BUFFET RAMADHAN DI D’KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT – MERAIKAN 15 TAHUN CINTA

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah… 1 Jun lepas genaplah 15 tahun usia perkahwinan kak Ti n Tn SOSAB. Terima kasih ya Allah.. segalanya atas izinMu jua.

Kami sebenarnya jarang celebrate anniversary dengan makan kat luar. Kebiasaanya kami just akan masak something special kat rumah and we’ll celebrate it together with the family. Tapi sebab dah masuk tahun ke 15, so kami plan nak celebrate berdua je tahun ni. Romantiklah kononnya kan. Memandangkan kebetulan anniversary ni jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia ni, (Semoga dengan keberkatan Ramadhan ni Allah akan peliharakan perkahwinan kami hinggalah ke Jannah Firdausi) so pilihannya adalah buffet buka puasa and after a few considerations kami pilih untuk celebrate kat D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat buffet.

Kenapa D’Kayangan.. Hah.. Kak Ti rasa.. Kalau uolls penggemar steamboat and grill, mesti uolls pun akan pilih D’Kayangan. Dengan harga yang ditawarkan tu Kak Ti memang dah bersedia dengan pilihan makanan yang mesti biasa-biasa je. Tapi.. Kak Ti memang surprise sangat sebab bila sampai je sana kak Ti memang blur sekejap sebab tak tau nak makan apa.. Banyaknya pilihan makanan..

Untuk pilihan steamboat dan grill sahaja pun Kak Ti rasa ada lebih dari 40 pilihan makanan yang terdiri dari pelbagai jenis seafood, ayam, sayur-sayuran, fish ball, sausage dan macam-macam lagi. Senang cerita, apa yang biasa uolls nampak bila orang buat steamboat dan grill semuanya ada. Ambillah yang mana saja yang uolls suka dan bolehlah pilih samaada nak dinikmati secara steamboat ataupun grill. Pilihan kami.. mestilah kedua-duanya.. Steamboat kami cuba, grill pun kami cuba. Memang nikmat tak terkata uolls.

Pelbagai jenis mee segera, mee hoon, telur dan sayur-sayuran hijau turut disediakan untuk korang yang suka heavy steamboat. Dengan kelazatan kuah yang digunakan sebagai base steamboat, rugi kalau tak cuba salah satu yang kat atas ni. Atau kalau mampu bolehlah cuba kombinasikan setiap satunya dengan bahan-bahan steamboat yang lain. Jangan sampai tak boleh bangun dari kerusi sudahlah ya.

Satu lagi kelebihan yang ada kat D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni, kuah yang digunakan tu tak pedas. Jadi memang sesuai sangat kalau uolls plan nak bawak the whole family berbuka kat sini. Untuk yang suka pedas pulak, jangan risau.. Mereka memang faham selera rakyat Malaysia yang lidahnya memang sebati dengan pedas. Pelbagai pilihan sambal disediakan bagi memenuhi selera uolls tu. 

Bagi yang gemar makan kerabu, beberapa jenis kerabu turut disediakan di sini. Kan kak Ti dah kata, D’Kayangan sangat memahami selera rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa ni.

Dah puas menikmati steambot & BBQ tapi masih tetap rasa ada something missing?. Hah.. Itu normal bagi perut-perut local macam kita ni. Tapi tak perlu risau.. Kat sini nasi putih bersama lauk pauknya turut disediakan bagi kepuasan uolls. Lebih menarik lagi, bukan setakat nasi putih je yang dihidangkan, nasi beriani kambing pun ada. Enak dimakan begitu saja (ehh.. macam tagline satu brand roti pulak) atau kalau nak lagi ummphh .. makan dengan kambing grill. Iya.. sungguh.. Kambing grill pun ada. 

 Kuey tiow goreng in the making. Kalau uolls tak nak makan nasi putih atau nasi kambing, bolehlah cuba kuey tiow goreng yang disediakan secara ala carte ni. Kak Ti memang tak suka makan kuey tiow, tapi kuey tiow yang ada kat D’kayangan ni, kak Ti boleh layan la pulak. Agaknya sebab brother ni menggoreng dengan kasih sayang kot, Tengoklah senyumannya tu.. Ahaakkkksss.. Kemain lagi kak Ti ni tau….

Dah makan macam-macam, mesti tak syok kalau tak ada pencuci mulut kan paling tak pun ada buah buahan. Kat D’Kayangan ni.. semua tu pun ada. Antara yang ada kat sini, buah tembikai merah, tembikai susu, kuih-kuih tradisional dan kek. Rojak buah pun ada tau. Ada mangga, nenas, timun dan sengkuang yang boleh dimakan dengan kuah rojak. Kenapa gambar rojak tu ada 2 jenis buah je? Kalau nak tau, itu buah feveret kak Ti kalau makan rojak. hehehe. Kak Ti memang enjoy sangat rojak buah ni. Kuah rojaknya sedap dan kena dengan taste kak Ti. Oh ya.. aiskrim pun ada tau.. Ada pelbagai jenis flavour yang disediakan. Selain dari itu, pelbagai minuman sejuk dan panas boleh dipilih untuk hilangkan dahaga setelah sehari suntuk berpuasa. 

Tempat yang selesa, pilihan hidangan yang pelbagai buatkan D’Kayangan sesuai sangat kalau nak datang berbuka puasa dengan kawan-kawan atau family. Ada dua pilihan tempat duduk yang uolls boleh pilih. Uolls boleh pilih samaada nak duduk kat luar ataupun kat dalam. Ikutlah yang mana uolls rasa selesa. Tak kesahlah uolls datang dengan kereta atau motor, tak perlu risau sebab parking senang je kat sini. Oklah uolls.. Lagi panjang Kak Ti menulis lagi bahaya untuk Tn. SOSAB, Kang tak pasal-pasal petang ni terpaksa ke D’Kayangan lagi. Kalau uolls nak pegi, details macam kat bawah ni ek…
Restoran D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat Buffet
Seksyen 13, Shah Alam (Waze Acapella Apartment)
RM44.90 (Dewasa), RM22.90 (Kanak-Kanak) 
 RM35 (Warga emas / OKU)
Bermula dari 22 May 2017 sehingga 23 June 2017
Facebook Comments

17 thoughts on “BUFFET RAMADHAN DI D’KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT – MERAIKAN 15 TAHUN CINTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *