Bila Syaitan Menggoda…..

Salam…
Emosi saya pagi ni (cheh macam ayat kat sinar pagi la pulak..)..tapi serius memang tetiba pulak rasa emo pagi tadi bila terbaca satu berita kat harian metro semalam..metro tu my cousin beli semalam,  tapi pagi tadi baru perasan….semalam balik sumer da lena diulit intan….hishh, aper citer pasal lain pulak ni..apa berita kat metro tu yer dak…
Ok..pagi tadi terbaca pasal satu berita ni hah…tajuk apa ntah da lupa da…tapi isi cerita sampai la tak lupa…Kisahnya camni…Sorang pompuan umur dalam lingkungan 30-an telah keluar dari rumah dia pastu tinggal ngan boyfriend dia….kira bersekedudukan la tu…..and sekarang ni tengah mengandung 5 bulan…Part yang tak boleh terima is because that lady dah bersuami….Dia tinggalkan rumah and suami semata-mata nak duduk ngan boyfriend dia..Astaghfirullah…
Perempuan ni sanggup tinggalkan suami mestila konon-kononnya nak mengejar bahagaia kan….Tapi Allah maha berkuasa….Sayang seribu kali sayang, bahagia yang dikejar, sengsara yang diterima…Bukan belaian kasih sayang yang dia dapat dari BF dia tu tapi pukulan, sepak terajang yang diterima walaupun dalam keadaan dia yang tengah mengandung tu..tak cukup dengan tu terpaksa pulak jadi hamba seks pada BF dia tu sampaikan dia mengalami kecederaan pada kemaluan dia…Pastu da tak tahan sangat terpaksa buat laporan polis….
Entry ni bukanla bertujuan nak menambahkan lagi aib perempuan tu…(rasanya tak kot..sebab tak kenal pon saper dia tu….)…Tapi semata-mata nak dikongsikan pada sesama wanita agar dapat dijadikan pengajaran bahawa apa yang dipandang elok belum tentu elok bila dah dipegang…..Kadang sesuatu itu nampak indah dari kejauhan lalu kita pun bersungguh-sungguh mengejar keindahan itu. Tak diperdulikan segala rintangan dan halangan hatta terpaksa mengorbankan orang lain pun..tetap tak diperdulikan. Bahkan kita sanggup untuk melepaskan apa yang dah kita miliki sekarang sebab kita rasa serinya dah hilang…
Tapi kita lupa, syaitan memang dah janji kan..bahawa dia akan menggunakan segala cara agar untuk menggoda kita ni,cucu cicit Adam dan Hawa jadi pengikut dia…Kenapa nak jadi pengikut syaitan…kenapa kita nak tergoda dengan tipu helah dia yang dah dilaknat Allah tu….
Nauzubillahi Min Zalik…semoga Allah melindungi kita semua dari godaan syaitan laknatullah tu…Hargailah dan syukurila apa yang kita ada sekarang ni…Bahagia bukan untuk dikejar..tapi diciptakan bersama dengan redha Allah…
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *