Nasi Tomato …..Harap jadi penghalau virus itu….

Salam,
Setelah sekian lama menyepikan diri akhirnya berjaya jugak menggagahkan diri untuk membukak blog kesayangan hamba ni. Bukanla selama tak mengupdate ni tak bukak blog langsung…Bukak…tapi bukan blog sendirila…Asik dok berblogwalking jer tapi tak terdaya jugak nak ke blog sendiri. huhuhu….
Banyak sangat kejadian da berlaku sepanjang tak mengupdate ni. And banyak jugak resepi yang dah berjaya di cuba hasil intaian dari blog masak2 akak2 jelita itu…Kalau nak cerita pasal kejadian2 yang da berlaku, banyak sangat sampai tak tau nak start dari mana (poyo jer kan). Tapi kalau nak citer pasal resepi yang da dicuba, I know exatly where to begin….Resepi yang nak dishare ni adalah resepi hasil intaian kat dapur kak Ummi Kuantan kat SINI… Kalau nak ikutkan, klik jer kat situ da boleh trus sampai ke dapur kak Ummi and boleh intai2 resepi lain gak. Tapi, takperla hari ni saya rajin….Ehemehem…saya letakkan jugakla resepi tu kat sini yer… .rajinla sangat kan..padahal meng C&P jer…hehehe…Kak Ummi, saya C&P resepi akak tu kat sini yer…
Nasi tomato ni buat untuk makan2 kat my office sempena meraikan kami yang beraya setelah selesai buat puasa 6 ari tu…Nasi tomato ni disandingkan dengan ayam masak merah yang jugak dari dapur kak Ummi. Next entry saya sharekan pulak resepi ayam masak merah tu yer… Aper2pon jom layan resepi NASI TOMATO HOME SWEET HOME kak Ummi ni.

NASI TOMATO HOME SWEET HOME
Tukang try resepi: Tamar
Bahan:-

·   3 1/2 cawan beras basmathi Moghul Faiza – basuh dan rendam 15 minit. Toskan. (saya guna 5 cawan beras biasa cos tak dan nak beli beras basmathi)
·         4 1/2 cawan air (saya sukat guna jari & guna +-4/12 cawan air jugak)
·         1 cawan susu sejat Ideal
·         2 biji tomato – didadu kecil
·         4 sudu besar pes tomato
·         2 helai daun pandan – disimpul
·         1 sudu besar garam kasar (sesedap rasa..hehehe)
·         4 sudu besar minyak sapi Ghee
·         1 cawan kismis (asik lupa jer nak beli)
·         1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang (akak x letak kali ni) (pon asik lupa nak beli jugak)
·   bawang goreng secukupnya (akak x buatpun..hehe) (letak bawang merah + bawang putih goreng..lebihan masa buat soto…)
Bahan Tumis:-
·         2 batang kulit kayu manis
·         2 kuntum bunga lawang
·         3 biji buah pelaga
·         7 biji bawang merah – dimayang nipis
Cara Memasak:-
1.      Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
2.      Masukkan tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
3.      Masukkan beras basmathi dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
4.      Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
5.   Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. (*akak terus tumisdalam periuk elektrik tersebut dan alihkan untuk masak seperti biasa).
6.      Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato dan acar masak atau acar mentah. SELAMAT MENCUBA!
Facebook Comments

2 thoughts on “Nasi Tomato …..Harap jadi penghalau virus itu….

  • October 11, 2011 at 8:51 am
    Permalink

    Assalamualaikum Tati…waaaah ada nasi tomato kat sini…nampak sedap jek Tati masak…akak masak, x berapa lalu nak makan…hehhehe..Tumpang bersila sini la ye… Terima kasih byk sbb Tati sudi cuba…harap2 kenalah dgn tekak Tati yea…salam sayang dr akak.. :))

    Reply
  • October 21, 2011 at 10:47 am
    Permalink

    W'kumsalam kak…..
    memang sedap sangat nasi tomato ni kak…buat ni utk bawak ke ofis…sumer suke..hubby yang merasmikan pun sangat suka tambah pulak ngan ayam tomato tu kan…Alhamdulillah..ada a few yang da ditry sebenarnyer kak…resepi2 yang tati cuba kat HSH sumer sedap2 n memuaskan belaka…hehehe…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *