RESEPI BISKUT RAYA 2017…. BISKUT DONAT

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Hari ke 19 Ramadhan.. Maknanya malam ni dah start countdown 10 malam terakhir Ramadhan.. Sedihnya.. Tak lama lagi dah nak berpisah lagi dengan Ramadhan. Ya Allah.. semoga kami sempat sampai ke peghujung Ramadhan ini dan berpeluang bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.. Aaamiinn..

Huishh.. Lamanya kak Ti tak update blog..(ellehh.. poyo je statement kan.. padahal sebelum tu sampai nak dekat setaun tak update blog.. hahaha). Biasalah bila dah balik kampung..kumpul dengan mak pak n adik.. Penyakit M tu mulalah menyerang.. Tambah pulak kat rumah parents kak Ti tak ada wifi.. Lagilah bertambah besar penyakit M tu. Padahal boleh je kalau nak update pakai phone. Tapi saje jer kan.. Membesarkan penyakit M.

Dah hujung-hujung Ramadhan ni mesti dah ramai yang sibuk dengan pembikinan biskut-biskut raya kan.. Hah.. meh kak Ti tambah lagi biskut raya yang uolls boleh buat untuk tambah koleksi biskut raya uolls. Biskut ni bila dah siap tu comel je.. Bila dah rasa sebiji mesti tangan akan merayap untuk rasa sbiji lagi. Sebiji demi sebiji tak terasa setengan balang habis.. hahaha.. Bak kata hero kak Ti yang nombor 4 tu.. “I’ts delicious mama, I like it”..


Kak Ti terjumpa resepi ni kat blog kak Ita masam manis lama dah. Dah beberapa kali raya jugak Kak Ti buat biskut ni. Bahan-bahannya mudah dan cara buatnya pun ringkas. Pada sesiapa yang nak mencuba buat biskut ni, kak Ti sharekan resepinya kat bawah ni..

BISKUT DONAT
Resipi: Cheff Zubaidah
Sumber: Kak Ita Masam manis
Sumber asal: Citarasawan

Bahan A 

  • 150 gm mentega 
  • 30 gm shortening 
  • 100 gm gula caster 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1/2 sudu teh emplex (Kak Ti tak letak)

Bahan B 

  • 200 gm tepung gandum 
  • 60 gm tepung jagung 
  • 30 gm nestum ~ dikisar
  • 3 sudu besar susu tepung (Kalau dah sesak susu tepung anak pun boleh.. hahaha)

Hiasan

  • Coklat masakan putih (Kak Ti guna coklat masakan biasa)
  • Manik berwarna warni (chocolate rice/colorful rice)

Cara-cara:

  • Satukan bahan A dan pukul hingga sebati 
  • Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh 
  • Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut (kak Ti guna acuan donut paling kecik)
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna 
  • Setelah masak susun atas redai hingga sejuk 
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler 
  • Celupkan sebelah permukan biskut Taburkan chocolate rice atau colorful rice 
  • Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .

Facebook Comments

2 thoughts on “RESEPI BISKUT RAYA 2017…. BISKUT DONAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *