Ayam Merah Tomato…..Kunjungan yang amat mengharukan

Salam,

Phewww!!!!banyak sungguh habuk2 kat blog kesayang hamba ni…Macam mana tak berhabuk…Dah 3 minggu rupanya blog ni tak dikunjungi oleh tuannya sendiri…Dah jadi macam rumah terbiar pun ada agaknya kan….Bukanla niat di hati ni sengaja nak membiarkan keadaan ni…(Hmmm..alasan…hehehe)…Tapi…entahla..tiap kali nak bukak tu ada jer halangan dari diri sendiri….(ayat lain untuk MALAS)….

Entah kenapa hari ni rasa macam semangat sangat nak mengupdate…Especially bila teringatkan nasi tomato ni tak berlauk lagi. Maka dengan semangat membara, blog pun di bukak dengan niat nak mempost resepi ayam merah yang telah dicedok dari blog Kak Ummi Kat Sini…(Blog kak Ummi ni memang sentiasa mencabar tekak tau…Later I will share with you the recipe’s dari blog kak Ummi yang dah di try yer…Yummy2 belaka…)
Tapi kan….memang sesuatu yang amat tidak dijangkakan telah berlaku di blog kesayang hamba ini…Rupanya blog kesayangan hamba yang tak seberapa ni telah dikunjungi oleh seorang lagi selebriti masakan in blogging world yang amat kreatif yang setiap sentuhannya pasti berjaya membuatkan air liur menari-nari dalam mulut. And the best part is beliau sudi memfriend dirinya di blog kesayangan hamba ni….Beliau yang saya maksudkan ni adalah kak Ita dari blog Masam Manis…..I’m so excited ok…Apa yang excited sangat????Helloooo…mau tak excited…mereka2 yang rajin berblogwalking ke blog2 masakan pasti kenal blog beliau nibeliau ni jugak,  blog beliau ni and a few other blog masakan hokkeyy…sangat tak disangka and sangat terharu kak Ita sudi menjengok and become my friend…..Thank you so much….
OK….back to the recipe Ayam Merah….Dengan kerajinan yang masih suam-suam kuku…maka dengan ini layankan la resepi yang dah di C&P dari blog Kak Ummi ni….Kak Ummi..mintak izin share yer kak…
AYAM MERAH TOMATO
Tukang try resepi: Tamar
Bahan:-
1 ekor ayam – dipotong 12/14 – bersihkan
2 biji tomato – didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar sos tiram (*saya tambah ni)
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar cili kisar 
4 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Bahan Kisar :-
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan Tumis :-
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
Cara Memasak:-
1.       Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.       Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
3.       Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
4.       Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
5.       Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.       Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *