Sepuluh Tahun Yang Penuh Keindahan

Salam…

Alhamdulillah.. 1 June 2012 yang lalu, genaplah 10 tahun aku dan my dearest partner disatukan dalam ikatan suci …Syukur yang tak terhinggaYa Allah atas anugerahmu ini… Although it has not always been a smooth journey for both of us, Alhamdulillah at the end of every day, we managed to go through what ever the obstacles were. And I strongly believe that those obstacles that made our bonding stronger as days past by… Bak kata pepatah melayu “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri’… Umpama masakan, kalau tak cukup rempah ratusnya, manakan datang sedapnya kan….
Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa atas segala-galanya… DiciptakanNya untuk kita pasangan yang paling sesuai dengan kita… Tak perlu kita persoalkan dan tercari-cari benarkah kita pelengkap tulang rusuk pasangan kita itu. Apa yang penting, menghargai setiap detik yang kita lalui besama dengan pasangan kita dan mensyukuri segala pengalaman yang ditempuhi baik yang amat menyenagkan mahupun yang tak berapa menyenangkan….

All praises to Allah for giving him to me as my partner.. I couldn’t and wouldn’t asked for more. He is right in every aspect for me. It is true that he is not perfect but who am I to complain. I’m not looking for a perfect man because I know that I can never find perfectness. Perfectness only belongs to Allah and our beloved Prophet Muhammad pbuh.
Cukuplah sepanjang perjalanan ini kami belajar untuk saling melengkapi, saling memberi dan saling menerima kerana Allah. Bersama berusaha agar setiap hari yang kami lalui mendapat keberkatan dan rahmatNya.
10 tahun melayari bahtera rumahtangga, 3 orang “hero” Allah amanahkan untuk menyerikan lagi rumahtangga kami. InsyaAllah kami terus berusaha untuk menjaga amanah Allah ini sebaiknya dengan membekalkan mereka bukan hanya ilmu dunia tapi yang paling penting ilmu akhirat. Merekalah saham2 kami yang kelak dapat membantu kami di alam sana. 

Alhamdulillah atas segala rahmatmu Ya Allah. Semoga mahligai kami ini akan terus kukuh berdiri walau taufan datang melanda. Untukmu my suamiku, kekasihku dan sahabatku, sajak ini khas untukmu.
DEMI ALLAH AKU
MENCINTAIMU KERANA ALLAH
Demi Allah
aku mencintaimu kerana Allah
Engkaulah
yang paling kucintai
Setelah
cintaku pada Allah, rasulku dan kedua orang tuaku
Dalam redhamu
ku cari redha Ilahi
Demi Allah
aku mencintaimu kerana Allah
Kuingin melayari
bahtera ini bersamamu lebih lama lagi
Jadilah kau
nakhoda yang bijaksana
Agar
pelayaran ini tetap di atas landasanNya
Demi Allah
aku mencintaimu kerana Allah
Aku tau kau
bukanlah lelaki yang sempurna
Dan memang
bukan kesempurnaan yang kucari
Cukuplah
sekadar saling memmberi dan smelengkapi
Demi Allah
aku mencintaimu kerana Allah
Pimpinlah
tanganku, ku ingin langkah kita seiring
Bersama dalam
mecari keradhaanNya
Bersama meniggalkan
segala larangannya
Demi Allah
aku mencintaimu kerana Allah
Akulah wanita
itu yang ditakdirkan Allah mendampingimu
Menjadi ibu
kepada buah cinta kita
Jika kau gembira itulah yang paling
menggembirakanku
Namun jika kau duka, maka akulah yg
lebih merasa sakitnya
Demi Allah aku mencintaimu kerana
Allah
Jangan pernah kau ragukan cintaku
padamu
Kerana cintaku takkan pernah berubah
Walau apa pun dugaan yang melanda
Kecuali Dia menghendaki sebaliknya
Demi Allah
aku mencintaimu kerana Allah
Selagi
jantungky masih berdegup
Selagi nadiku
masih berdenyut
Kaulah lelaki
itu yang akan selalu kucintai
setelah cintaku
pada Allah, Rasulku dan kedua orang tuaku.
Tamar 2012-10 tahun yang
penuh keindahan
Facebook Comments

One thought on “Sepuluh Tahun Yang Penuh Keindahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *