PERSIAPAN HARI RAYA … YEAYY!! DAH SELESAI SEMUANYA

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ya Allah! Cepatnya masa berlalu..Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Sedih dan gembira bersatu dalam jiwa sekarang ni. Sedih sebab tak puas lagi rasanya menikmati manisnya Ramadhan yang entahkan sempat entahkan tidak berjumpa lagi. Gembira sebab tinggal beberapa hari je lagi kita bakal menyambut hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Kemenangan dalam peperangan yang bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi lebih besar dari tu.. Peperangan melawan nafsu.

Macam mana persediaan raya uolls. Baju baru dah beli? Beli untuk siapa? Takkan untuk diri sendiri je kot. Mak, ayah, adik-adik yang belum bekerja? Kalau yang dah beli untuk ahli keluarga jugak, tahniah Kak Ti ucapkan. Untuk yang masih belum mampu belanja keluarga seratus peratus.. takpe, jangan sedih.. Hulurlah berapa yang mampu terutamanya pada mak dan ayah. InsyaAllah ada keberkatan rezeki kat situ.

Cerita pasal persiapan raya ni, kak Ti tau mesti ada yang macam kak Ti. Buat persiapan last minute. Baju-baju raya kak Ti, Tn. SOSAB, 4 SAZSO dan tok nenek diorang pun baru selesai semalam. Untungnya bila anak-anak semua hero ni, tak banyak kerenah sekejap je dah selesai semua. Tema tahun ni anak-anak pilih hijau turquoise dan diorang request tahun ni nak beraya dengan kurta yang dipadankan dengan seluar jeans. Apa-apa je lah anak.. asalkan korang gembira. Bermula dari Selasa malam kat Jalan TAR pastu sambung pulak esoknya sehari suntuk  kat SOGO. Alhamdulillah selesai semuanya.

Oh ya! Untuk sesiapa yang belum beli baju anak-anak, Kak Ti sarankan pegilah ke SOGO. Secara keseluruhannya, kak Ti rasa tahun ni harga kat SOGO tu sangat berpatutan. Samaada bahagian wanita, lelaki mahupun kanak-kanak, harga memang sangat mengujakan. Seronok memilih sebab banyak pilihan dengan harga yang sangat berpatutan.

Untuk yang mencari kurta atau jubah dan yang sewaktu dengannya, selain dari Jalan TAR yang memang dah terkenal tu, apakata cuba jenguk-jenguk jugak booth-booth / kemah-kemah yang luar Jalan TAR tu. Harga yang ditawarkan ada yang lebih murah berbanding dengan yang kat Jalan TAR dan yang paling bestnya, harga tu masih boleh di tawar lagi. Kalau beli sekali berhelai-helai macam kak Ti ni, InsyaAllah memang banyak jugak dia potong dari harga asal. Tapi janganlah sampai tawar dengan harga yang tak masuk akal tau. Kesian kat peniaga tu.

Ok lah.. pada sesiapa yang belum ‘shopping’ raya.. Jangan risau.. masih sempat lagi ni.. Kalau yang beraya kat KL. datanglah malam raya, harga memang berbaloi-baloi. Tapi jangan dek kerana seronok sangat ber’shopping’ sampai ke pagi, solat raya terkorban ya.

Selamat menikmati hari-hari terakhir Ramdhan. Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.

Facebook Comments

9 thoughts on “PERSIAPAN HARI RAYA … YEAYY!! DAH SELESAI SEMUANYA

  • June 22, 2017 at 7:43 am
    Permalink

    time pose ni tak jejak ke sogo lagi, banyk beli kat sunway..lps tu beli sikit2..
    selamat hari raya k.ti, semoga selamat smpi ke kampong

    Reply
    • June 23, 2017 at 4:18 am
      Permalink

      Kak Ti pun hari Rabu tu baru jejak sogo. Tapi kak ti memang suka beli baju anak2 kat sogo.. senanng boleh setel sekali jalan. Selamat hari raya zie..Semoga zie pun selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta..

      Reply
  • June 22, 2017 at 8:20 am
    Permalink

    wahhh, meriah betul, hero2 ni semua mesti la senang nak uruskan,

    tahun ni xberkesempatan nak pergi SOGO, selalu pergi, sebab pejabat arwah husband sebelah tu je…skrg dah xde dah

    Reply
    • June 23, 2017 at 4:21 am
      Permalink

      Alhamdulillah.. Bila time2 macam ni lah rasa kesyukuran sebab Allah bagi kak Ti semua hero meningkat berganda-ganda…. hahaha..

      Sabar ya IQ.. InsyaAllah husband IQ dah bahagia kat sana dan Kak Ti yakin dia mesti bangga dengan kekuatan dan ketabahan yg IQ miliki ni..

      Reply
  • July 5, 2017 at 12:17 am
    Permalink

    Bestnya akak shopping raya…untuk anak2 sekeluarga apa salahnya kan gembirakan mereka.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *