INDAHNYA SUNRISE , MERIAHNYA TELEMATCH, SERONOKNYA BERSCUBA BERSAMA MUCK DIVE SCUBA & ENAKNYA KEROPOK LEKOR CAP INTAN – FAMILY DAY #KBBA9 PART THREE

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

PART THREE – DAY TWO 19/8/17

Dah masuk minggu ke dua sejak kak Ti dan rakan-rakan blogger dari KBBA9 balik dari family day kami di Legend Cherating Beach Resort. Namun, seakan baru semalam segalanya berlaku. Kak Ti yakin, bukan kak Ti je yang berperasaan macam ni, tapi pasti rasa ini juga yang dirasai oleh rakan-rakan lain yang bersama-sama dalam family day kali ni. Dengan kata lain.. Kami semua tak dapat nak move on lagi.. Huhuhuhu….

Sebelum kak Ti start share aktiviti hari kedua, ni kak Ti nak tanya, korang dah baca ke apa yang jadi masa hari pertama.. Kalau belum.. meh jemput baca dulu PART ONE dengan PART TWO ni barulah best. Ialah, macam kalau tengok movie yang ber sequel tu, kan tak seronok kalau terus tengok yang kedua atau ketiga tanpa tengok yang pertama dulu. Mesti macam blur-blur sebab tak tau jalan cerita dia macam mana.. hehehe… Ok lah.. meh tengok apa aktiviti yang kami lakukan untuk hari kedua pulak. Kalau ikutkan Kak Ti kang.. Lagi panjang bebelannya.. Almaklumlah “Guru Besar” bak kata Bam Hoque, abam blogger dari Blog Explorasa, Pantang dapat peluang bercakap.. Payah bebeno nak berentinya.. hahaha..

SUNRISE WATCH


Hari kedua kami semua bermula dengan penuh semangat. Seawal pagi kami semua berkumpul kat pantai untuk menyaksikan dan menikmati keagungan Allah iaitu “Sunrise” atau matahari terbit.. Subhanallah indahnya pemandangan yang disajikan depan mata. Kami memang tak lepas peluang untuk merakamkan pemadangan ni. Macam-macam gaya. Dah nama pun blogger kan.. Selesai menikmati pancaran mentari pagi, kami semua balik ke bilik-bilik masing-masing untuk bersiap-siap bersarapan kat Coffee House.

Subhanallah.. Indahnya pemandangan saat mentari masih malu-malu menampakkan wajahnya…

Alahai my darling SAZSO no 4 ni.. Pantang nampak pasir.. Huntunglah ada abang-abang yang sanggup melayan..

SARAPAN DI COFFE HOUSE 


Menu sarapan  yang disediakan oleh pihak Legend Cherating Beach Resort memang tak dinafikan antara menu sarapan yang sedap yang kak Ti pernah rasa sepanjang stay kat mana mana hotel. Kami memang rasa dimanjakan sangat sepanjang stay kat Legend ni. Selesai menikmati sarapan, seterusnya aktiviti kedua kami untuk hari tu iaitu telematch aka sukaneka yang akan melibatkan blogger dan juga family members pun dijalankan.. Yeayy!!

Kuih muih traditional tetap tak dilupakan

Biscuits & Cupcakes

Pastries

Pan cake with brosn sugar & honey, Breads & Cereals

Bagi yang nak bersarapan ‘heavy”
My Breakfast (Hmmm… itu je ke??)
Sandwich our way

Pao kacang merah tak kedekut

The boys favorite

 TELEMATCH @ SUKANEKA


Acara sukaneka diadakan kat tepi pantai dan pastinya menjadi antara acara yang ditunggu-tunggu sebab bukan blogger je yang terlibat, anak-anak dan pasangan pun join sekali. Walaupun cuaca panas terik, namun masing-masing tetap teruja. Sebelum acara dimulakan kami semua diminta berkumpul dalam satu dewan terbuka di tepi pantai tersebut untuk mendengar taklimat dari salah seorang pegawai En Meor. Acara bermula dengan pertandingan untuk kanak-kanak dulu. Sebanyak 3 acara yang dipertandingkan pagi tu iaitu acara pecahkan belon, acara berlari mengundur sambil menarik bola dengan gelung dan mengisi air ke dalam botol menggunakan sponge.

Walaupun pertandingan yang diadakan hanya bertujuan untuk suka-suka je.. Tapi dalam masa yang sama, anak-anak sebenarnya sedang dididik tentang semangat berpasukan dan semangat kesukanan. Mereka didik bahawa menjadi adat dalam sesuatu pertandingan pasti akan ada yang menang dan sudah semestinya akan ada yang kalah namun perjuangan harus diteruskan hingga ke garisan penamat. Yang paling best, para parents yang sakan beria memberi semangat pada anak-anak yang bertanding. Makin bersemangat anak-anak bila tengok kami pun semangat menyorak mereka.

Sesi briefing.. Aik macam tak fokus je semua ni.. Yang kecik baju biru tu pun beria nak main.. 

Sebab si kecik ni beria nak main.. Terpaksalah mama pun beratur jugak.. 
Semua tekun dengar penerangan.. Dah tak sabar nak main la tu…

Macam-macam taktik.. Takpelah dik. Yang penting matlamat tercapai.. 

Boleh ke tiup tu yang.. 

Tarik dik.. tarik!

Gigih mengisi air dalam botol guna sponge…

Team sorak..Yeayy!!

Selesai acara untuk kanak-kanak, tiba pula giliran kami dan pasangan pula yang bersukaneka. Kak Ti ingatkan masa sukaneka anak-anak tadi dah cukup havoc… Rupa-rupanya acara untuk dewasa ni lagi havoc. Bukan setakat acara atas pasir je yang dipertandingkan sebenarnya.. tapi yang lebih dahsyat perang psychology antara peserta. Rasa macam nak pecah perut gelak bila tengok aksi masing-masing. Acara pertama kami pagi tu, lari dalam guni dan inilah first time kak Ti masuk acara dalam guni ni. Cuba korang bayangkan dengan size badan kami yang pelbagai dan ada yang bersaiz comel berlari dalam guni. Yang paling epik masa acara lari dalam guni ni dah tentulah kakDy dari BLOG DIANADY. Puas teammate kakDy dok sorak mintak kakDy laju sikit, tapi kakDy maintain jugak bercatwalk. Aduhhh! Bagai nak pecah perut kami gelak.

Acara kedua kami pula sama dengan anak-anak, menarik bola dalam gelung sambil mengundur. Masa anak-anak dok buat tadi, nampak macam mudah sangat. Tapi bila dah buat sendiri, hah.. baru tau rupanya yang nampak mudah tu tak semestinya mudah.. Acara ketiga pula, acara melangkah megikut ketua.. (Dadu dibaling dan angka pada dadu akan menetukan berapa langkah yang akan diambil). Acara terakhir untuk sukaneka dewasa adalah boling kelapa dan botol. Ramai yang tak berjaya mencapai sasaran dalam acara ni termasuklah kak Ti, hahaha… Akhirnya, kumpulan kak Ti, Charlie telah dinobatkan sebagai juara untuk sukaneka dewasa pagi tu.. Yeayy!! Sebagaimana adat dalam setiap pertandingan menang dan kalah itu lumrah.. Namun yang lebih penting dari itu adalah semangat kebersamaan dan kerjasama antara kami.

Sabar-sabar.. Dengar dulu penerangan dari Marshal…
Tengah ukur kelebaran ke bang… 
Macam-macam aksi dan gaya…

Hah! Tadi nampak macam senang kan….

Pegang kuat-kuat.. Jangan sampai terlepas ya…

Hamboii! Besarnya langkah… 

Sabar menunggu giliran untuk melangkah.. 

Permainan yang telah berjaya membuat ramai peserta kecundang…..

BELAJAR SCUBA DIVING DENGAN MUCK DIVE SCUBA KUANTAN


Selesai acara sukaneka, kami berehat sekejap sementara nak tunggu program seterusnya pula. Bila dapat tau aktiviti ni pun ada dalam senarai aktiviti yang akan dijalankan, kak Ti memang teruja sangat. Aktiviti yang kak Ti maksudkan adalah belajar tentang asas-asas scuba diving dengan En Hazrine dari Muck Dive Scuba, Kuantan. Kami telah diperkenalkan dengan alat-alat untuk scuba diving dan juga diterangkan tetang kegunaan setiap alat. Bukan itu je, En Hazrine juga telah berkongsi tentang peratura-peraturan yang perlu dipatuhi, aspek-aspek keselamatan semasa scuba diving dan lain-lain yang berkaitan dengan scuba diving. Memang menarik sangat dan telah berjaya menghidupkan keinginan kak Ti untuk belajar scuba diving satu hari nanti.

Yang lebih menariknya lagi, selesai sesi penerangan, kami telah dipelawa untuk mencuba sendiri dan memparaktikkan apa yang telah diterangkan oleh beliau tadi. Tapi korang janganlah imagine kami pegi ke laut untuk mencuba aktiviti scuba diving ni, buat kat kolam renang je. Semasa sesi praktikal ni, kita akan didedahkan tentang cara bernafas yang betul melalui alat pernafasan yang digunakan semasa scuba diving dan juga apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pandangan kabur semasa menggunakan alat dive mask. Antara yang bertuah dapat mencuba aktiviti ni blogger Faizal Fredley, alaa abam  BLOGGER TRAVELER YANG FAMOUS tu dan juga abam sayang kepada blogger Yanie..

Bila kita tengok kat tv, macam senang je nak pakai alat-alat tu semua pastu macam best je diorang dok berenang-renang bersama hidupan laut kan? Tapi hakikatnya, tak mudah ya. Ini diakui sendiri oleh abam-abam sado yang mencuba aktiviti ni. Perlukan kemahiran dan asas yang betul kalau nak berscuba diving ni. Panik.. ini adalah antara yang perlu dikuasai semasa menjalankan aktiviti secuba diving. Ramai yang mengalami kejadian yang tak diingini kerana masalah panik ni. So.. Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal scuba diving ni korang boleh contact Muck Dive Scuba Kuantan, Pahang. Lepas dah belajar, korang berpeluang untuk bercanda ria bersama hidupan laut kat perkampungan Nemo. Mesti seronok tengok hidupan laut depan mata kan. Untuk info lanjut korang boleh contact:

0132861620 (Zuriana)
Instagram : https://www.instagram.com/hazrineshark/
Fb Page : https://www.facebook.com/muckdive/

Briefing dari En Hazrine dari Muck Dive Scuba, Cherating

Big boss KBBA9 bersama En Meor dan Pn Zuriana 

Di mana ada peluang.. Kami pasti mengabadikan kenangan..

 

All geared up.. Sedia untuk terjun.. Ehh.. Yang belakang tu dah kenapa…

Inilah dua orang hero yang mewakili KBBA untuk melakukan selaman… 

All is OK…

Berlatih kat kolam dulu.. lepas tu boleh pegi laut pulak..
Selesai aktiviti scuba diving, kami semua bersiap sedia pulak untuk ke Terengganu untuk aktiviti seterusnya. Bukan jauh mana pun dari Legend Cherating tu, kami ke Kemaman je. Dekat sangat dengan Cherating ni, tak sampai setengah jam perjalanan pun. Suatu waktu dulu masa Tn SOSAB selalu outstation ke Kerteh, Terengganu, Kemaman ni pasti akan jadi persinggahan wajib kami. Tak kiralah masa pergi atau masa balik. Keropok lekor dan satar kat Kemaman ni bagi kami memang yang terbaik. Kali ni kak Ti berpeluang datang dengan rakan-rakan blogger pulak. Naik bas pulak tu. Keterujaannya tu mengalahkan budak-budak. Untuk lawatan ke Kemaman ni anak-anak dan pasangan pun join sekali. Lagilah tambah meriah. 
KEROPOK CAP INTAN

Destinasi pertama kami, tempat pemprosesan keropok lekor. Keropok Cap Intan menjadi lokasi yang telah dipilih untuk lawatan ini. Kalau sebelum ni ramai yang hanya tau keropok lekor yang dah siap rebus dan kering, kali ni kami berpeluang melihat sendiri proses membentuk dan merebus keropok lekor. Selain itu kami juga di berikan penerangan tentang jenis-jenis ikan dan tepung yang digunakan dalam proses pembuatan keropok lekor. Keropok lekor yang sedap adalah keropok lekor yang nisbah ikan adalah melebihi nisbah tepung. Selain itu jenis-jenis ikan juga akan memainkan peranan pada rasa keropok lekor yang dihasilkan. 
Kami juga di’offer’ untuk mencuba membentuk sendiri keropok lekor. Kak Ti dan Dila dari saidila.com dengan penuh semangat meng’offer’ diri untuk mencuba. Masa tengok tu nampak macam senang sangat Puan tu buat. Dalam masa sekejapan dah siap berbatang-batang. Tapi bila kami mencuba sendiri, barulah kami tau, tak semudah yang kami nampak sebenarnya.. Hahahaha….Semasa berada kat sini kami juga telah dijamu dengan keropok lekor dan juga keropok keping yang dicicah dengan sos pencicah yang sedap beserta teh o panas. Ermmm sedapnya!! Memang sedap keropok Cap Intan ni, betul kak Ti tai tipu. Memang berasa ikannya tak macam sesetengah tempat yang lebih rasa tepungya berbanding ikan.

Makang kepok kita..
Betulla.. Kepok cap Intan ni memang sedap.. 

Percubaan mengambil alih jawatan pembuat kepok lekor oleh blogger Saidila…
Alaaa.. Tengok Puan tu buat tadi macam senang.. Kenapa bila buat sendiri jadi macam cacing pulak ni…
Yeayyy!! Berjaya membentuk kepok lekor…
Yang pasti.. Ini bukan hasil kerja kak Ti..

Sebelum kami ke lokasi seterusnya, ramai antara kami yang terus beli keropok samaada keropok lekor atau keropok keping. Tak kurang juga ada yang membeli kedua duanya untuk di bawa balik ke rumah masing-masing. Oh ya, kat sini mereka juga menjual yang dah difrozenkan tau. Jadi tak perlu risau basi bila di bawa balik.

Untuk lokasi seterusnya, kami menghala ke pasar Kuala Kemaman yang terletak tak jauh dari lokasi kerpok Cap Intan, kemudian kami ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. Selepas itu, sekali lagi kami Hafiz’s Cherating Activities untuk Mangrove Tour pula dan selepas itu  kami kembali ke hotel semula untuk acara melepaskan anak penyu ke laut. Sebagai penutup aktivit kami pada hari kedua tu kami berBBQ dengan tema “Pirate”. Untuk cerita lebih lanjut pasal aktiviti-aktiviti ni,  nantikan entry kak Ti seterusnya ek…
** Sebahagian gambar adalah courtesy of rakan-rakan blogger KBBA9.. 
Facebook Comments

6 thoughts on “INDAHNYA SUNRISE , MERIAHNYA TELEMATCH, SERONOKNYA BERSCUBA BERSAMA MUCK DIVE SCUBA & ENAKNYA KEROPOK LEKOR CAP INTAN – FAMILY DAY #KBBA9 PART THREE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *