SUKA MEMBACA….TABIAT YANG BOLEH MEMBAWA MUDARAT

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Salam 13 Ramadhan.. Wahh!! Tajuk entry kali ni sesuatu sangat. Mesti ada yang akan mula berkerut dahi bila baca tajuk tu kan.. Iyalah, mana taknya.. Selama ni semua menggalakkan tabiat membaca. Dari yang kecik sampailah ke yang besar semua digalakkan membaca. Tiba-tiba Kak Ti keluar tajuk macam ni… hmmmm..

Ok.. ok.. meh kat Ti nak cerita kenapa kak Ti cakap suka membaca ni boleh bawa mudarat. Al-kesahnya.. Kak Ti memang suka sangat membaca. Rasanya semua family & kawan-kawan rapat Kak Ti semua tau pasal hobi membaca kak Ti ni. Sampaikan dulu-dulu, bila orang tanya adik kak Ti kakak mana.. Dia jawab tengah makan buku.. hahaha.. sadis betul jawapan adik kak Ti ni. Kak Ti punya tahap suka membaca tu.. sampaikan kalau buku tu memang betul-betul menarik jalan ceritanya.. sanggup tak tidur selagi tak habis baca. Ada tak uolls yang macam ni?

Tapi.. itulah hakikatnya. Kak Ti bila dah start mengadap buku (read novel) memang fokus dia lain macam. Hilang sekejap dari alam nyata masuk ke alam novel tu. Hah.. Dahsyat kan.. Siapa yang “book worm” pasti akan mengalami macam tu. Masa mula-mula kahwin dulu, Tn SOSAB cukup menyampah bila kak Ti dah start membaca. Bak kata dia.. Bercakap dengan kak Ti masa tu, umpama bercakap sorang-sorang.

Al kisah pada suatu ketika.. Kalau tak silap masa tu early 2003. We were at KLIA nak hantar my MIL dengan two of my FIL nak mengerjakan umrah masa tu. Other than our family, ada jugak besan my MIL mengantar sekali masa tu. While waiting for them to check in..masing-masing pun bersembang. Kak Ti masa tu tengah khusyuk baca satu novel tu..(Can’t remember exactly what I was reading at that time).. Memang tengah khusyuk sangat menjiwai jalan cerita sampaikan ekspresi muka kak Ti pun berubah mengikut jalan cerita (That’s what TnSOSAB informed me later on)..

Nak dijadikan cerita, masa tengah bersembang tu, besan my MIL rupanya tanya Kak Ti something. Tapi kak Ti tak jawab.. dah lah muka tengah ketat masa tu..The best part is.. Kak Ti tak sedar langsung aunty tu tanya kak Ti. Dah balik dari airport tu baru adik beradik kecoh kata kak Ti marah kat aunty tu sampai tak jawab bila di tanya. Pastu siap buat muka..  I was like.. what???????? Bila masa aunty tu tanya.. tanya apa? Kak Ti pun tanyalah kat Tn SOSAB what’s going on? Kenapa diorang cakap kak Ti macam tu? Bila Tn SOSAB explain kat kak Ti.. Ya Allah.. memang rasa bersalah sangat.. Mesti aunty tu malu bila dia tegur kak Ti tapi kak Ti buat tak tau.

To rectify my mistake.. Kak Ti terus call my biras and explain to her what really happened. Kak Ti mintak dia tolong explainkan kat mother dia. huhuhu. But I guess the damaged has been done. Perasaan orang kot. Kak Ti Kak Ti. Tapi hikmahnya dari kejadian tu, dari sejak peristiwa tu.. No matter how ineteresting the book I was reading… I’ll put it aside and pay attention to what’s going on around me especially  if I am in the accompany of others.

Kesimpulannya.. bukan tabiat membaca tu sebenarnya yang memudaratkan.. Tapi macam mana cara kita handle tabiat kita tu yang paling penting. Kalau terlampau ikutkan hati.. memanglah akan memudaratkan.. Tapi kalau pandai kawal sudah semestinya banyak manfaat yang kita boleh dapat.

Antara koleksi novel kak Ti yang ada kat ofis kak Ti . Ada satu tu buku tu belongs to my kazen yang asek lupa je nak pulang (Sorry adik Tia.. asik lupa nak bawak balik).. Karya author yang kak Ti suka antaranya adalah karya  the late Sydney Sheldon, Danielle Steel, Judith Mcnaught, Jackie Collins dan ramai lagi. Dalam banyak banyak author, karya Sydney Sheldon & Danielle Steel favourite Kak Ti. Gaya penceritaan yang bersahaja, bahasa yang mudah difahami antara sebab kenapa kak Ti suka baca buku dua orang author ni. Kak Ti kalau beli buku memang berbaloi. Sebab apa tau.. Sebab kak Ti ni bukan jenis yang sekali baca terus simpan. Kak Ti suka mengulang baca. Satu satu buku tu kak Ti boleh ulang baca banyak kali.

 Bila ada peluang masuk perpustakaan.. memang heaven sangat bagi kak Ti. Tapi tu lah.. kekangan masa. Tak sempat dah nak pegi “melepak’ kat perpustakaan. Tapi kan.. sekarang ni dah ada Perpustakaan Negara malaysia E library tau. Seronok sangat. Boleh pinjam buku tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Nak tau lebih lanjut KLIK JE LINK NI. Nakkan panduan macam mana nak guna E library ni KLIK JE KAT SINI. Kak Ti dah beberapa kali guna perkhidmatan ni.. memang seronok sangat. Untuk uolls yang ada penyakit macam kak Ti.. jangan lupa lawati PNM Elib tu tau..

Facebook Comments

5 thoughts on “SUKA MEMBACA….TABIAT YANG BOLEH MEMBAWA MUDARAT

  • June 8, 2017 at 9:34 am
    Permalink

    dulu lisa sukamembaca.. lepas mata silau ni kurang suka membaca uhuhuhu.

    Reply
  • June 8, 2017 at 6:02 pm
    Permalink

    yup sama la ngan sue,dari zaman sekolah menengah,suka novel,kkdg buku sastera lama-lama kakak pun khatam hahahha,dia amik sastera saya bidang teknikal hahahha,skrg kurang dah novel banyak baca buku motivasi,pengalaman hidup,ada la layan novel tu pun Ramlee awang murshid je hahahaa sbb suka cite thriller.Dulu sanggup berlapar kalau ngadap buku.

    Reply
  • June 9, 2017 at 5:50 am
    Permalink

    sy pun suka membaca..lagi-lagi buku sejarah. hehehe…peminat sejarah sy ni..boleh bayangkan macam-macam.

    Reply
  • June 14, 2017 at 6:10 am
    Permalink

    dulu lisa pun mcm ni . sampai la sekarang mata dah silau huhuhu trus malasmembaca

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *