PART 3 (FINAL) CATATAN BUAT TERUNA SULUNGKU SYED AHMAD ZIKRY – PENGALAMAN MENGANDUNG & BERSALIN


Assalamualaikum..

Akhirnya.. sampai jugak ke Final part cerita pengalaman bersalin 11 tahun yang lalu.. Kot la ada readers yang bukak2 jer terus ke part 3 ni, jengukla PART 1 kat sini and also PART 2 kat sini…  ( ada readers ke …. hahahaha)

Ok.. So back to our journey to the hospital.  disebabkan keluar rumah masa tu subuh… So tak adala nak kene mengadap jem.. Alhamdulillah.. the journey was smooth.  sekejap sekejap my dearest partner akan tanya.. Sakit ke..  Nak ikutkan masa on the way tu dah start rasa mild contraction.. Ingatkan sampai ke sudah akan rasa sakit macam tu jer… Tapi harapan tinggal harapan….hahahaha..Sampai hospital terus naik bahagian bersalin. I don’t remember masa sampai tu check dah berapa cm. .. But I remember lepas check kat situ.. They asked my dearest partner untuk pegi register masuk wad while they did all of the necessary routines check up on me.. You know.. buat CTG, Scan and other things yang dah tak ingat…

Around 8 am macam tu I was sent to the ward.. I still remember masa tu dapat katil tepi tingkap.. Masa tu jugak dah start sakit yang makin kuat. Masa dalam wad tu Alhamdulillah my dearest partner dapat temankan.. Wahal patutnya husband tak boleh tunggu.. Tapi entah kenapa.. Nurse macam tak kesah pulak masa tu… Alhamdulillah. . Syukur Ya Allah… Kalau tak.. Tak taula macam mana nak tanggung sakit yang makin lama makin kuat and menggila tu.. The pain was indescribable… Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. Sakit yang teramat sampai rasa macam nak menggelupur… Rasa macam nak putus pinggang ni…

Everytime another contraction nak datang.. Dah menangis siap2… Masa contraction tu rasa macam kuat gila genggam tangan dia. Sekejap sekejap suruh dia panggil nurse untuk check. Tapi nurse tak layan pun… Diorang cakap.. First baby mesti lambat. Kurang kurang petang baru bersalin..I was like… Ya Allah.. Masa tu belum pun masuk tengah hari .. Sakit masa tu… Memang dah sakit tahap menggelupur. After a while.. Once again.. I asked my dearest partner untuk panggil nurse sebab dah rasa macam nak meneran sangat dah… I’m not sure whether the nurse came because if sympathy or simply because she was annoyed by us calling her so many times.. The biggest possibility why she came was because she was annoyed… Hahahaha…   

The best part was when she did the VE (vaginal examination), she was caught by surprise when it turns out that I was already 8cm dilated. Apa lagi.. Kelam kabutla jadinya. I was sent to the labour room dengan katil tu jugak. Nyaris nak terberanak dalam ward… Sepanjang jalan tu nurse dok pesan suruh tahan jangan push dulu. Alhamdulillah…. Allah permudahkan proses kelahiran my little boy. Tak lama dalam labour room bertemankan my dearest partner who were with me along the journey dan tak jemu2 memberi kata semangat along with the nurses and doctors yang bertugas…. Lahirlah putera sulung kami dengan hanya beberapa kali push.. All the pains endured previously seems to vanish just like that the moment I saw him. What a wonderfull feeling.

Lepas dah tunjuk jantina baby, He was taken away for me to be cleaned up, hand him to my dearest partner untuk diazan dan diiqamatkan and afterwards the nurse gave him back to me for his first breast feeding. Alhamdulillah baby tak ada masalah dan dengan mudahnya dapat melekap kat my bresat. Oooh.. Before that I was informed that hanya ada sedikit koyakan kat bawah tu, tapi masih perlu di jahit. It was a painful process I tell you sebab tak guna ubat bius. Tapi walaupun sakit.. The joy of being a mama menenggelamkan rasa sakit tu.   I was left in the labour room for a while to rest and later I was sent back to the ward. Memang rasa macam penat sangat…Keesokan harinya kami dibenarkan balik since baby and mama were all well, baby pun dah kencing and berak. . 

Maka dengan itu bermulalah episod berpantang pulak. Masa dalam pantang kami diduga dengan masalah jaundice yg teruk sampai zikry kena admit hospital balik. Bila doktor check the level, doktor inform memang teruk sangat sampai dah tak ada dalam carta. The doktor even showed me the chart and pointed to me the highest level in the chart. Bacaan jaundice zikry was way over the chart. Sebab dah teruk sangat.. sampai zikry kene tukar darah. Alhamdulillah.. lepas tukar darah and maybe berkat mama minum susu kambing and kerap bagi susu kat zikry, bacaan makin turun dari hari ke hari sampaila akhirnya we were allowed to go home. Tapi lepas tu we had to bring Zikry for a regular test. Alhamdulillah everything went well after that. Semua test menunjukkan hasil yang positif.

Syukur yang tak terhingga padaMu Ya Allah.. Kini Zikry kami telah pun berusia 11 tahun. membesar dengan sehat dan sentiasa menceriakan hati kami. Peliharakanlah dia Ya Allah. Semoga dia akan menjadi Muslimin dan khalifah yang hebat di bumi mu ini. Berikanlah kejayaan kepadanya di dunia dan juga di akhirat kelak. Aaamiin Ya Rabbal Alamin.

Facebook Comments

One thought on “PART 3 (FINAL) CATATAN BUAT TERUNA SULUNGKU SYED AHMAD ZIKRY – PENGALAMAN MENGANDUNG & BERSALIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *