningkat, mengatasi masalah bertutur dan berjalan serta dapat meningkatkan sistem imunisasi.

Bagi orang dewasa pula, kelebihan yang diperolehi setelah mengaktifka otak tengah adalah peningkatan kekuatan IQ, EQ, SQ, mencerdaskan akal dan minda, meningkatkan daya tumpuan, membantu merawat simptom keletihan, menguatkan daya ingatan dan hafalan, membantu mengatasi masalah insomnia, membantu mengatasti masalah stress dan migrain, meningkatkan daya kreatif, menambahkan tenaga mental, mampu memberikan ketenangan fikiran, mengawal masalah takut, cemas dan runsing, meningkatkan imunisai dan mampu membantu mengurangkan masaalah ‘morning sickness’ yang dihadapi oleh wanita hamil. Kalau korang nak baca lebih lanajut tentang kelebihan pengaktifan otak tengah ni, korang boleh jugak tengok kat blog Magdalina Selamat. Beliau ada jugak berkongsi tentang Pengaktifan Otak Tengah ni..

Seperti yang dijanjikan, setelah sehari suntuk menjalani pelbagai aktiviti termasuklah sesi brain wave, tibalah masa untuk membuktikan keberkesanan pengaktifan otak tengah ni. Untuk sesi ini setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari pelajar baru kanak-kanak, pelajar dewasa dan juga pelajar yang hadir bagi sesi ulangkaji (Pelajar yang pernah hadir sebelumnya).

 

 

Tumpuan kak Ti sudah tentulah pada kumpulan pelajar baru termasuklah my SAZSO no3. Satu persatu pelajar diberikan kertas berwarna dan diminta untuk memberitahukan warna yang mereka nampak dalam keadaan mata yag ditutup rapat menggunakan penutup mata khas. Bagi memastikan tiada ruang untu pelajar melihat, muskin tape turut digunakan. Honestly, kak ti memang kagum sangat bila satu persatu anak-anak ini menyebutkan dengan tepat warna yang diberikan pada mereka. Kak Ti bertambah kagum bila my SAZSO no3 juga berjaya menyebutkan warna kertas yang diberikan padanya dengan tepat. Subhanallah.. Apa lagi yang kak Ti mampu ucapkan selain mengakui hebatnya ciptaan Allah S.W.T yang bernama otak ini.

Semasa kelas ni, kak Ti juga berpeluang berjumpa dan berborak dengan parents yang dah hantar anak-anak mereka ke kelas pengaktifan otak tengah yang dijalankan oleh AGC ni. Jangan tak tau, yang hantar anak-anak ke kelas ni bukan cikai-cikai tau. Mereka terdiri dari golongan professional yang telah melihat dan merasai sendiri kehebatan pengaktifan otak tengah ni. Banyak cerita-cerita mengagumkan yang ka Ti dengar tentang kemampuan anak-anak yang telah diaktifkan otak tengahnya. Ada juga ‘test’ yang kak Ti lakukan sendiri ke atas peserta yang hadir untuk sesi ulangkaji dan hasilnya membuatkan kak Ti bertambah kagum.

Sampai ke saat ini kak Ti masih lagi melakukan sesi latihan kat rumah dengan SAZSO no3 dan kak Ti nampak sendiri peningkatan demi peningkatan yang berlaku ke atas anak kak Ti. Jadi, adakah Pengaktifan Otak Tengah ini satu SCAM? Jawapan kak Ti adalah Pengaktifan Otak Tengah yang dijalankan di AGC  bukanlah satu SCAM dan anak kak Ti sendiri adalah buktinya. Kalau difikirkan semula, setiap ciptaan Allah itu mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya otak manusia mampu melakukan pelbagai perkara yang kadang nampak macam tak logik namum hakikatnya benar-benar mampu dilakukan andai dilatih dengan teknik dan cara yang betul.

Untuk korang yang nak tau lebih lanjut berkenaan Mid Brain Activation @ Pengaktifan Otak Tengah, korang boleh berhubung secara langsung dengan Master Ady, Founder AGC di:

HP/ Whatsapp: 011 1075 7296

 

 

Facebook Comments

14 thoughts on “PENGAKTIFAN OTAK TENGAH – BETUL KE?

  • September 25, 2017 at 8:13 am
    Permalink

    Bagusnya…ramai golongan profesional ikuti kelas ini didik anak2 mereka aktifkan otak tengah…sangat mengujakan!

    Reply
  • September 25, 2017 at 8:20 am
    Permalink

    Bagusnya ada kelas macamni. Harap dapat hantar anak2 belajar kat situ nanti

    Reply
  • September 25, 2017 at 8:23 am
    Permalink

    ooo.. baru faham… sbb sblm ni pun dok fikir kata benda ni mcm serkap jarang je.rupanya kalau dengan teknik yang betol boleh berjaya aktifkan otak tengah tu kan.thanks for sharing kak tati

    Reply
  • September 25, 2017 at 8:57 am
    Permalink

    Rayyan kecik lagi kalau tak join gak , sebab banyak ilmu leh dapat .. even kita baca tak sama bila kita join btw thanx kak Tati sharing ♥️

    Reply
  • September 25, 2017 at 11:08 am
    Permalink

    Bagus la Kak Ti. Sal tertarik nak cuba pd anak². Tq KakTi share info

    Reply
  • September 29, 2017 at 6:27 pm
    Permalink

    Good sharing… thanks.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *