PART 3 JAKARTA BANDUNG – HARI PERTAMA – JAKARTA, KAMI DATANG…

Assalamualaikum…
HARI PERTAMA DI KOTA JAKARTA – 9 JANUARI 2013
Seperti yang dijanjikan di PART 2.. (nak tau apa ada di part 2 kenelah menjenguk ke sana kan.. 🙂 )..
Flight yang sepatutnya berlepas pada pukul 9.50 pagi tertangguh selama hampir setengah jam disebabkan oleh keadaan runway yang agak sesak pagi itu. Setiap kapal terbang perlu menunggu giliran  untuk berlepas..(Hah..ingat kat jalan raya jer sesak…runway untuk kapal terbang pon sesak tau..)… Walaupun menunggu tu takdela lama sangat mana pun..tapi terasa macam lama sangat penantian itu..huhuhu…. Dan akhirnya sampailah giliran kapal terbang yang kami naiki untuk berlepas…apa lagi..up up and away….Jakarta here we come……
Penerbangan dari LCCT ke Bandara Soekarno Hatta mengambil masa dua jam. Tapi memandangkan keterujaan melampau perjalanan dua jam tersebut bagaikan sekejap jer rasanya..(poyo jer ayat ni..).. Masa dua jam dihabiskan dengan makan, membaca &  dengar ceramah ustaz kazim yang banyak my dearest partner download kat phone dia tu. 
Dua jam berlalu…kemudian terdengarlah suara mas pilot mengumumkan bahawa tak lama lagi pesawat akan mendarat di bandara Soekarno Hatta… Wah..tak sabar rasanya nak tengok macam mana agaknya suasana kota Jakarta ini. Memandangkan seat kami dekat dengan pintu bahagian belakang..senangalah kami nak keluar dari kapal terbang..tak perlu menunggu lama walaupun masa tu kapal terbang penuh dengan penumpang. 
Ketibaan kami di Kota Jakarta disambut dengan suasana basah memandangkan hujan baru sahaja berhenti. Jakarta pada masa tu memang sentiasa basah dan ini adalah antara kebimbangan kami sebelum berlepas lagi. Iyerla kan..kalau hujan jer memanjang sepanjang trip ni..banyakla aktiviti yang tak dapat nak buat. Tapi Alhamdulillah… cuaca yang baik mengiringi hari-hari kami sepanjang trip ni. 
Selesai urusan imigrasi…kami pun keluar dari bandara untuk mencari bas yang akan membawa kami ke perut kota jakarta. Sejak awal lagi kami memang telah sepakat bahawa sepanjang trip ni jalan kaki and public transport akan menjadi transport rasmi kami sepanjang trip kecuali keadaan tertentu memerlukan kami untuk naik taksi. Oleh sebab tu, awal-awal lagi dah buat research kat internet about public transport yang dapat bawak kami ke tempat-tempat tujuan kami. (Siap dah tau harga ko…hahaha).. Ok..back to the story… keluar jer dari airport.. kami pun tanyala kat pak satpam (guard) kat mana kami boleh naik bas Damri. Hentian bas Damri terletak di sebalah kiri dekat dengan hentian teksi. Tiket dibeli dengan harga RP25,000/person tujuan ke Gambir. 
Setelah menunggu lebih kurang 30 minit, bas yang kami tunggu pun tiba… Bas Damri ni macam bas yang kita naik dari KL ke Klang.. agak selesa jugakla.. Tapi yang paling best dalam bas ni….. siap ada wifi lagi….Kelasssss…. apa lagi.. sebokla berwhatsapp ngan my youngest boy kat tanah air..(my 1st and 2nd boy masih kat sekolah lg masa tu..)..Oh Ya..lupa nak bagitau…Komunikasi tak menjadi masalah untuk kami sebab awal-awal lagi kami dah prepare simkad simpati yang tak perlu kami beli sebab dipinjamkan oleh one of my pak cik yang selalu ke Indonesia. Tinggal nak top up jer…hehehe
Perjalanan dari bandara ke Gambir mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Patutnya dalam 30 minit dah boleh sampai dah..tapi biasala..Jakarta memang terkenal dengan kemacetanya (jem all the time…).. 45 minit tu pun kira cepatla jugak..ada tu kedang-kadang sampai sejam setengah baru sampai. Sepanjang perjalanan mata melilau melihat suasana kota Jakarta yang memang padat. Hampir seluruh kawasan yang kami nampak padat dan sesak.. Samaada kawasan petempatan, kawasan Industri mahupun jalan raya…semuanya sesak dan padat.  
Alaaahaiii…panjangnya…mesti pembaca sampai bosan nak baca kan…tapi nak buat macam mana…dasar memang tak gheti nak nulis pendek-pendek…ngadap jer la yer…bukan apa..kalau boleh nak kongsikan pengalaman tu sampai pembaca boleh rasa seakan-akan bersama kami sepanjang trip tu. Sabo jer la yer…

Ok la…diringkaskan cerita, tak terasa akhirnya kami sampai ke stesyen gambir dimana kami perlu menaiki kenderaan lain untuk sampai ke hotel N1yang telah di booking. Memandangkan masa tu kami hanya ada 2 buah beg shj, kami decide untuk naik bajaj (read bajai).  FYI, hotel ni adalah antara hotel yg fofular dikalangan pelancong dari negara kita. Dengan harga yang berpatutan (RP300K/night) and keadaan bilik yang memuaskan, memang patutla hotel ni jadi pilhan pelancong2 dari negara kita. Yang paling penting, lokasi hotel ni yang dekat dengan Pasar Tanah Abang yang famous untuk membabai duit tu. (Walking distant dalam 10-15 minutes walk). Kalau nak ke pusat bandar pulak, bolehla naik teksi tapi pastikan taksinya pake argo ya bapak ibuk…kalau tak nanti kene tambang cekik darah ataupun kalau nak lagi adventurous, cubala naik bajai tapi pastikan anda telah pun tawar menawar tambang  sejak dari awal lagi. Jangan main naik jer tau… Nanti diorang pun main letak jer tambang…

Selesai urusan check in, letak beg n laksanakan kewajipan pada yang Esa, kami pun dengan cargasnya tanpa membuang masa menuju ke Pasar Tanah Abang untuk sesi membrowsing mencari tempat untuk membabaikan duit. Kalau ikut plan asalnya, hari pertama ni kami hanya nak survey jer and sesi membeli akan dilaksanakan kemudian, tapi…tanpa dirancang (kononnn)..akhirnya terbeli jugak 3 helai jubah….

FYI jugak, kebanyakan kedai2 kat Pasar Tanah Abang & kebanyakan kedai2 di Indonesia ni tutup awal yer, Dalam pukul 4.00 PM waktu Indonesia. Tapi kadang2 ada jugak beberapa kedai yang masih bukak lepas pukul 4.00..tapi tak banyakla. Selesai di Tanah abang, kami menaiki bajai sekali lagi menuju ke Thamrin City pulak. Kat Thamrin City ni pun ada tempat beli belah ala2 tanah abang. Kat sini diorang panggil pasar grosiran (borong).Ala macam kat GM plaza ngan Kenanga tu…

 Penat berjalan seharian, kami singgah minum dan melepaskan lenguh di kaki untuk seketika. Tempat yang kami pilih adalah D’Cost yang famous dengan motonya “Mutu 5 bintang, harga kaki lima”. Memang sesuai sgt dengan moto diorang tu…Kat sinila kami menikmati the best jus sirsak ever…(my personal opinion la kan…)..sedap gila hoccay… Mulanya kami plan nak dinner kat situ jer…But for some reason kami tak jadi dinner kat situ. Tapi sempatla jugak kami makan tahu goreng untuk alas perut. Ingatkan tahu goreng biasa jer.. rupanya tahu tu siap ada filling sayur lagi.. sangat sedap.

Hasil dari perbualan dengan abang2 satpam(guard) kat Thamrin City, kami dapat tahu yang berdekatan dengan thamrin City tu ada satu tempat untuk urut refleksology. Maka berjalanla kami ditempat asing itu dengan penuh confidentnya dan sempatla my dearest partner buat sesi urut refleksology. Malam tu kami menghabiskan masa meronda kota Jakarta dan menikmati suasana malam di kota Jakarta. (dengan menapak aka jalan kaki hoccay..ko ader????). Puas keluar masuk and merayau dalam shopping centre, kami menapak pulak ke bundaran HI (read Ha EE) dan akhirnya dengan menaiki teksi kami pun balik ke hotel. Itupun sebab  sedara yang janji nak jumpa kat hotel tu dah sampai. Kalau tak mau merayap lagi tu. Walaupun masa tu kaki dah lenguh sangat. Akhirnya dinner kami malam tu kat warung depan hotel jer. Tapi walaupun sekadar warung tepi jalan. makanan dia tetap mabeles. Menu malam tu, nasi ayam penyet for me and my sedare, nasi bebek @ itik penyet for my dearest partner..(puas member mkn bebek sepanjang kat Indonesia..hahaha)…

 Selesai makan and borak2 sekejap dalam bilik, dia pun mintak diri dan kami pun apa lagi…mandi, kemudian Zzzzzz…Rehat & recharge, bersedia untuk pengembaraan hari ke-2….

Pemandangan Jakarta dari mata burung….
Welcome to Jakarta… di bandara (airport) dan dalam bus Damri menuju ke Gambir
Hujan renyai dan macet yang menyambut ketibaan kami ke Jakarta

Setelah penat merayau di dalam kompleks Tanah Abang…. Our very first meal in Jakarta… Melepaskan dahaga dan lapar di salah sebuah warung tepi jalan yang ada bertentangan dengan kompleks….. 

 Puas di Tanah Abang, bergegas pulak ke Thamrin City …

 Melepaskan lelah dan lenguh di kaki.. D’Coast Thamrin City

 Suasana malam di Jakarta…..

Facebook Comments

One thought on “PART 3 JAKARTA BANDUNG – HARI PERTAMA – JAKARTA, KAMI DATANG…

  • August 16, 2017 at 4:17 am
    Permalink

    Jakarta pun heaven jugak kalau bab2 shopping ni..tapi trafik kat situ mak aiii..teruk sangat jem nya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *