PART 5 JAKARTA BANDUNG – MENJELAJAHI SI KOTA KEMBANG….BANDUNG.. AKHIRNYA KAMI DI SINI…

Assalamualaikum….
HARI KETIGA PERJALANAN, HARI PERTAMA DI BANDUNG – 11 JANUARI 2013
Seperti yang diceritakan sebelum ni kat SINI… Jam 11.30 pagi kami dah sampai ke Bandung.. Perasaan masa tu..mestilah excited… Terbayang semua tempat-tempat yang bakal diterjah selepas ni.. Yerla sebelum tu dok galak baca kat blog-blog jer pasal tempat-tempat yang menarik kat Bandung ni.. Tup-tup kaki dah pun memijak tanah si Kota kembang ni… 
Hmm..agak-agaknya.. ada tak kalangan pembaca ni yang tau kenapa Bandung juga di gelar sebagai Kota kembang… Untuk pengetahuan, “kembang” dalam bahasa Indonesia maksudnya bunga yer kengkawan sekelian bukan “kembang” Melayu tau… Mengikut cerita pak cik “Wiki” Bandung ni dapat gelaran Kota Kembang sebab pada suatu ketika dulu terdapat banyak pokok-pokok dan bunga-bungaan kat sini yang membuatkan pemandangan Kota Bandung waktu tu sangat cantik. Nak tau lagi banyak pasal Kota Kembang ni silalah jenguk Pak cik “Wiki” kat SINI yer…
Back to our journey… Perkara pertama yang terlintas difikiran  bila pertama kali sampai ke Stesyen keretapi Bandung ni ialah “Hmmm…Ok gak stesyen keretapi dia.. macam-macam ada”…. Kalau ikutkan info yang kami dapat dari pembacaan, Hotel Patradisa yang dah dibooking sejak dari Malaysia lagi tak lah jauh sangat lokasinya dari stesyen keretapi ni.. Dengan penuh confidentya, kami pun berjalanlah keluar dari stesyen. Alhamdulillah cuaca yang sangat baik menyambut kedatangan kami. Dengan menggunakan khidmat incik “Google” kami pun mencari info berkenaan dengan Hotel Patradisa. The best part about having Internet connection at all time while travelling is you don’t have to worry about getting lost..(konon….hahaha)… Bila tengok kat Google Map and tanya kat orang.. turns out that Hotel yang kami cari tu just walking distant daripada train station .. 
Maka berjalanlah kami menuju ke Hotel tersebut…Memang dekat pun..just a few minutes walk jer daripada stesyen.. Tapi……. The moment I saw the hotel… I knew that something was not quite right… Masa tu dah dok cakap kat my dearest partner…”kalau ikutkan info from blog Patradisa.. Hotel Patradisa ni supposedly dekat ngan tepi jalan…tapi..yang ni macam jauhla jugak dari jalan raya…” 
Dalam dok confius tu masuk jugakla ke lobi hotel tu… bila dah masuk tu lagila bertambah keraguan di hati… Dalam hati dah dok cakap…”apasal hotel ni nampak macam buruk sangat…macam tak ada guest jer dok sini.. diorang kater biasanya kat hotel ni ramai guest dari Malaysia stay”. Bila tengok rate dia..Ehhh…lagi murah dari masa call hari tu…Memandangkan dah masuk tu..mintak jugaklah nak tengok bilik… Tengok bilik..ok la…. sesuai la ngan rate yang ditawarkan.. lagi pun masa tu kami pikir.. bilik ni untuk rehat jer… lelapkan mata lepas seharian berjalan..tapi… bila dia kater bilik air sharing basis..POTONG…terus bagitau my dearest partner tak mo hotel ni.. Sebelum keluar tu, tanyala kat uncle jaga kaunter tu.. ada tak hotel lain yang nama dia Patradisa jugak… Guess What…. rupanya ada satu lagi hotel Patradisa…Patradisa 3 kat Jalan Westu kencana…Hadoii… ni la padahnya bila terover confident kannn..Padahal bukan tak ada No. phone pak Yadhi owner patradisa 3 tu…..tapi konon-konon nak adventurela sangat kann…
Dengan berpandukan info baru yang kami dapat, menapak la kami sekali lagi ke jalan raya.. Tanya punya tanya… dapatla info angkot (Angkutan Kota aka van) mana yang perlu kami naik untuk sampai ke Jalan Westukencana.. Tak serik2 lagi tu…Naik angkot dengan penuh confident..after sometimes bgtau kat supir angkot tu yang kami nak ke Jalan Westukencana… Sekali dia jawab ” Wah..kami nggak lewat jalan itu buk.. Nanti ibu sama bapak turun di depan sana..terus naik angkot jurusan ke sana”.. pulak dahhh….Rilex… then I asked him again “Trus kalo yang jurusan Westukencana itu harusnya naik angkot yang mana pak?”… “Aduh..maaf buk..kalo yang itu saya kurang tau..Coba aja nanti ibu sama bapak tanya di sana”… Haruuu…After saying thanks and pay for the fees which is very cheap RP2k per person we got down the angkot and headed towards peniaga tepi jalan yang ada kat situ… One thing I can say about people in Bandung..is that they are very polite and very helpful…
Berpandukan info yang kami dapat, kami sekali lagi naik angkot menuju ke destinasi kami yang sepatutnya. Menurut info, kami harus turun berdekatan dgn masjid besar yang ada kat situ sebab hotel tu is somewhere there. (Forgot the name of the masjid..). Seperti yang diberitahu, kami pun turun di tempat tersebut tapi yang menjadi masalah, kami tak tau wether nak pergi kiri atau kanan. Sekali lagi… kami pun bertanya dengan mak cik-mak cik yang tengah manyapu jalan. Dan akhirnya.. Alhamdulillah..sampai jugak kami ke hotel Patradisa yang sepatutnya. INFO TENTANG PATRADISA KAT SINI.. Untuk ukuran budget hotel..hotel ni memang best…Receptionist dia pun peramah… We stayed at this hotel for 3 days..Friday, Saturday & Sunday….. Patutnya weekends rate dia lain..tapi lepas nego dengan owner… kami dapat weekdays rate for the whole 3 days.. Alhamdulillah…Extra budget for shopping..Yippyy…
Selesai urusan check in.. kami pun masuk ke dalam bilik untuk simpan barang. Kalau ikut plan asal, kami hanya nak simpan barang jer kat bilik.. lepas simpan barang.. terus ke pasar baru .. lunch and solat kat pasar baru.. Tapi disebabkan oleh episode sesat, timing dah lari.. maka kami pun solat dulu dalam bilik..kemudian baru ke pasar baru.. One of the reason kami pilih Patradisa is because of its location which is just a walking distant from Pasar baru. Lepas tunai kewajipan.. tanpa membuang masa yang dah banyak terbuang tu..kami pun apa lagi..Pasar Baru here we come la… Sebelum tu…. tanya dulu betul-betul kat receptionist arah Pasar baru.. Bila dah dapat segala info yang diperlukan, kami pun berjalan ke pasar baru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15minit bergantung kepada bagaimana kita berjalan..Kalau jalan slow…lagi lambatla sampai…kalau jalan laju… lagi cepatla sampai.. untuk kami yang jalan slow tak slow..laju pun tak laju ni.. dalam 15 minit sampaila ke pasar baru.
What can I say about Pasar baru… Terpegun dengan ramainya manusia… terpegun dengan banyaknya kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Almost like Pasar Tanah Abang.. tapi lebih sesak and lebih ramai. Macam biasa.. patutnya 1st day ni is just jalan-jalan..survey-survey… pastu besok baru datang berbelanja…tapi biasala kan…jalan-jalan, tengok-tengok..hah…tu dia…by the time we finished merayap kat situ… tangan pun dah penuh dengan barang belian… So much for just survey-survey la kan… Shopping ngan my dearest partner ni memang best… I love ayat dia “beli jer” so much…hahaha…
Selesai Pasar baru hari pertama…berjalan balik ke hotel pulak.. kalau tadi pegi dengan tangan kosong..kali ni balik dengan sakit tangan bawak barang… sampai ke bilik.. rehat sekejap..keluar semula.. kali ni nak buat sesi menjejak FO pulak… (kononnya)…Dengan menaiki angkot jugak.. FO pertama yang kami jejaki ialah FO di Jalan Setiabudi… Apa lagi kalau bukan RUMAH MODE yang sangat femes tu… Kami sampai ke sana hari dah malam.. Jadi tak daptla nak mengabadikan gambar yang menarik kat sana.. Kami masuk sekejap jer kat dalam Rumah Mode tu… sebabnya tak ada yang berkenan di hati… Tapi kalau anak-anak muda remaja..memang “heaven” la kat Rumah Mode ni… Untuk kami yang dah tak berapa nak remaja ni…tak sesuei… tak beli aper pun kat situ.. Aside from fesyen dia yang tak berkenan, mengikut kami harganya pun agak mahal jugak.. Sementara tunggu my dearest partner pegi buat lawatan kat Mr. T aka toilet.. apa lagi… jomla kita menikmati tahu gejrot yang femes itu.. Hmmmm….. sedap jugak tahu ni… kalau pegi kene try ok… tapi kalau yang tak tahan pedas tu..kurang enjoy la kot.. sebab kuah tahu ni pedas….
Kebanyakan kedai-kedai kat Bandung ni beroperasi sampai pukul 9.00 pm jer..  Kalau ikutkan plan asal.. selesai Jalan setiabudi.. kami nak ke Jalan lain pulak.. tapi memandangkan dah lewat and dikhuatiri bila kami sampai tu banyak kedai dah tutup… maka kami decide nak pegi dinner jer and lepas tu baru decide nak pegi mana pulak… Jalan-punya jalan.. jumpa la gerai tepi jalan.. Tengok macam meyakinkan kehalalannya..ok lah..lets have our dinner here.. No fancy restaurant…just warung pinggir jalan… According to my readings.. most visitor would have prefered the restaurant dan tidak menggalakkan makan di tepi jalan. Bbut to us…. how else would we know budaya diorang kalau tak melalui pinggir-pinggir jalan ni… Betul.. kat restoran pun diorang akan hidangkan makanan local..tapi itu kan makanan local yang dah dikomersilkan supaya dapat memikat selera pelancong. . sedangkan kalau yang tepi jalan ni..target market diorang adalah orang-orang tempatan… maka ianya akan diolah sesuai dengan selera tempatan… Alhamdulillah.. sepanjang kami kat sana.. ubat-ubatan yang kami bawak tak guna pun… Syukur Alhamdulillah..tak berlaku masalah sakit perut atau ceret- beret… Oh.. one more thing.. menjadi kelaziman bila makan, kita akan dihidangkan dengan teh ala-ala chinese tea.. If you wish to have other drinks… order jer la….
Selesai makan… kami dah tak tau nak ke mana..takkan nak balik hotel kot…rugila…Bila tanya kat orang..they said the only place yang bukak sampai lewat is Paris Pan Java (PPJ= PiPiJay)… Mengikut mereka..PPJ ni la tempat anak-anak muda kat Bandung ni melepak… Bila tanya kat orang.. we were told that we have to go to the other side untuk dapatkan transport nak ke PPJ ni.. Berjalan lagi sambil menikmati malam di jalan yang agak sunyi di Kota Bandung bersama kekasih hati…. akhirnya kami sampai di satu simpang where we can get transport to PPJ… Cer teka kami naik apa… Apa lagi angkot lagila… sangat jimat hoccay… PPJ is a bit like Sunway Pyramid to me la..Banyak tempat-tempat nak hang out or chill out especially to the youngster yang berduit.. this is where you can find for example Starbucks, KFC. Jco.etc. Memandangkan kami dah tak tau nak ke mana lagi…merayap jugakla kat dalam PPJ tu… tak beli aper pun.. just window shopping.. At last.. kami melepak kat Jco.. makan sorang satu donat..share secawan kopi panas…. (kat Malaysia tak pernah makan Jco pon….selalu Big Apple jer…hahaha)…
Bila malam makin dingin, mata pun makin berat, we decided to end the night.. Cukuplah untuk malam ni… Masih lagi menggunakan khidmat angkot…kami akhinya selamat sampai ke Hotel.. Lepas bersihkan diri dan menunaikan kewajipan pada yang Esa…Ingatkan nak terus tidur… sekali bila menjenguk ke luar bilik..ternampak jiran bilik kami pun tengah lepak kat luar bilik… kami ni kan peramah orangnya… kami pun dengan muka tak malunya pergi menyapa diorang…. Tak sangka..jiran kami tu pun peramah jugak rupanya… Apa lagi sebang-sembang malam la kesahnya….Agak lama jugakla kami berborak… Bila mata dah tak tahan sangat kami mintak diri untuk melayan mimpi pulak….. Dengan itu berakhirla kisah hari pertama di Bandung… Dan 2 hari seterusnya kami tidak berdua lagi…jeng..jeng..jeng… 
Jom layan gambar-gambar yang tak berapa nak banyak ni….
Hasil tangkapan hari pertama di Pasar Baru….
Salah satu lanskap yang ada di Rumah Mode, gerobak penjual kudapan yang ada kat Rumah Mode & My dearest partner while waiting for our dinner at warung pinggir jalan… 
Us…Jalan-jalan di Paris Pan Java
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *