SEGARNYA SEAFOOD DI PASAR KEMAMAN, MENGENAL SANG PENYU DI SANTUARI PENYU, HUTAN PAYA BAKAU YANG MENGASYIKKAN, BIARKAN DAKU BEBAS DI LAUT LUAS & ENAKNYA BBQ ALA SANG LANUN DI TEPI PANTAI- FAMILY DAY #KBBA9 PART FOUR

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

PART FOUR – DAY TWO 19/8/17


Masih lagi dengan aktiviti yang dilakukan di hari kedua family day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort. Pada entry PART THREE, kak Ti dah share sebahagian aktiviti kitorang on day two, kali ni kak Ti share the rest of the activities ya…

PASAR IKAN SEGAR KUALA KEMAMAN

Selesai segala aktiviti beli membeli kat Keropok Cap Intan, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Kemaman. Pasar Kemaman ni juga bukanlah tempat yang asing bagi kak Ti. Kak Ti dan Tn SOSAB memang biasa singgah kat sini beli seafood untuk bawa balik ke KL. Iyalah, kalau kat KL tu manalah nak dapat seafood yang segar-segar macam kat sini. Pasar Kemaman ni terletak berdekatan dengan tempat nelayan naikkan hasil tangkapan. Maka tak hairanlah kalau ikan-ikan yang ada kat sini segar-segar belaka. kalau nak ikutkan harga, memang amat berpatutan dan sesuailah dengan kesegaran ikan yang dijual.

Bila sampai je kat pasar tu, kak Ti ingatkan kak Ti sorang je yang teruja tengok seafood yang segar-segar yang ada kat situ, rupanya semua rakan-rakan yang ada pun teruja juga bila tengok betapa segarnya makanan laut yang ada. Yang berposing dengan ikan pun ada… Bila tengok variasi seafood yang ada, mulalah kepala ni dah terbayang betapa manisnya rasa seafood tu bila di masak. Aduh!! memang menggoda sungguh. Apakan daya, memandangkan kami masih ada sehari lagi sebelum balik, maka tak dapatlah kami membeli pada hari tersebut.. Keesokan harinya ada antara rakan blogger yang datang semula kat sini dan memborong seafood.. hahaha..

Aduhhh!! flawlessnya dia..

Geramm!!!
Bayangkan kemanisan rasanya…

 PUSAT PENERANGAN SANTUARI PENYU, CHERATING

Dari Pasar Kemaman kami singgah pulak ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. Kat sini macam-macam info yang boleh kita dapatkan berkenaan dengan penyu. Kalau korang tak pernak tengok penyu face to face sebelum ni kan, bolehlah tengok kat sini. dari penyu dewasa, penyu remaja sampai baby penyu pun ada kat sini. Kak Ti pernah kongsikan jugak tentang Santuari Penyu Cherating ni kat SINI.. Tu lah kak Ti kata.. Jangan ingat kalau datang Cherating ni takde bende nak buat.. Balik-balik pantai.. Banyak sebenarya aktiviti yang boleh buat kat sini..

Selamat datang ke Pusat Santuari Penyu Cherating

Waktu lawatan
Hi awak…

Dalam banyak-banyak ni, beberapa peratus je yang akan survive.. huhuhu..

Ada yang besar, ada yang kecik.. Hidup harmoni dalam satu kolam..

Hah.. Macam nilah caranya anak-anak penyu ni keluar dari sarangnya…

MANGROVE TOUR


Ok.. Next destination kami.. Hafiz’s Cherating Activities sekali lagi untuk Mangrove Tour. Mula-mula dapat tau Mangrove Tour ada dalam senarai aktiviti, rasa macam…. Hmmmm… apa bendelah yang menarik sangat pasal kayu bakau ni.. Kayu bakau je kot. Dulu masa dok Stulang (Yang dah jadi The Zone tu) melambak kot kayu bakau belakang rumah.. Tapi rupanya.. Kak Ti memang tak sangka sungguh.. Tapi sebelum kami ke sana, kami singgah dulu kat Hotel untuk hantar pasangan dan anak-anak balik ke hotel sebab untuk aktiviti ni hanya melibatkan blogger sahaja.

Sampai je kami kat sana, kami terus diberikan jaket keselamatan macam masa nak tengok kelip kelip tu. Lepas tu sekali lagi kami masuk ke dalam ruangan yang disediakan untuk dengar penerangan tentang hutan kayu bakau di Cherating dari En Hafiz. Selesai sesi penerangan dari En hafiz, kami bergerak menuju ke jeti untuk menaiki bot yang akan membawa kami menyusuri Sungai Cherating. Bot yang akan kami naiki ni adalah bot yang sama yang digunakan masa tengok kelip kelip malam sebelum tu.

Kalau masa malam tu kami tak dapat tengok apa yang ada di sekeliling kami dek kerana pekatnya malam waktu tu, kali ni kami akan berpeluang untuk tengok keadaan sekeliling. Bila semua bot dah penuh.. dengan lafaz Bismillah, maka bermulalah perjalanan kami meyusuri Sungai Cherating. Subhanallah.. seawal perjalanan lagi kak Ti dah perasaan betapai cantiknya view sekeliling kami yang kiri kanannya penuh dengan pokok bakau. Kak Ti memang sangat tak menyangka bahawa kak Ti akan menikmati perjalanan menyusur Sungai Cherating sambil memerhatikan pokok-pokok kayu bakau yang tumbuh dengan suburnya. Pokok-pokok kayu bakau yang ada ni bukan baru berusia setahun dua tau.. Ada diantaranya yang dah berusia puluhan tahun. Bahkan ada yang melebihi umur kak Ti.. (Ehh lupa pulak.. memanglah ada yang lebih dari umur kak Ti.. Kak Ti kan baru sweet 17.. ahakksss)..

Hutan paya bakau kat sini jugak turut menjadi habitat binatang seperti kelawar, ular, biawak, monyet dan lain-lain.. Pokok nipah pun ada tau.. Sedapnya buah nipah.. kalau campur dalam ABC mesti lagi sedap kan.. Ehh.. Dengar filem Munafik 2 pun buat shooting kat sini tau.. Nanti kalau korang tengok ada scene kat paya bakau.. hah! itu shoot kat sinilah…Lebih kurang sejam menyusur sungai kami akhirnya kembali semula ke jeti.. Kami perlu bergegas balik ke hotel untuk acara melepaskan anak penyu pulak.. Wahh Excitednya.. Tapi sebelum balik tu sempatlah kami ber ‘group’ foto dengan En Hafiz. Biasalah tu kan. Kemana-mana kalau tak bergambar sakan memang tak sah..

Macam biasalah.. Selagi ada peluang.. kita posing dulu!

Ini sebelum ke selepas ek? Hmmm..

Pekancong luar negara yang baru sampai dari lawatan 

Bot-bot yang akan membawa pelawat untuk jalan-jalan tengok kelip-kelip dan tengok paya bakau

Suasana yang sangat menenangkan tapi dalam masa yang sama mengundang kegelisahan dalam jiwa..

Pokok-pokok bakau 

Tengoklah akar-akarnya tu.. 
Kan dah kata.. Pantang nampak kamera..

Kalau dah namanya blogger.. 

Apalah agaknya yang mengujakan Bam Hoque tu..

Seiring dan sejalan..

Mysteriously interesting..
Jeti lama

Jeti baru.. 

En Hafiz memberikan info-info tambahan 

Kami dari Keab Blogger Ben Ashaari…. Sebahagian dari keluarga besar KBBA9

MELEPASKAN ANAK PENYU KE LAUT

Sampai je kat hotel kami semua bergegas turun dari bas terus hala ke pantai. Sebelum tu En Meor dah pesan kat kami semua untuk call pasangan masing-masing mintak get ready kat pantai kalau nak join melepaskan baby penyu kat pantai. Masa kak Ti sampai kat pantai, Tn SOSAB dan anak-anak semua dah ada kat pantai. Masing-masing teruja nak lepaskan anak penyu. Sebelum ni dapat tengok je tak pernah pegang, kali ni untuk pertama kalinya kami akan merasai pengalaman memegang dan melepaskan anak penyu.

Untuk acara melepaskan anak penyu ni kami diberikan seorang seeekor anak angkat untuk dilepaskan ke laut bebas. Masih terbayang-bayang lagi kat mata kak Ti ni betapa meriahnya suasana waktu tu dan betapa terujanya masing-masing bila dapat pegang baby penyu tu. Oh ya, nak pegang baby penyu ni pun kena ada cara tau.. tak boleh main pegang macam tu je. Ialah, depa kan baby lagi, jadi setiap anggota badan depa tu lembut lagi. Silap pegang nanti, tak pasal-pasal meninggal sebelum sempat merasakan erti sebuah kebebasan dan peritnya perjuangan untuk mengekalkan kebebasan itu. Perasaan seronok, sedih dan bangga bercampur aduk masa lepaskan baby-baby penyu ni ke laut.

Mengikut maklumat yang diberi, Potensi untuk baby-baby penyu ini untuk survive adalah sangat tipis. Faktor keadaan sekeliling dan juga menjadi mangsa kepada hidupan laut lain juga adalah antara cabaran yang harus dilalui  untuk bertahan hidup.. Tapi uniknya.. Sekiranya berjaya hidup hingga dewasa, penyu-penyu betina yang dilepaskan kat pantai Legend Cherating ni akan balik semula ke sini untuk bertelur selepas 15 hingga ke 20 tahun. Pergilah wahai baby-baby penyu semua.. Nikmatilah kebebasan yang kalian terima ini walau mungkin ada diantara kalian yang akan menikmatinya seketika cuma.. Tak mengapalah.. sekurang-kurangnya kalian telah merasakan nikmat kebebasan itu.. huhuu…

“To my dear Lucy.. I pray for your safety and survival and hopefully you can make it and we’ll meet again in another 15 or 20 years..” 


Macam yang kita semua tau, penyu adalah antara spesis yang dilindungi dan bukan mudah nak dapat peluang untuk bermesra dengan anak penyu ni. Tapi dengan inisiatif dari pihak Legend Cherating, korang berpeluang untuk buat aktiviti ni. Bayaran berjumlah RM20 dikenakan bagi setiap anak penyu dan bayaran ini akan disumbangkan pada Santuari Penyu


Sesi pemilihan anak angkat masing-masing

Lihatlah lautan luas itu.. Di sanalah dunia barumu..

Cara pegang yang betul.. Kena pegang dengan lembut..



PIRATE THEME BBQ


Setelah penat seharian dengan bermacam-macam aktiviti, akhirnya kami semua balik ke bilik-masing-masing untuk berehat sekejap. Membersihkan diri dan melaksanakan kewajipan pada yang Esa sebelum ke pantai semula untuk menikmati BBQ. BBQ kami malam tu bertemakan ‘Pirate’.. Asal sebut pirate je terus teringat kapten Jack Sparrow.. Dengan unggun apinya, dengan varieties makanan yang disajikan.. Kami memang rasa dimanjakan sangat. Aduh! sedapnya menikmati BBQ bertemankan bunyi ombak yang manja menyapa pantai dan hembusan angin yang mampu mendinginkan hati yang panas.. Kami semua memang puas hati sangat dengan apa yang disediakan oleh pihak Legend Cherating. Dengan selesainya BBQ malam tu maka tamatlah aktiviti kami untuk hari kedua..

The beautiful setting for the BBQ 

Sebahagian menu yang disediakan 

Yummy!
Nak berat ada, ringan pun ada

The Dessert 

The healthy menu
Our table

Bestnya unggun api

Amboi-amboi romatiknya…

Walau pun badan rasa kepenatan namun hati tetap berlagu riang.. Selesai semuanya, kami pun balik ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan dan bersedia untuk satu lagi aktiviti terakhir esoknya..  Kalau nak tau apa aktiviti kami pada hari ke tiga.. Tunggu entry seterusnya ya.. Yang pastinya.. Dalam banyak-banyak aktiviti yang kami buat inilah yang mencabar buat kami semua… Tunggu tau…

Facebook Comments

One thought on “SEGARNYA SEAFOOD DI PASAR KEMAMAN, MENGENAL SANG PENYU DI SANTUARI PENYU, HUTAN PAYA BAKAU YANG MENGASYIKKAN, BIARKAN DAKU BEBAS DI LAUT LUAS & ENAKNYA BBQ ALA SANG LANUN DI TEPI PANTAI- FAMILY DAY #KBBA9 PART FOUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *