RESEPI SPHAGETTI BOLOGNESE..JOM BUAT SOS BOLOGNESE SENDIRI

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Hari ni dah masuk bulan baru kan, 1 Zulkaedah. Maka dengan rasminya semalam berakhirlah bulan Syawal yang penuh dengan kemeriahan tu. Walaupun hari ni dah masuk bulan baru, tapi entry kak Ti ni sebenarnya entry “lempar belakang”. Kejadiannya masa minggu kedua Syawal hari tu. Hahaha.. Kak Ti punya opening macam suspen sangat je. Siap kejadiannya bagai.. Walhal sebenarnya kak Ti nak share resepi sphagetti bolognese yang selalu kak Ti guna je.

Al kesahnya, minggu kedua Syawal hari tu keluarga belah Tn SOSAB buat jamuan merangkap family gathering sempena Raya. Kalau family belah kak Ti bergathering kat pantai, family belah Tn SOSAB pulak biasanya kami bergathering kat rumah salah seorang mak cik Tn SOSAB. Family gathering ni ilham sepupu sepupu (anak-anak mak long Tn SOSAB) yang dari Singapore. Iyalah, diorang kan dok jauh, tambah kak Z yang dok jauh nun di Taiwan nu hah. Bila diorang datang beraya ke KL manalah cukup masa sehari kalau nak beraya ke rumah semua saudara mara yang ada. Jadi solution nya, buatlah gathering dengan tema pot luck raya. Seronok tau siap ada sesi cabutan bertuah lagi. Hadiahnya pulak ada macam-macam.

Ehh! kak Ti ni bila dah start bercerita memang payah nak berenti. Tadi kata nak share resepi Spaghetti Bolognese kan.. Kak Ti suka buat sos bolognese ni dalam kuantiti yang banyak sebab sos ni sesuai jugak digunakan sebagai sos pizza dan sos lasagna. Lagipun anak-anak kak Ti memang penggemar tegar sphagetti bolognese especially si SAZSO no 3 tu. Dia boleh makan sphagetti bolognese ni dari sarapan sampailah ke makan malam. Oklah.. tanpa membuang masa.. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya yang kak Ti buat dari scratch tanpa gunakan sos segera.

Credit picture to Vconnect

SPAGHETTI BOLOGNESE

Tukang olah resepi: Kak Ti

BAHAN-BAHAN SOS BOLOGNESE


1 1/2 Kg tomato yang dah masak ranum

1 Tin besar tomato puree
Sedikit sos tomato & sos cili (masakan Itali yang diMelayukan.. hehehe)
1 Paket daging cincang (cuci dan toskan)
1 Paket franfurter (paket yang 10 batang, potong dadu)
1 Biji bawang Bombay (bawang besar yang warna kuning tu, potong dadu)
4 ulas bawang putih (crush kemudian cincang)
1 @ 2 sudu makan dried Oregano & Parsley
Garam, gula, secukup rasa Meggie (sesedap rasa)
Minyak Zaitun untuk menumis
1Paket spaghetti

Tomato yang dah dipotong kecil kecil

Daging cincang, frankfurter, bawang bombay & bawang putih

CARA MEMASAK


Potong tomato kecil-kecil dan kemudian blender sampai hancur. Kalau suka ada ketulan-ketulan tomato, tak perlulah blender sampai halus sangat.

Masukkan tomato yang dah diblender tadi ke dalam kuali dan masak sampai mendidih dan warna bertukar agak jernih.

Masukkan 1 tin tomato puree dan masak lagi untuk seketika, perlahankan api.

Dalam satu kuali lain, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan frankfurter yang dah dipotong dadu tadi dan tumiskan sampai agak garing. Kemudian masukkan daging cincang dan tumis lagi hingga agak kering.

Campurkan bahan-bahan yang dah ditumis tadi ke dalam campuran tomato dan tomato puree.

Perasakan dengan bahan-bahan perasa(garam, gula, secukup rasa Meggie  termasuklah sos tomato dan sos cili) mengikut citarasa masing-masing.

Akhir sekali, masukkan dried oregano dan dried parsley untuk mendapatkan rasa Italiano pada bolognese tersebut. Biarkan mendidih untuk seketika. DAH SIAP!!

Tomato yang dah diblender

Tomato puree dicampurkan ke dalam tomato yang dah masak
Campuran tomato dan tomato puree

Sos Bolognese

CARA MEMASAK SPAGHETTI


Panaskan air yang dicampur garam dalam periuk dan biarkan mendidih. Bila dah mendidih, masukkan sphagetti dan rebus hingga lembut. Bila dah masak, toskan airnya, tuangkan minyak zaitun pada spaghetti tu dan gaul rata.

**Masak spaghetti ni ada beberapa versi. Ada yang masukkan minyak dalam air rebusan, ada jugak yang letakkan minyak lepas dah masak macam yang kak Ti buat dan ada yang tak letak minyak langsung (versi sehat la ni).

Mak-mak dare berposing di tangga

Sesi meng”sortkan hadiah cabutan bertuah

Sambutan birthday untuk July babies

Momen-momen akhir sebelum bersurai

Facebook Comments

11 thoughts on “RESEPI SPHAGETTI BOLOGNESE..JOM BUAT SOS BOLOGNESE SENDIRI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *