RESEPI NASI TOMATO MUDAH DAN SEDAP .. RESEPI YANG SENTIASA JADI PILIHAN

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ya Allah dah masuk 13 Syawal. Cepatnya masa berjalan. Since last update kak Ti 23hb June hari tu.. Ini bermakna dah masuk 10 hari kak Ti tak update blog.. Haishh kak Ti ni.. takkanlah penyakit ‘M’ tu menyerang lagi kot.. InsyaAllah dak aih.. Rasanya bukan penyakit ‘M’ tapi lebih kepada faktor keadaan dan kesesuaian masa.

 Anyway.. Alhmadulillah akhirnya hari ni berjaya  jugak gighkan diri untuk update blog. Ok.. Untuk entry kali ni kak Ti nak share satu resepi nasi tomato yang memang sedap sangat dan dah banyak kali kak Ti buat. Alhamdulillah memang tak pernah  mengecewakan. Semua yang merasa InsyaAllah pasti akan bertambah tambah. Resepi ni kak Ti dapat dari blog kak Ummi Zaihadi kat sini. Blog Home Sweet Home kak Ummi ni memang antara blog favourite kak Ti untuk cari resepi selain dari beberapa blog lain.

Kak Ti buat nasi tomato ni masa sesi Iftar bersama family sebelah Tn. SOSAB ku sayang hari tu. Kak Ti gandingkan nasi tomato marvelous ni dengan ayam masak merah tomato yang jugak dari blog kak Ummi. Selain dari tu, kak Ti hidangkan jugak acar mentah dengan papedom sebagai pelengkap nasi tomato ni. Sebenarnya kak Ti dah pernah sharekan resepi nasi tomato ni tapi takpelah.. kak Ti share je lah lagi sekali kan.. InsyaAllah kali ni info lebih lengkap.. hehehe..Bahan-bahan kat bawah ni kak Ti panggil 1 resepi. Untuk Iftar hari tu kak Ti masak 3 resepi jadi semua bahan yang terlibat tu kak Ti gandakan 3.

NASI TOMATO HOME SWEET HOME
Tukang try resepi: Kak Ti 
BAHAN-BAHAN

3 1/2 cawan beras basmathi Moghul Faiza – basuh dan rendam 15 minit. Toskan. (Kak Ti tak gunakan beras Basmathi biasa je bukan Moghul Faiza
4 1/2 cawan air (Kak Ti sukat guna jari tapi guna lebih kurang 4/12 cawan air jugak)
*Pastikan cawan yang digunakan untuk sukat beras dan air adalah cawan yang sama
1 cawan susu sejat Ideal 
2 biji tomato – didadu kecil
4 sudu besar pes tomato
2 helai daun pandan – disimpul (Kak Ti tak simpu tapi gunting daun pandan tu jadi 3 bahagian)
1 sudu besar garam / secukup rasa
Sedikit serbuk secukup rasa Meggie
1 cawan kismis 
1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang 
bawang goreng secukupnya (Kak Ti letak bawang merah + bawang putih goreng..lebihan masa buat soto…)



BAHAN  TUMIS
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah – dimayang nipis
4 sudu besar minyak sapi

Bahan-bahan tumis

CARA-CARA
1.      Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
2.      Masukkan tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
3.      Masukkan beras basmathi dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
4.      Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
5.   Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. (Sebab kali ni masak dalam kuantiti yang agak banyak, kak Ti tak guna rice cooker. Masak terus atas dapur gas)
6.  Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, ratakan secara  perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. 
*Petua supaya nasi yang dimasak dengan beras basmathi nampak elok dan tak pecah : Gunakan chopstick yang panjang untuk ratakan nasi yang dimasak, jangan gunakan senduk sebab nanti nasi akan patah & jadi tak cantik

Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato, acar dan papedom.

Hah! Sekarang kan tengah sesi open house. Bagi sesiapa yang ada perancangan nak buat open house, bolehlah cuba resepi yang kak Ti sharekan ni. Cara penyediannya mudah dan tak renyah. InsyaAllah tetamu uolls mesti puas hati. Cuba Tau. Next entry kak Ti share cara buat ayam masak merah tomato pulak dengan acar pulak.

Facebook Comments

9 thoughts on “RESEPI NASI TOMATO MUDAH DAN SEDAP .. RESEPI YANG SENTIASA JADI PILIHAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *