PART 2 JAKARTA BANDUNG-HARI PERTAMA..KUTINGGALKAN RUMAHKU DI SUBUH HENING ITU – LCCT

Assalamualaikum…
HARI PERTAMA 9 JANUARI 2013
Sambungan dari siri perkongsian perjalanan 6 hari 5 malam menjelajah 2 daerah di negara Indonesia yang lama bebenor tertangguh. Kalau rajin silalah menjenguk ke PART 1 JAKARTA BANDUNG.. Ada sesuatu yang saya kongsi di situ. 
Malam itu, disamping memantau keadaan my dear 1st boy yang tiba-tiba demam, kami juga tak lupa memeriksa segala kelengkapan dan keperluan yang perlu kami bawa untuk perjalanan kami nanti. Alhamdulillah… all of the check list are checked. 
Seawal pukul 5 pagi, kami dah pun bangun dengan perasaan yang penuh keterujaan untuk memulakan pengembaraan kami berdua. Mana la tak teruja kan.. sepanjang perkahwinan kami yang dah menjangkau angka 11, Inilah kali pertama kami akan melakukan perjalanan ke luar negara berdua. Bukanlah kami tak pernah langsung ke luar negara, tapi masa tu masing – masing solo molo lagi. And as for me, my trip masa tu was sponsored by my pa and ma. Itu pun dah berkurun yang lalu…So..keterujaan itu memang wajar la kan…hehehehe
Ok..back to the trip…. Bangun pukul 5 pagi, bersiap apa yang patut, tunaikan kewajipan pada sang pencipta, bergeraklah kami menuju ke putrajaya di pagi yang hening itu… Kenapa ke putrajaya pulak???? LCCT dah pindah putrajaya ke??? Ehhh…dak aih…LCCT kat situ jugak…Kami kene ke putrajaya dulu sebab nak ambek adik my dearest partner aka my brother in law (BIL) yang akan mengantar kami ke LCCT. (TQ Musa..)…Nak parking kereta kat LCCT…dak ler teman.. berapa pulakla nak kene bayar nanti kan. 
Lepas ambek my BIL kami pun meneruskan perjalanan ke LCCT. Hati dah mula risau takut tak sempat nak sampai on time ke LCCT. Jam masa tu dah menunjukkan pukul 7.30 a.m.. Flight kami pulak pukul 9.30 a.m.. Dalam hati tak henti-henti berdoa janganla jem dari putrajaya nak ke LCCT. Dan akhirnya..Alhamdulillah.. kami selamat sampai ke LCCT sebelum 8.30. Memandangkan kami dah pun print boarding pass, maka tak perlulah kami terkejar-kejar sangat. (It is seriously advisable untuk buat web check in..and print your boarding pass…sangat mudah dan pantas). Untuk mengisi perut yang belum sempat terisi lagi, kami singgah ke marrybrown (sebelum-sebelum tu mesti McD jadi pilihan..tapi…hmmm..tiada lagi McD untuk kami sekeluarga..)..tak makan kat situ pun, kami tapau konon-konon nak makan kat dalam lepas check in.
At last bila dah sampai dalam tu, malas pulak rasanya nak makan, lagipun kami ada beli meal..Kiranya makan nnt jamak kan sekali lah ngan meal kat dalam flight…masa pulak dah tak berapa nak banyak. Dalam dok menunggu tu, sempatla sembang ngan sorang cik adik Indonesian yang transit dari Jepun ngan sorang lagi Cik kak yang jugak transit dari Jepun. (mengasah bahasa Indonesia yang dah berkarat..persediaan sebelum sampai sana…hihihi)Yang si Cik kak tu bawak baby girl comel…apa lagi.. melayan gegirl la… Dan akhirnya..masa yang ditunggu-tunggu pun tibalah…Boarding time….
Alamak..panjangnya… this part 2 was supposed to be the story of our first day. Tapi cerita dari rumah ke LCCT pun dah panjang ni…Karang kalau sambung pulak ngan cerita 1st day kat Jakarta..mau ada yang muntah hijau karang. Aisshhhhh….ni lah masalahnya ni..bila jari jemari ni dah start menari kat atas keyboard..semua bende nak di ceritakan. Mintak mahapla yer.. Cerita hari pertama kat Jakarta kita sambung kat Part 3. Janji…kali ni sambuangan dia tak tangguh lama sangat…(hmmm…blh cayer ke ni)….

Memandangkan masa kat LCCT tak snap apa-apa gambar, layankan jerla pemandangan awan biru ni yer…
Subahanallah..Cantiknya pemandangan awan gemawan ni….

Another view ….
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *