TETAP SEGAR WALAU BERPUASA.. TIPS MENGELAKKAN RASA HAUS KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ramadhan dah pun melepasi 10 hari pertamanya. Hari ni kita dah masuk hari ke 11 Ramadhan. Ya Allah! cepatnya. Rasa macam baru je start puasa kan. Macam mana puasa uolls. Mestilah ok kan. Lapar dan dahaga tu biasalah. Dah nama pun tengah berpuasakan. Tapi ingat tau.. Manfaatkan bulan Ramadhan ni sebaik baiknya untuk meraih sebanyak mungkin pahala untuk bekal kita kat sana nanti.
Dua tiga hari lepas kak Ti ada terbaca satu artikel yang dikongsikan oleh salah seorang kazen kak Ti dalam group wasap family “Pada Idik” (Read sesama kita) tentang tips bagaimana mengelakkan kehausan ketika berpuasa. Menarik kan.. Tak haus walaupun berpuasa. Masa baca tu lagi dah rasa macam.. Wow! bestnya.. Tapi kenalah try sendiri dulu barulah boleh share.. Dan akhirnya, sahur tadi Kak Ti pun trylah. (Hari ni bangun sahur lagi 15 minit nak imsak..huhuh). Hasilnya??? Alhamdulillah.. hari ni kurang rasa haus walaupun sejak dari sahur tadi asik mmbuang je.. Perut tak selesa makan pulut masa buka semalam kot.

Pernah tak uolls masa sahur minum banyak-banyak sebab konon-kononya nak elakkan haus waktu siangnya? Malangya, walapun dah minum bergelen-gelen sampai perut kembung and memulas, tetap jugak haus yang amat time puasa tu. Pernah kan. Uolls tau tak, kalau ikut apa yang kak Ti baca kat artikel tu, rasa haus masa berpuasa tu sebenarnya bukan disebabkan kita tak minum air. Habis tu apa yang sebabkan kita jadi haus?

Sebenarnya rasa haus tu disebabkan oleh minyak/lemak berasal dari makanan yang kita ambil masa bersahur yang melekat kat dinding keronkong kita. Minyak/lemaklah tu lah yang jadi punca kita rasa haus masa berpuasa. Hah.. surprise kan.. Tapi jangan risau… Cara untuk atasi masalah ni simple sangat. Apa pun menu yang kita makan masa besahur tu, kita nak ngopi atau ngeteh ke.. pastikan akhir sekali kita bilas dengan minum air suam. Iya.. minum air suam je. Dengan minum air suam, minyak/lemak yang ada kat kerongkong tu dapat dihilangkan. Mudah je kan.

Tapi ingat ya.. Air suam tu adalah yang last sekali masuk ke tekak kita masa sahur tu.. Lepas dah minum air suam tu jangan nak gatal gi makan atau minum yang lain lagi. Cuba rasakan perbezaanya. InsyaAllah dengan amalkan minum air suam pada waktu sahur, tekak akan rasa selesa je sepanjang berpuasa. So.. Kak Ti dah cuba & dah rasa hasilnay. Uolls cuba tau.. pastu share ngan kak Ti apa pulak kesan yang uolls rasa.

Sumber gambar: http://gegar.thr.fm/Zon-Interaktif/Sensasi/Trending/air-suam
Facebook Comments

5 thoughts on “TETAP SEGAR WALAU BERPUASA.. TIPS MENGELAKKAN RASA HAUS KETIKA BERPUASA

  • June 5, 2017 at 11:35 pm
    Permalink

    Ohhh minum air suam last sekali…baik kak ti malam ni dan sahur nanti nak cuba…selalu minum air masak je last sekali…air suam bagus juga kan.

    Reply
  • June 6, 2017 at 2:33 am
    Permalink

    owh, patut lah IQ tak rasa sangat hausnya, memang IQ akan minum air suam last sebelum azan subuh. hehehe.. terima kasih kak tati untuk tipsnya!

    Reply
  • June 8, 2017 at 1:25 am
    Permalink

    Memang selalu akhiri dengan minum air suam..hasilnya tak ada rasa haus sepanjang-panjang puasa hingga berbuka

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *